Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: HALATUJU DAP DAN KEPENTINGAN MELAYU..?

Pages

Sunday, March 11, 2012

HALATUJU DAP DAN KEPENTINGAN MELAYU..?

Menjelang PRU-13 ini, kita suka berpesan kepada bangsa Melayu kita, yg kelihatannya semakin hilang arah dalam menentukan hala tuju negara.

Coba kita renungkan kembali kenyataan bekas calon DAP Pulau Pinang, A. Rahman Manap beberapa bulan lalu. Menurut beliau, perjuangan DAP adalah total kepada kepentingan kaum Cina dan parti itu sebenarnya mahu meruntuhkan penguasaan politik Melayu di tanah air ini.

Katanya, walaupun KM Pulau Pinang sering menyatakan bahawa DAP hanya memusuhi UMNO tetapi realitinya parti itu bersikap anti-Melayu. Mereka hanya mahu menjadikan Melayu sebagai alat mereka mencapai cita2 politik.

Rahman menjadi aktivis DAP pada dekad 90-an dan telah menubuhkan tiga cawangan DAP Melayu. Antara jawatan yg pernah disandang ialah AJK DAP Bayan dan Exco DAP Pulau Pinang. Beliau pernah bertanding atas tiket parti itu di kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum 1995 tetapi tewas.

Beliau mengaku digunakan untuk berdepan dengan orang Melayu dan pegawai kerajaan. ''Mereka akan terus berlakon kononnya boleh menerima orang Melayu tetapi hakikatnya mereka mahu melihat Melayu lemah dan tidak bermaya. Kadang-kadang mereka sanggup melakukan sesuatu yg lebih baik daripada pemimpin Melayu hanya mahu memperdayakan pemikiran Melayu," itulah antara luahan beliau. Menurut Rahman, beliau membuat pendedahan tersebut kerana tidak mahu orang Melayu tertipu dengan segala muslihat DAP.

Kita harap ia menjadi renungan orang Melayu dan umat Islam. Lebih2 lagi DAP kini memperhebatkan usaha untuk menarik sokongan Melayu termasuk menjanjikan peluang menjadi calon pilihan raya dan pelbagai jawatan.

Strategi DAP untuk terus mendampingi orang Melayu antara lain kerana tidak mahu bergantung kepada Pas dan PKR. Mereka bimbang Pas akan berpaling tadah daripada pakatan. PKR pula dilihat semakin goyah.

Sesungguhnya DAP adalah parti paling rasis di dunia. Ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa2 ancaman sekalipun yg pernah dihadapi dalam sejarah tanah air.

Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi dan tanpa menggunakan senjata. Tetapi implikasinya amat besar. Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan institusi beraja menjadi taruhan, yg akhirnya membawa Malaysia menuju negara republik.

Apakah itu yg kita mahu?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...