Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: ANUAR KANTOI KESEKIAN KALINYA.

Pages

Friday, March 2, 2012

ANUAR KANTOI KESEKIAN KALINYA.

Hamas hari ini menafikan pendirian pertubuhan tersebut selari dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel ketika diwawancara oleh akhbar The Wall Street Journal.

Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook berkata, pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis kerana bagi Hamas, negara itu tidak sah kewujudannya di muka bumi.

"Saya dimaklumkan mengenai kenyataan Anwar yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel. Kami selaku pertubuhan Islam yakni pergerakan Hamas tidak ada kaitan dengan kenyataan itu," katanya dalam wawancara yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam ini.

Kenyataan itu dianggap satu tamparan kepada Anwar yang sebelum ini mendakwa telah bertemu dengan pemimpin Hamas, Khalid Mashal di Qatar bagi menjelaskan kontroversi berkenaan.

Jelas Mousa, pendirian Hamas berhubung Israel tidak pernah berubah kerana apa pun alasannya pertubuhan tersebut tidak akan mengiktiraf negara rejim zionis berkenaan.

"Kewujudan negara Israel mengganggu sistem pengurusan, menggugat keadaan Masjid Al-Aqsa dan kesuciannya. Ketamakan serta kerakusan Israel tidak pernah berhenti, mereka tetap meneruskan matlamat untuk meluaskan jajahan di bumi Palestin.

''Sedangkan Hamas akan terus berjuang bagi memerdekakan Palestin tanpa ragu-ragu,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...