Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: CALON BARISAN NASIONAL BAKAL DIISI OLEH GURU DAN DOKTOR.

Pages

Thursday, March 29, 2012

CALON BARISAN NASIONAL BAKAL DIISI OLEH GURU DAN DOKTOR.

MELAKA - UMNO wajar membuat pertimbangan untuk membuka peluang kepada golongan profesional untuk dipilih sebagai calon bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, peluang BN untuk menang dengan majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang lebih cerah jika peluang menjadi calon BN dibuka kepada orang daripada luar parti.

''Apa salahnya ambil orang luar yang ada bakat yang tidak tercemar dengan rasuah dan sebagainya seperti doktor atau guru-guru sekolah, ia sepatutnya dialu-alukan.

''Dulu guru-guru menjadi barisan hadapan UMNO, tetapi sekarang ini terlalu ramai ahli perniagaan yang hendak menjadi calon kerana atas kepentingan diri.

''Kita mahu orang berbakat yang ada kebolehan, barulah kita boleh mendirikan kerajaan berwibawa seperti Datuk Seri Idris Jala, beliau bukan ahli UMNO tetapi dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Kebudayaan Global Menggalakkan Kesatuan Dunia anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...