Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PRN SARAWAK : AWAS!!! KAWASAN PANAS PILIHARAYA DUN SARAWAK.

Pages

Tuesday, March 29, 2011

PRN SARAWAK : AWAS!!! KAWASAN PANAS PILIHARAYA DUN SARAWAK.


Sembilan kawasan DUN panas yang bakal menyaksikan kempen-kempen yang cukup sengit itu ketika ini disandang oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB) bagi DUN Balingian; Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB) – Nangka; Vincent Goh (BN-SUPP) – Pelawan; Datuk Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP) – Dudong; Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP) – Repok; Frederick Bayoi Manggie (BN-PBB) – Kedup; Tan Joo Phoi (BN-SUPP) – Batu Kawah; Chong Chieng Jen (DAP) – Kota Sentosa dan Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) – Pantai Damai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenal pasti sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai kawasan panas pada Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kawasan berkenaan ialah N.4 Pantai Damai, N.12 Kota Sentosa, N.13 Batu Kawah, N.19 Kedup, N.39 Repok, N.46 Dudong, N.48 Pelawan, N.49 Nangka dan N.51 Balingian.

Bagi memastikan aktiviti kempen berjalan dengan lancar, pihak SPR akan menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) di kesemua sembilan kawasan DUN panas ini.

“Setiap pasukan PPKPR yang ditubuhkan akan dianggotai lima orang petugas terdiri daripada pegawai SPR, pegawai polis berpangkat inspektor ke atas, pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seorang wakil bagi setiap calon yang bertanding. “Bagi sembilan kawasan DUN yang dikenal pasti sebagai kawasan panas ini, pasukan PPKPR yang ditubuhkan akan dibahagikan kepada dua kawasan untuk dipertanggungjawabkan kelak.

“Ketua pasukan dalam pada itu akan diberikan kuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana parti politik yang didapati melanggar peraturan kempen yang telah ditetapkan,” katanya. Jelasnya, antara perkara yang akan dipantau oleh pasukan PPKPR pada pilihan raya kelak membabitkan aktiviti ber-kempen sama ada berpermit atau tidak, bahan kempen yang dipasang pada poster dan perkataan yang digunakan tidak bercanggah dengan isu sensitif.

Pihak SPR dalam pada itu katanya, akan menggunakan pendekatan mesra ketika memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen. Tegasnya, mana-mana poster atau sepanduk yang didapati tidak mematuhi peraturan kempen akan diarah untuk diturunkan serta-merta.

Oleh itu katanya, semua pihak yang terlibat dalam aktiviti kempen kelak diingatkan supaya memberikan kerjasama dengan pegawai dan petugas bagi memastikan proses berkempen berjalan lancar.

Dalam pada itu, SPR meletakkan jangkaan optimistik ke atas peratusan undi pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini. SPR katanya, sentiasa berharap peratusan undi sentiasa meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kesedaran rakyat terhadap tanggungjawab mereka kepada negeri dan negara.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...