Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: GUAN ENG PERLU MINTA MAAF KEPADA NIK AZIZ AMACAM.. ADA BERANI KE LU?

Pages

Friday, September 28, 2012

GUAN ENG PERLU MINTA MAAF KEPADA NIK AZIZ AMACAM.. ADA BERANI KE LU?

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta memohon maaf kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu hudud di atas semangat setiakawan berpolitik.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, sebagai sekutu dalam pembangkang, Setiausaha Agung DAP itu wajar menghormati pendirian Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

"Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam. Kita akan tetap laksanakannya melalui sistem demokrasi.

"Jika kita majoriti, kita boleh laksanakannya sebagai undang-undang. Masa itu tidak timbul isu setuju atau tidak setuju," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng baru-baru ini digesa membuat permohonan maaf selepas kenyataan beliau yang menegaskan hukum Islam itu bukan dasar pakatan pembangkang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...