Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: HUDUD : PAS BERSENDIRIAN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG.

Pages

Tuesday, August 28, 2012

HUDUD : PAS BERSENDIRIAN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG.

Kegagalan Anwar Ibrahim meyakinkan DAP untuk menyokong hudud membuktikan Pas terkontang-kanting dan bersendirian dalam perjuangan agenda Islam. Jelas sudah, Pas tidak dapat bergantung kepada Penasihat PKR itu untuk memperjuangkan negara Islam kerana Anwar akan lebih mengutamakan DAP demi survival politiknya.

Justeru Pas perlu menilai kembali kedudukannya dalam pakatan pembangkang kerana adalah jelas DAP jauh lebih dominan sehingga boleh mengeluarkan pelaksanaan hukum hudud daripada agenda pakatan pembangkang. Pas telah dipermainkan, mereka mengharapkan Anwar dapat memihak kepada mereka dalam isu hudud tetapi Anwar gagal dan mempunyai agendanya sendiri.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan usaha Pas meneruskan polemik isu pelaksanaan hukum hudud adalah untuk mencari keuntungan politik. Beliau berkata, ini kerana berdasarkan realiti semasa, hukum hudud sukar untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan pindaan Perlembagaan.

"Umat Islam mengalu2kan hudud tetapi mesti dilaksanakan dengan cara dikehendaki agama. Hudud kalaupun nak dilaksanakan, harus mendapat pandangan seluruh rakyat kerana kalau nak laksanakannya, mesti pinda Perlembagaan. Saya rasa masih jauh lagi untuk kita laksanakan hudud, masih berada di awang2an. Pas kata kita (UMNO) tolak. Kita sendiri dengan tegas belum buat pendirian lagi. DAP tidak mahu negara Islam, dia fikir hudud sebahagian daripada cara untuk tubuhkan negara Islam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...