Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: BLOGGER DIPENJARA 3 BULAN HINA MAHKAMAH.

Pages

Friday, August 10, 2012

BLOGGER DIPENJARA 3 BULAN HINA MAHKAMAH.

KUALA LUMPUR: Blogger Amizudin Ahmat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata, Amizudin melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya. "Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya.
Beliau berkata, jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.

"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak," katanya.

Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham". - BERNAMA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...