Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: GUGURNYA SEORANG PERAJURIT...

Pages

Saturday, March 13, 2010

GUGURNYA SEORANG PERAJURIT...



JOHOR BAHRU: Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kereta yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, di KM49 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, dekat Kota Tinggi, malam tadi.

Mohd Salleh Hamdan, 22, yang koma akibat cedera parah dalam kemalangan itu, meninggal dunia dua jam selepas tiba di Hospital Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Mohammad Sebot, berkata kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku ketika anggota tentera yang bertugas di Kem Iskandar, Mersing itu dalam perjalanan ke Kota Tinggi.

Beliau berkata, Tian Chua pula menuju ke Mersing selepas menghadiri majlis ramah mesra di Kota Tinggi. "Pemandu Tian Chua, Zaharuddin Ayob, 45, yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Batu, dipercayai gagal mengawal kereta Mercedes yang dipandunya lalu masuk di laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki anggota tentera itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Osman berkata, sebuah motosikal lain yang datang dari arah Mersing turut melanggar motosikal Mohd Salleh. "Zaharuddin dan Tian Chua yang berada di tempat duduk belakang kereta tidak cedera, manakala seorang lagi penunggang motosikal Mohd Zairi Mansor, 29, cedera ringan," katanya.

KC : AL-FATIHAH BUAT SAUDARA MOHD SALLEH HAMDAN YANG GUGUR AKIBAT KEMALANGAN JALANRAYA. SUNGGUH BESAR PENGORBANAN SEORANG ANGGOTA PERAJURIT DAN SEHINGGA HARI INI JASA PERAJURIT TETAP DITAGIH BAGI KEAMANAN DAN KESELAMATAN MALAYSIA.

TETAPI APA YANG MENGECEWAKAN KC IALAH MANUSIA2 YANG TIDAK BERHATI2 INI TELAH MENYEBABKAN KEHILANGAN SEORANG PERAJURIT KITA.

PADANLAH PUN ORANG DUDUK DI DALAM KERETA TUH CUKUP2 MEMBENCI ANGGOTA KESELAMATAN KITA HINGGA ADA YANG KENA GIGIT DI TELINGA.....

HAMPEH SUNGGUH PAKATAN REBANNNN.......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...