Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL

Pages

Friday, March 2, 2012

ANUAR KANTOI KESEKIAN KALINYA.

Hamas hari ini menafikan pendirian pertubuhan tersebut selari dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel ketika diwawancara oleh akhbar The Wall Street Journal.

Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook berkata, pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis kerana bagi Hamas, negara itu tidak sah kewujudannya di muka bumi.

"Saya dimaklumkan mengenai kenyataan Anwar yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel. Kami selaku pertubuhan Islam yakni pergerakan Hamas tidak ada kaitan dengan kenyataan itu," katanya dalam wawancara yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam ini.

Kenyataan itu dianggap satu tamparan kepada Anwar yang sebelum ini mendakwa telah bertemu dengan pemimpin Hamas, Khalid Mashal di Qatar bagi menjelaskan kontroversi berkenaan.

Jelas Mousa, pendirian Hamas berhubung Israel tidak pernah berubah kerana apa pun alasannya pertubuhan tersebut tidak akan mengiktiraf negara rejim zionis berkenaan.

"Kewujudan negara Israel mengganggu sistem pengurusan, menggugat keadaan Masjid Al-Aqsa dan kesuciannya. Ketamakan serta kerakusan Israel tidak pernah berhenti, mereka tetap meneruskan matlamat untuk meluaskan jajahan di bumi Palestin.

''Sedangkan Hamas akan terus berjuang bagi memerdekakan Palestin tanpa ragu-ragu,'' katanya.

BONGKAR : PAS KERAH AHLI SERAH 15%@RM 75 DUIT BR1M KEPADA PAS KAWASAN

TERKEJUT KC APABILA MENDAPAT BERITA DARIPADA RAKAN BLOGGER TAIPING CENTRAL (KLIK SEBELAH) YANG MEMBERITAHU RUPA-RUPANYA PAS KAWASAN TAIPING MENGARAHKAN AHLINYA SUPAYA MENYERAHKAN 15% ATAU RM75 KEPADA KAWASAN. HAHAHA... PUNYA LA DENGKI KAT AHLI SAMPAIKAN RAMAI AHLI-AHLI KAWASAN MERUNGUT TIDAK PUAS HATI DISEBABKAN ARAHAN PAS KAWASAN.


YANG KELAKARNYA PULAK, MULA-MULA DULU KATA KERAJAAN BN BAGI GULA-GULA KEPADA RAKYAT LAH, KERAJAAN BAGI DUIT HARAM LAH, DUIT BR1M NIE KALAU AMBIK PUN HANYA NAK BELI UNTUK MAKANAN KUCING JER LAH.. HAH, YANG INI MACAM MANA PLAK???....

PESANAN KC KEPADA RAKYAT TERIMA LA DUIT BR1M DENGAN PENUH RASA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAN BN DAN PERLU DIINGAT DUIT BR1M INI UNTUK TUAN2 DAN PUAN2 YANG LAYAK MENERIMA DAN BUKAN UNTUK DISERAHKAN KEPADA PAS KAWASAN.... HAHAHAHA....



Thursday, March 1, 2012

RUPANYA HUBUNGAN SULIT BADROL SUDAH 6 BULAN..!!!?

Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan.

Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden. 

Dakwaan Badrolamin kononnya dia dipukul oleh samseng seramai 20 orang hanyalah satu pembohongan untuk mengelakkan dia daripada didakwa berkhalwat.

Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.

Menurut suami Zatiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat.

Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.

Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.

Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.

Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan.

Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden - Sungai Rapat Online.

CCTV KES KHALWAT OSTAT BADRUL AMIN DIDEDAHKAN!

Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...