Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: HOT!!! PENGUNDI CINA TOLAK CALON PKR PASIR SALAK!!

Pages

Friday, April 5, 2013

HOT!!! PENGUNDI CINA TOLAK CALON PKR PASIR SALAK!!



PKR menerima tamparan hari ini apabila ahli-ahlinya di sebuah rantingnya di penempatan masyarakat Cina di Kampung Baru Chui Chak , dekat pekan Langkap membantah pemilihan Mustaffa Kamil Ayub sebagai calon Parlimen Pasir Salak.

Mustaffa telah diumumkan sebagai calon parlimen oleh Datuk Srri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR dalam satu majlis ceramah di Kampung Gajah bulan lepas.

Dua hari yang lepas, Setiausaha Cabang PKR Pasir Salak yang juga merupakan Pengarah Jentera Pilihanraya PKR Parlimen Pasir Salak Ahmad Taufik Hassan telah keluar parti dan menyertai Umno bagi membantah pemilihan Mustaffa sebagai calon parlimen Pasir Salak oleh Anwar.

Setiuasaha ranting tersebut, Chong Hock Then, 60 ( dikenali sebagai Ah Thiam oleh ahli-ahli PKR Pasir Salak) menyatakan rasa tidak puashati bagi pihak ranting tersebut yang mempunyai keahlian parti seramai lebih 350 orang.

Katanya beliau kecewa Anwar menamakan Mustaffa sebagai calon tanpa terlebih dahulu merujuk kepada kepimpinan cabang PKR Pasir Salak.

Ujarnya Mustaffa yang pernah bertanding di parlimen Pasir Salak dan juga DUN Sungai Manik dalam PRU 12 yang lalu ( dalam parlimen Pasir Salak) hanya timbul 5 tahun sekali, itupun apabila hampir pilihanraya.

Katanya lagi Mustaffa tidak pernah menyertai aktiviti parti sendiri di Pasir Salak sebaliknya lebih cenderong untuk menyertai aktiviti PAS setempat.


Ujar Chong lagi, beliau berharap pimpinan parti di peringkat Pusat dapat segera mengganti Mustaffa dengan calon yang telah dicadangkan oleh pihak cabang.

Katanya lagi beliau khuatir sekiranya pihak pusat tidak bertindak dengan segera, parti akan kehilangan banyak undi dari masyarakat Cina setempat.

Di Chui Chak, Kampung Pahlawan dan bandar Langkap mempunyai jumlah keseluruhan lebih 6,000 pengundi dari kalangan masyarakat Cina dan meletakkan Mustaffa akan menyebabkan undi mereka berpindah kepada calon BN dalam PRU 13 ini

Dewan Pemuda PAS Pasir Salak telah mengumumkan Dr. Muhaimin Sulam, Yang Dipertua PAS Pasir Salak sebagai Calon bagi DUN Sungai Manik.

Ini menimbulkan konflik hubungan Pakatan Rakyat di Pasir salak kerana Dun Sungai manik adalah diperuntukkan kepada PKR dan Osman Abdul Rahman, Ketua Cabang PKR Pasir Salak merupakan calon yang telah dipilih untuk bertanding kerusi tersebut.

Situasi ini terjadi ada kaitan dengan ‘ janj-janji secara lisan ‘ oleh Mustaffa kepada pimpinan PAS Pasir Salak dalam PRU tahun 2008 yang lepas untuk mengembalikan Dun Sungai Manik kepada PAS sekiranya beliau tewas dalam pilihanraya tersebut.

Mustaffa tewas dengan majoriti 1,300 undi kepada calon Umno/BN Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang juga exco kerajaan negeri dan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak. Kekalahan Mustaffa menyebabkan PAS menuntut janji-janji terhadap kerusi Sungai Manik tersebut. FMT


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...