Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: Diperkosa Ketika Bercuti Dirumah Rakan #Facebook .

Pages

Friday, December 14, 2012

Diperkosa Ketika Bercuti Dirumah Rakan #Facebook .



Tindakan seorang gadis meninggalkan rakan wanitanya di rumah seorang rakan sekampung mengundang padah apabila rakan wanitanya itu akhirnya menjadi mangsa rogol.

Kejadian berlaku di rumah keluarga rakan sekampungnya itu di Air Hitam, dekat sini pada 7 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, gadis dikenali sebagai Shila (bukan nama sebenar), 16, itu menerima kunjungan rakan wanitanya, Arni (bukan nama sebenar) juga seusia dengannya, dari Kuala Lumpur yang dikenali menerusi laman sosial Facebook untuk menghabiskan cuti sekolah di daerah ini, pada 29 November lalu.

Menurut sumber, Arni bercadang menghabiskan masa cuti sekolah di kampung Shila itu selama seminggu.

Ketika tempoh itu, katanya, seorang rakan sekampung Shila, dikenali sebagai Mamat (bukan nama sebenar), 21, tertarik dengan Arni dan mahu berkenalan.

"Bagaimanapun, Arni tidak melayani Mamat menyebabkan pada 7 Disember itu, lelaki itu mempelawa Shila dan Arni datang ke rumah keluarganya dengan alasan mahu berjumpa.

"Namun, Shila tidak mengesyaki niat jahat Mamat kerana pertemuan dibuat di rumah keluarga dan menyangka dia ingin berjumpa Arni sebagai kawan," katanya.

Kata sumber, kebetulan pada hari berkenaan, keluarga Mamat tiada di rumah, namun hanya ditemani tiga lagi rakannya yang lain, juga sebaya.

"Selepas menghantar, Shila meninggalkan Arni di rumah keluarga Mamat.

Bagaimanapun berlaku kejadian tidak disangka apabila Arni dikatakan ditarik masuk ke dalam bilik belakang.

"Mangsa yang berasa takut dan panik terus menangis dan ditinggalkan bersendirian dalam bilik, manakala tiga rakan suspek terus tidur di ruang depan rumah," katanya.

Tidak lama selepas itu, katanya, Mamat masuk ke bilik berkenaan dan terus merogol mangsa tanpa menghiraukan rayuan mangsa.

Menurut sumber, berikutan kejadian itu, mangsa memaklumkan kejadian itu kepada keluarga Shila sebelum membuat laporan di Balai Polis Air Hitam, kira-kira 1 pagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superitendan Hamzah Alias mengesahkan menerima laporan kejadian.

"Suspek ditahan pada kira-kira 3.15 pagi dan kini direman sehingga 14 Disember ini (esok). Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, mangsa juga sudah dibawa untuk pemeriksaan di Hospital Jempol, dekat sini.

Sent by kamuntingcentral.blogspot.com from Perak Cycber Troopers













No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...