Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: LADANG RAKYAT KELANTAN GAGAL.

Pages

Thursday, October 18, 2012

LADANG RAKYAT KELANTAN GAGAL.

Laporan Audit Negara pada 2008 pernah mempersoalkan mengapa kerajaan Kelantan hanya mendapat balik pulangan dari aspek royalti dan premium sahaja daripada pengurusan tanah Ladang Rakyat kelolaannya.


Terbaru, kegagalan program itu dalam objektifnya mengurangkan kemiskinan turut ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yg mendapati pulangan yg diperoleh kerajaan melalui sewaan atau pajakan kepada syarikat untuk membangunkan ladang kelapa sawit amat rendah.


Sebelum inipun, dipersoalkan mengapa pihak syarikat mengaut keuntungan besar daripada program ini. Adakah ini jelas menunjukkan program Ladang Rakyat menyimpang daripada matlamat asal?


Barangkali analisis Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad tepat apabila mengulas isu Ladang Rakyat di Gua Musang, Kelantan baru2 ini: "Ada orang buat Ladang Rakyat tetapi akhirnya buah sawit yg tak gugur tetapi tanah yg gugur. Bukan mudah hendak ikut Felda kalau sekadar mahu berpolitik."

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...