Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: PANAZZ : Nik Aziz orang yang SESAT - Tok Guru Ayah Hj. Lah

Pages

Tuesday, April 13, 2010

PANAZZ : Nik Aziz orang yang SESAT - Tok Guru Ayah Hj. Lah


"Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” - Tok Guru Ayah Hj. Lah, Pengasas Pondok Geting, AMT Persatuan Pondok Kelantan.

Bagai nak "terangkat" serban Nik Aziz! Gegendang telinganya berdesing kuat bagai "ditempeleng laju-laju". "Teguran" itu benar-benar menggugat aqidah, perjuangan dan imej peribadinya sebagai "Mursyidul Am PAS" dan Menteri Besar. Kalaulah benar Nik Aziz ini bermaruah, pastinya dia bermuhasabah diri dan sekaligus meletak semua jawatan secara total, lantas mengasingkan diri dari dunia "glamour" politik. "Pencen" terus..!!! Nik Aziz sering secara sinis "memprotes" Hadi dan meminta agar Presiden PAS itu menerima "teguran"nya. Namun kali ini Nik Aziz sendiri ditegur Tok Guru Ayah Hj. Lah. Marilah sama-sama kita lihat sama ada Nik Aziz "cakap serupa bikin" atau sama saja retoriknya dengan "mata lebam pandai berkata-kata"!

Selama ini, ramai yang mengata dan mengutuk tindakan dan kenyataan Nik Aziz. Ramai yang memprotes "fatwa-fatwa" yang dicipta mengikut akal logiknya sendiri. Ramai yang menyatakan bahawa Nik Aziz sudah "nyanyuk" dan "meroyan" yang bukan-bukan. Malah, ramai juga yang mendakwa bahawa Nik Aziz ini "sesat" dan "menyesatkan". Bukan sedikit hamburan "teguran" dan "amarah" yang Nik Aziz terima, namun Nik Aziz hanya buat tak peduli memandangkan semua pendapat itu lahir dari "orang biasa". Kalau ada pemimpin UMNO atau BN sekali pun yang menyerang kenyataannya, Nik Aziz dengan selambanya akan "memutar belitkan lidahnya". Sekali sekala, mempamerkan "lidah bercabang"nya kepada umum.... Lihat seterusnya..

Kali ini Nik Aziz di"tegur" oleh Tok Guru Pondok yang "tulen". Tok Guru Abdullah Sa'amah bukan calang-calang Tok Guru Pondok. Tok Guru Ayah Hj. Lah adalah pengasas kepada Pondok Geting yang masyhur dan beliau juga merupakan salah seorang Ahli Majilis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan. Tok Guru Ayah Hj. Lah juga adalah seorang yang begitu khusus kehidupannya terhadap pengamalan agama Islam secara mutlak dan prinsip itu diperlihara dari faktor ke"dunia"an, apatah lagi politik. Agama adalah agama, dan politik adalah politik.

Namun, mengapa Ayah Hj. Lah mengambil risiko untuk "menegur" Nik Aziz, Menteri Besarnya sendiri? Mungkin Ayah Hj. Lah sudah "muak" dan tidak dapat menahan sabar melihat "kesesatan demi kesesatan Nik Aziz. Berpaksikan parti politik, Nik Aziz sanggup memperalatkan Islam dan memecah belahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu. Malah sampai ketikanya, Nik Aziz sanggup memanipulasikan sifat Allah dan ayat Al-Quran mengikut tafsirannya sendiri demi mendaulatkan survival politiknya sendiri! Sampai hati Nik Aziz mempermainkan kalimah Allah dan menyifatkan Rabbul Jalil itu dengan sifat-sifat yang keji!

Tidak dapat dinafikan bahawa selepas ini, maka mungkin sekali mereka-mereka yang taksub kepada si polan yang bernama Nik Aziz Nik Mat ini akan "mengamuk", membuat perarakan demonstrasi jalanan, menghina, mengutuk, mengugut, mengejek dan membuat memorandum protes terhadap Ayah Hj. Lah. Malah mungkin juga Ayah Hj. Lah terpaksa berjaga-jaga tentang keselamatan dirinya dan pondok yang diasaskannya itu. Manalah tahu ada dikalangan "pelampau-pelampau" Nik Aziz ini yang sanggup bertindak membakar Pondok Geting itu. Tak mengapalah. Kita serahkan kepada Allah sahaja, selain dari berdoa dan berwaspada dari sebarang kejadian buruk ke atas Ayah Hj. Lah. Saya bimbang, kalau-kalau ada yang sanggup berbaring ditengah jalan di Pondok Geting itu sambil memegang bendera "gambar Nik Aziz"!

Saya tidaklah mahu terus menerus menghentam Nik Aziz. Ayah Hj. Lah, seorang Tok Guru yang diiktiraf sudah meluahkan pendapatnya. Saya sejak dulu bersetuju dengan pendapat yang sedemikian. Seandainya Nik Aziz ini tidak termakan "pujuk rayu" Anwar dan "Erdogan", sudah pasti PAS sudah lama bertaut bersama-sama payungan BN. Anda semua fikirkanlah sendiri. Ayah Hj. Lah mempunyai asas yang kukuh tentang muamalah dan ilmu agamanya tinggi telah mengeluarkan hukumnya. "Nik Aziz sesat". "Sesat" sebagaimana "Ayah Pin"? Tak tahulah saya. Namun, sesungguhnya Allah sentiasa membuka pintu untuk hambaNya yang ingin kembali ke pangkuan jalan yang benar. Sumber Anti-PKR Club


4 comments:

  1. bila saya buka blog saudara,x tahu kenapa hati saya sayu mendgr lagu anak kecil main api dan lagu warisan.saya berharap sgt mana2 blog yg sygkan agama , bangsa dan negara memasukkan lagu2 patriotik ni dlm laman web mereka.harap rbf,papa gomo.gAP,darulehsan today dan kwn2 semua masukkan lagu ni dlm laman blog masing2.benar2 beri keinsafan dan kesedaran akan nasib bangsa kita yg diperkotak-katikkan sekarang ni.TQ KC

    ReplyDelete
  2. Salam,
    hebat tulisan dan blog saudara. Masalahnya orang kita menggunakan agama dalam politik sebagai desepsi kuasa politik. Memang agama Islam dan politik tidak boleh dipisahkan tetapi kebelakangan ini agama Islam menjadi mangsa bagi orang politik yang rakus kuasa politik seperti pemimpin Pas.

    ReplyDelete
  3. salam,mereka tidak pernah memikir bahawa selepas nik Aziz sebagai pemimpin siapa pula yang akan menjadi peneraju? adakala kita kena terima hakikat kekadang usia yang banyak akan merosakkan pemikiran seseorang tak kiralah sebagai pemimpin sekali, sepatutnya bersedia bukan menambak tokok merosakkan bangsa sendiri apa lagi sesama islam.
    salam mamak... penghormatan besar ziarah sahabat teman , terima kasih!

    ReplyDelete
  4. salam...saudara saya juga ingin membuka fikiran orang kita agar berwaspada terhadap ajaran Nik Aziz. tolonglah linkkan blog saya di blog tuan dan saya akan lakukan perkara yang sama. t.kasih. Bersama kita berjuang kerana Allah, bangsa dan negara.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...