Pages

Wednesday, April 17, 2013

HOT!!! STRATEGI PAS REBUT KERUSI PM DARI ANWAR!!!



Sikap pemimpin PAS yang enggan menyatakan pendirian menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri Pakatan membuktikan parti itu mempunyai agenda tersembunyi, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Mohd Shakar Shamsuddin.

Beliau berkata pendirian pemimpin PAS sebelum ini bahawa calon perdana menteri Pakatan Rakyat hanya akan diputuskan berdasarkan jumlah kerusi yang menang, adalah isyarat jelas parti itu 'menolak' Anwar untuk jawatan itu.

Tambah Mohd Shakar, PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin merasakan parti berteraskan Islam itu mempunyai kekuatan untuk memegang jawatan pemimpin nombor satu negara.

Keyakinan PAS itu tegas beliau semakin terbukti apabila parti itu berhasrat bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi Parlimen berbanding 66 kerusi, lima tahun lalu.

"PAS tak angkat Anwar sebagai perdana menteri sebab ia nak jadi perdana menteri, haji Hadi juga nak jadi perdana menteri...ia begini, DAP adalah parti berasaskan masyarakat Cina dan ia kena faham majoriti kerusi Cina hanya ada 37 kerusi yang betul-betul majoriti.

"...yang lain campuran Cina, India dan Melayu ada lebih kurang 55 kerusi, yang lain semua majoriti Melayu dan Bumiputera dan realitinya perdana menteri mesti daripada orang Melayu...jadi PAS merasakan ia ada kekuatan (memegang jawatan perdana menteri)," katanya dalam temubual bersama Antarapos.

Ramai menyebut Anwar bakal dinobat perdana menteri dan ada juga mahu Hadi memegang jawatan itu, malah nama Ahli Parlimen Gua Musang dari Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah turut terlibat.

Isu ini semakin jelas apabila ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS-PKR-DAP dilihat tidak sehaluan apabila ahli PAS dalam Muktamarnya hujung tahun lalu menggesa agar presiden mereka diangkat menjadi perdana menteri.

Laporan akhbar tempatan pernah menyebut Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar sebagai perdana menteri, namun laporan itu disanggah oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sementara DAP pula berulang kali berikrar Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Pakatan seperti pasangan berkahwin dengan bersyarat

Mohd Shakar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Barisan Nasional (BN) mengambil sikap berbeza dalam menentukan siapa yang bakal memegang jawatan tersebut.

"PAS pun yakin bahawa ia nak supaya jadi perdana menteri dan itu beza pakatan pembangkang dengan Barisan Nasional sebab kita runding dulu...selesai baru kita ke pilihan raya.

"...dan agihan kerusi kita adil dan dipersetujui semua, tapi macam Pakatan bagai sebuah kapal yang mana kita tak tahu siapa nakhoda...bolehkah letak harapan macam itu? Sangat berisiko kepada negara," katanya.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lancang ini, pertikaian dan kepincangan yang wujud dalam Pakatan membuktikan gabungan itu masih belum kukuh dan mantap.

Justeru beliau berkeyakinan BN akan terus mentadbir Putrajaya selepas PRU13 nanti.

"Ini menandakan pakatan mereka belum kukuh, mereka masih ada niat tersendiri dan masing-masing masih tidak mempercayai antara satu sama lain.

"Ini macam disebut berkahwin dengan syarat, kalau esok dah tak boleh bersama macam-macam boleh berlaku," katanya. Ulasan@Antarapos


No comments:

Post a Comment