Pages

Friday, March 15, 2013

PANASS!!! GURU MOHD LOTFI NOR, HINA PEJUANG DI LAHAT DATU RUPANYA KAKI PONTENG!!



Guru menghina anggota keselamatan di Lahad Datu ditahan di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat Pasir Puteh, Kelantan, jam 7 petang semalam.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaludin Abd Rahman berkata, suspek berumur 36 tahun itu bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Tok Bali dan mengaku seringkali tidak pergi ke sekolah sejak hujung tahun 2012 atas alasan tertekan.


Turut dirampas sebuah beg berwarna hijau, laptop, pengecas, boradband dan kad sim telefon, katanya.Sementara itu,Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas terhadap guru ini yang dikatakan menghina pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial Facebooknya.


Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata kementerian tidak akan berkompromi dengan kenyataan biadap guru itu yang menghina dan mengguris hati banyak pihak serta menjejaskan reputasi dan imej warga pendidik di negara ini.


"Seorang guru sepatutnya menjalankan amanah yang dipikulnya dengan penuh tanggungjawab malah sepatutnya menjadi model semangat patriotisme kepada masyarakat khususnya anak didik mereka," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi Kementerian Pelajaran.


Abdul Ghafar menegaskan Kementerian Pelajaran sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan polis dan tentera dengan mendoakan keselamatan mereka. "Seluruh warga pendidik mendoakan pasukan keselamatan dikurnia kekuatan dan semangat kental dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara," katanya


5 comments:

  1. orang ramai hendaklah berpiket / membuat lapuran polis / berdemontrasi di depan rumah cikgu ini bagi menyatakanan bantahan agar dengan tindakan seperti ini mahkamah akan melihat telah wujud unsur hasutan dan boleh menjejas ketenteraman awam ... ayuh bertindak sekarang ... kalau tidak cikgu ini akan terlepas dari tuduhan menghasut ... ingat kes karpal sing dilepaskan oleh mahkamah kerana tiada tindakan seperti yang disebutkan di atas ... bertindaklah sekarang sebelum terlambat ... hapuskan semua petualang negara ....

    ReplyDelete
  2. Betullll.....saya juga guru,tapi merasakan memang tindakan wajar harus diambil terhadap semua pengkhianat bangsa,agama dan negara.Kalau sudah berani menghina dan mencaci pihak yang bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara.........tak guna dia terus berada di dalam perkhimatan perguruan......kerana tugas dan tanggungjawabnya sepatutnya mendidik anak bangsa berjiwa patriotisme.Kalau dia sendiri "hancur"........generasi yang bakal dididiknya juga bakal hancur.Negara tidak memerlukan generasi pendidik yang sebegini.dan malah mungkin banyak lagi spesis macam Lofti ni dalam pendidikan......mungkin terlalu berani sebab ISA dimansuhkan...........

    ReplyDelete
  3. CHECK TENGOK LAPTOP TU. TERTEKAN KAA, DOK RUMAH TENGOK BLUE. NI LA JADINYA. SIALLL.

    ReplyDelete
  4. nampak dalam fb punya lah berani .... dah pakai gelang .... hmmmm kecut rupanya!!! POYO JE LEBIH

    ReplyDelete
  5. org puchong ni wat onar kat klate.....

    ReplyDelete