Pages

Saturday, March 30, 2013

PANASS!! ANWAR TAWAR, DAP BUAT BODOO, PAS PANAS PUNGKOK!




Desas-desus Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di kerusi selamat pembangkang di Parlimen Ipoh Timor seolah-olah tidak direstui DAP apabila tiada pemimpinnya yang menyatakan sokongan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Ketika pemimpin DAP mengambil sikap mengunci mulut berhubung desas-desus itu, pemimpin Pas negeri pula lebih rela Anwar bertanding di kerusi lazimnya menjadi kubu kuat Barisan Nasional seperti di Tambun, Lumut dan Bagan Datoh.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang ditanya mengenai desas-desus itu dalam satu sidang akhbarnya hari ini, enggan mengulas.

"Saya tidak mahu komen, saya hanya mahu cakap mengenai perkara ini," katanya dalam sidang akhbar bagi memaklumkan tindakan samannya terhadap akhbar Berita Harian berhubung isu balak di Kelantan.

Anwar dalam sidang akhbarnya di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini membayangkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan berhasrat untuk bertanding di Selangor atau Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Namun, Anwar dikatakan lebih berminat di Perak dan mahu menggantikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Ipoh Timor selepas pemimpin itu memutuskan untuk bertanding di kerusi PKR di Gelang Patah, Johor.

Untuk rekod, Kit Siang menjadi wakil rakyat Ipoh Timor sejak 2004 dan menang dengan majoriti 22,043 undi pada PRU-12, sekali gus menjadikan kerusi tradisi DAP itu sebagai antara kawasan paling selamat bagi pakatan pembangkang.

Dewan Pemuda Pas Perak sebelum ini mencadangkan Anwar untuk bertanding di kerusi Parlimen Lumut atau Bagan Datoh sementara Pas Bahagian Bagan Serai pula mengesyorkan supaya Ketua Pembangkang itu bertanding di Parlimen Tambun.

Kerusi Parlimen Bagan Datoh kini disandang Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi manakala kerusi Parlimen Tambun yang juga antara kubu kuat BN, disandang Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Parlimen Lumut pula disandang Setiausaha Agung MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha manakala kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor dalam kawasan itu kini dipegang Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob yang dihubungi Utusan Malaysia mengakui, lebih baik Anwar bertanding di kerusi majoriti orang Melayu seperti di Lumut.

"Pengerusi DAP, Karpal Singh lebih sesuai di Ipoh Timor kerana kita beranggapan beliau mampu meneruskan momentum kepimpinan DAP dan Kit Siang di kawasan majoriti Cina itu," katanya.


No comments:

Post a Comment