Pages

Thursday, March 14, 2013

HOT!!! #LahatDatu TIAN CHUA BAKAL DIDAKWA DI MAHKAMAH!!



Naib presiden PKR Tian Chua akan dihadapkan ke mahkamah berhubung komen yang didakwa dibuatnya berkaitan dakwaan penglibatan Umno dalam krisis Lahad Datu.


Menurut peguamnya, N Surendran, ahli Parlime Batu itu dijangka didakwa di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok(hari ini).


Terdahulu, Bernama telah melaporkan bahawa polis Johor telah merakam kenyataan Tian Chua berhubung perkara itu di ibu pejabat polis Petaling Jaya pagi semalam. Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff (kiri) berkata, Tian Chua, yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, datang bersama tiga peguamnya untuk merakam percakapan tersebut semalam.


Mohd Mokhtar dilaporkan berkata 318 laporan polis, termasuk 82 di Johor, dibuat terhadap Tian Chua yang didakwa membuat kenyataan yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno.


Laporan dalam Keadilan Daily itu antara lainnya menyebut, kejadian di Lahad Datu "dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat".


Bagaimanapun, Tian Chua kemudian menjelaskan bahawa beliau hanya merujuk kepada 'blackout 'media sebelum ini berhubung kejadian tersebut, kerana tidak ada pengesahan mengenai sebarang serangan atau mangsa.


No comments:

Post a Comment