Pages

Monday, January 7, 2013

Gelaja #Seks!!! Guan Eng Harus Jawab!!!

Tangkapan maksiat termasuk khalwat dan berkelakuan tidak senonoh pada malam tahun baru dilihat meningkat berbanding tahun lalu.

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata, kenaikan jumlah tangkapan berkenaan adalah kerja keras yang dilakukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP).

Menurutnya, ia juga bergantung kepada jumlah lokasi yang diserbu oleh penguat kuasa. “Contohnya jika pada awal 2012, jumlah tangkapan 100 pasangan dan pada tahun ini menurun kepada 10 pasangan, tidak semestinya kes maksiat sudah berkurangan, ini adalah subjektif.

“Usaha untuk membanteras maksiat oleh JAINPP ini dilihat berterusan dan saya yakin kali ini mereka lebih agresif ketika melakukan serbuan dan tangkapan pada malam tahun baru demi mencegah kemungkaran dalam kalangan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media Persidangan dan Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang (Pihec) di Komtar.

Terdahulu akhbar ini melaporkan seramai 39 orang pesalah ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 iaitu kerana disyaki berkhalwat.

Kesemuanya yang berusia lingkungan 16 sehingga 40-an itu ditahan dalam operasi yang bermula jam 2 sehingga 7 pagi selepas sambutan Malam Tahun Baru 2013. Serbuan dijalankan di 20 lokasi menggunakan 22 pegawai penguat kuasa yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Berbanding ketika malam sambutan tahun baru 2012, JAINPP menahan seramai 36 pesalah mengikut Seksyen 27 dan Seksyen 29 akibat kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Abdul Malik berkata, Kerajaan Negeri sentiasa memfokuskan permasalahan berkenaan dan cuba mengatasinya secara berterusan. Katanya, program ketika malam ambang tahun baru untuk menarik golongan muda juga tidak akan berjaya sekiranya gejala berkenaan masih berlaku.

“Masjid juga memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini, yang mana dilihat turut sama dapat mencegah perkara ini terus berleluasa.

“Seperti di Masjid Sungai Ara baru-baru ini, malam sambutan tahun baru berjaya menarik penyertaan hampir 80 peratus anak muda sementara warga emas hanya 10 peratus sahaja, jadi bagi saya, masjid turut menggalas tanggungjawab sama,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut berbangga kerana golongan pendakwah di Malaysia sudah semakin mendapat hati dalam kalangan anak muda termasuk personaliti Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus dan juga Imam Muda Asyraf.

“Saya tertarik dengan pendekatan yang digunakan mereka dan mendatangkan kesan positif dalam kalangan anak muda kita,” katanya.

No comments:

Post a Comment