Pages

Saturday, December 22, 2012

Panass!! #PAS Tahu Amalan Syirik Ahlinya.

SHAH ALAM: Pemimpin PAS didakwa sedia maklum tentang segelintir ahlinya yang terlibat dengan ajaran syirik, kata Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad.

Justeru Ismail berkata sebagai sebuah parti Islam, PAS tidak sewajarnya melengah-lengahkan tindakan susulan seperti memanggil individu-individu yang terlibat jika maklumat mengenai kewujudan unsur-unsur syirik dikesan.

"Memang saya tidak lapor secara rasmi tetapi perkara ini saya pernah maklumkan dalam perjumpaan peribadi dengan beberapa pemimpin tertinggi PAS.

"Dan benda ini sudah sedia dimaklumkan kepada pemimpin tertinggi PAS bahawa ada unsur-unsur syirik dengan makna ada ahli yang beramal dengan ajaran syiah, jadi tidak semestinya laporan secara rasmi untuk tulis kepada mereka dan saya sudah maklumkan kepada pemimpin tertinggi dan mereka maklum," katanya lagi.

Ismail sebelum ini berkata wujud unsur-unsur syirik dalam PAS kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan syiah, liberalisme dan pluralisme.

"Pada hemat saya, kezaliman yang paling besar adalah syirik... Saya tidak nampak dalam Umno ada kesyirikan dalam pemikiran dan akidah. Tidak ada....

"Tapi dalam PAS ada syirik, di mana ada orang beramal dengan syiah... di mana ada orang yang liberalisme dan pluralisme," kata Ismail yang mengaku beliau adalah ahli PAS seumur hidup.

Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib baru-baru ini menafikan wujud amalan syirik dalam parti itu sambil menyifatkan dakwaan Ismail adalah kerana kecewa dengan perjuangan parti itu.

Ismail kemudian menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan pemimpin PAS Pusat memperjelaskan perkara itu namun diperlekehkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh yang menyifatkan Ismail 'bukan sesiapa'.

"Saya sebenarnya tidak kecewa dengan perjuangan PAS kerana jelas dalam PAS banyak orang alim dan banyak orang ikhlas mahu perjuangkan Islam berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah, itu saya tidak kecewa.

"Saya suka sangat berjumpa dengan saudara pemimpin pada bila-bila masa saja untuk menegakkan kebenaran untuk menerangkan kebenaran dan untuk mencari jalan penyelesaian untuk bagaimana kebenaran ini dapat direalisasikan," katanya.AP


No comments:

Post a Comment