Pages

Friday, December 7, 2012

Musa Hassan Lepas Geram Lagi Pada #Menteri KDN

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dirinya pengkhianat apabila mendedahkan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Menurutnya, perkara tersebut baru didedahkan kerana sepanjang dalam perkhidmatan kata-katanya tidak didengar.


"Ada orang berkata, jika kita berada dalam sesebuah kumpulan, kata-kata kita tidak ada yang mahu mendengar.


"Jadi apabila sudah tidak ada apa-apa ini (bersara), saya perlu mendedahkannya. Ini penting... untuk anggota polis sendiri, tidak ada niat lain," katanya.


Minggu lalu, Musa dalam satu sidang media mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai 'junior' dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.


Mengakui tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.


Tindakan itu dibuat demi melihat rakyat terus percaya kepada polis dan juga menjaga reputasi PDRM.

Sinar
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment