Ketua Imigresen cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, kedua-dua warga Indonesia itu, seorang lelaki berusia 36 tahun dan wanita berusia 26 tahun masing-masing telah didapati bersalah berkhalwat dengan warga tempatan di dua bilik berasingan kira-kira jam 2.30 pagi di sebuah hotel murah di Jalan Changkat Jong, di sini .
Menurutnya, kedua-dua tertuduh dicekup pegawai pencegah maksiat Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Teluk Intan yang membuat serbuan ke sebuah hotel setelah menerima aduan orang ramai.
"Lelaki dari Lombok Indonesia mempunyai permit kerja sah manakala wanita warga Indonesia tidak mempunyai dokumen perjalanan sah telah dihadapkan ke Mahkamah Syariah Teluk Intan pada 25 Oktober lalu dan telah dijatuhkan hukuman penjara.
"Lelaki ini berkhalwat dengan gadis tempatan berusia 26 tahun berasal dari Bentong Pahang yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan di Kampung Gajah. Dia telah dijatuhkan hukuman dua bulan penjara dan dihantar ke penjara Pokok Sena, Kedah," katanya kepada pemberita, di sini.
Khairul berkata, sementara seorang wanita warga Indonesia berusia 26 tahun dikenali sebagai Suliyati Matari ditahan kerana berkhalwat dengan lelaki tempatan berusia 35 tahun, turut dijatuhkan hukuman lima bulan penjara dan telah dihantar ke penjara Tapah.
Menurutnya, pasport tertuduh turut dirampas Jabatan Imigersen dan dalam proses pembatalan.
Katanya, mereka akan diusir keluar dari negara ini sebaik sahaja tamat tempoh menjalani hukuman penjara malahan nama mereka akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan masuk semula ke negara ini.
"Kedua-dua mereka melakukan kesalahan Jenayah Syariah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1956/1963 yang menyebut warga asing terbabit dalam jenayah syariah boleh dibatalkan pasport dan diusir keluar daripada negara ini setelah didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah di negara ini," katanya
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment