Pages

Sunday, November 18, 2012

SERANGAN DI #GAZA OLEH REJIM #ISRAEL.



BAITULMUQADDIS - Israel melancarkan serangan udara ke atas bangunan-bangunan kerajaan Hamas termasuk pejabat Perdana Menteri di Gaza hari ini – sehari selepas Kabinetnya meluluskan langkah mengerah 75,000 askar simpanan bagi menggerakkan tindakan ketenteraan dari darat.


Hamas menerajui kerajaan Palestin dari Genting Gaza manakala Presiden Palestin pula berpejabat di Ramallah. Hamas yang diketuai Perdana Menteri, Ismail Haniyeh berkata, Israel mengebom pejabat Perdana Menteri – lokasi di mana beliau mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Mesir, Hisham Qandil pagi semalam.


Israel mengadakan mesyuarat hampir empat jam malam tadi dan serangan itu menyusul pertemuan tersebut. Serangan Israel juga menyasarkan ibu pejabat polis.


Sehingga kini 38 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, separuh daripada mereka merupakan orang awam, sejak Israel memulakan serangan pada Rabu lalu. Dalam pada itu, tiga rakyat Israel terbunuh dalam serangan roket kelmarin.


Bandar raya Gaza berhadapan dengan serangan bertubi-tubi sejak 9 pagi tadi waktu Malaysia (3 pagi waktu tempatan). Serangan susulan diteruskan selepas jam 5 pagi waktu tempatan, menyasarkan bangunan kementerian, yang dipercayai kosong ketika tindakan ketenteraan. Turut menjadi sasaran ialah rumah ketua Hamas di Jabaliya, utara bandar raya Gaza.


Dalam pada itu, pegawai Hamas dalam satu kenyataan berkata, sejurus mengetahui ibu pejabat Ismail disasarkan dengan empat serangan, bangunan tersebut segera dikosongkan.


“Pesawat pejuang Israel terus melancarkan serangan ke atas pejabat kerajaan dan balai polis serta terowong yang didakwa mereka sebagai tempat penyeludupan dan pangsapuri tiga tingkat,” katanya. Menurutnya, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) juga menyasarkan ibu pejabat polis Hamas di barat bandar raya Gaza dan ibu pejabat keselamatan dalam negeri di utara Gaza selain 85 serangan balas akan dilakukan.


Serangan udara turut menyebabkan rumah tiga tingkat milik komander Hamas di kem pelarian Jebaliya turut menjadi sasaran bedilan dengan mencederakan lebih 30 penduduk termasuk ratusan kediaman dan kenderaan awam musnah. Ketika kejadian beliau hanya berada kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian. Kementerian Dalam Negeri berkata, serangan itu dilakukan ketika umat Islam keluar menunaikan solat subuh, malah tidak terkecuali sebuah masjid berhampiran turut menjadi sasaran dengan lebih 50 penduduk awam cedera.


Di selatan Gaza, satu letupan besar berlaku di bandar Mesir El-Arish, apabila tentera Israel membedil terowong bawah tanah yang didakwa digunakan sebagai laluan penyeludupan senjata tentera Hamas dari Mesir. Pegawai kesihatan Ashraf al-Kidra pula melaporkan, dalam serangan awal pagi semalam, sembilan orang, termasuk lapan askar terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera.


“Sejak Rabu lalu, sekurang-kurangnya 39 rakyat Palestin terbunuh dengan lebih 280 cedera,” katanya. Menurutnya, tentera Israel menyasarkan 600 serangan roket akan dilancarkan dengan mengganjarkan 600 tentera Palestin dibunuh.


Ketika pergolakan semakin meruncing beberapa pemimpin dunia turut mengadakan lawatan ke bandar itu untuk bertemu Ismail Haniya dan melawat mangsa cedera.
Menteri Luar Tunisia Rafik Abdesslem juga lawat bandar raya Gaza.
Rafik berkata, Tunisia akan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab untuk menghentikan pencerobohan terang-terangan Israel di Gaza.


“Israel perlu sedar bahawa mereka tidak kebal seperti serangan empat tahun lalu. Mereka juga tidak mempunyai imuniti untuk melawan undang-undang antarabangsa,” katanya. Media tempatan melaporkan, tentera Israel mendakwa sudah melakukan serangan lebih 800 sasaran di bandar itu termasuk 180 serangan udara yang dilancarkan sepanjang malam semalam.


Diikuti, pejuang Palestin membalas serangan dengan melancarkan 500 roket termasuk satu tersasar dari sebuah tempat suci di Baitulmuqaddis. Ibu pejabat Ismail yang mengalami kemusnahan teruk. Serangan lewat malam tadi menyebabkan lapan rakyat Palestin terbunuh. Tiga yang terbunuh terdiri daripada anggota Briged Izz al-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas.

No comments:

Post a Comment