Pages

Thursday, November 22, 2012

PERHIMPUNAN #BOGEL DEPAN @PARLIMEN BANTAH #LYNAS





Selepas kegagalan demonstrasi Bersih 2.0, Bersih 3.0 serta Bersih Ambang Malam Merdeka yang berakhir dengan pelbagai aksi ganas dan memalukan, kini kempen berjalan kaki pula dianjurkan oleh pihak pembangkang kononnya demi menyelamatkan alam sekitar dan nyawa manusia.


Kempen perarakan berjalan kaki yang disertai beberapa puluh orang peserta itu kini dalam perjalanan dari Kuantan ke Dataran Merdeka dengan anggaran jarak perjalanan sejauh 300km sempena bantahan terhadap kilang pemprosesan bahan nadir bumi (rare earth) Lynas Advanced Material Plant (LAMP).


Jangkaan awalnya mereka akan sampai di Dataran Merdeka pada 25 November 2012, sesudah itu keesokan harinya mereka mahu berkonvoi untuk berhimpun pula di Bangunan Parlimen bagi menyampaikan bantahan terhadap Lynas.


Mengikut laporan terkini pula, perancangan berarak ke Bangunan Parlimen telah dibatalkan sebaliknya diganti pula dengan rancangan ala anti PTPTN yakni dengan berkhemah di Dataran Merdeka.


Tika ini bahan nadir bumi banyak diproses oleh negara China yang memonopoli dan menguasai sekitar 90-97% pengeksportan bahan tersebut untuk menampung keperluan industri pembuatan elektronik serta pelbagai lagi bidang lain. 


Kira-kira dua minggu lalu, Mahkamah Tinggi dalam keputusannya telah membenarkan kilang Lynas beroperasi selepas menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penyokong PR yang berasal dari Kuantan.


Keputusan tersebut disambut gembira oleh kira-kira 500 orang pekerja dan kakitangan Lynas yang sebahagian besarnya adalah anak tempatan dan terdiri daripada kalangan orang Melayu Islam. 


Masing-masing tidak lupa menadah tangan memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Illahi sambil linangan air mata luruh satu persatu membasahi bumi, satu reaksi spontan yang agak menyentuh hati. 


Berbeza pula dengan sekumpulan kira-kira 200 orang penyokong PR khususnya daripada Cina DAP dan Cina PKR serta NGO HIJAU Anti Lynas yang turut berhimpun di perkarangan mahkamah yang sama, suasana agak hiruk piruk dengan nada kemarahan dan protes selepas keputusan penghakiman Mahkamah diketahui.


Tidak cukup dengan itu, lima hari kemudiannya NGO HIJAU Anti Lynas yang pro PR mengambil langkah songsang yang dikira satu penghinaan terhadap Mahkamah apabila melancarkan kempen berjalan kaki sejauh 300km sebagai bantahan terhadap Lynas.


Semua peserta perarakan berjalan kaki anti Lynas itu tidak datang sehelai sepinggang. Pelbagai gadget elektronik seperti Iphone, Galaxy Tab, Ipod serta pelbagai SmartPhone dan lain-lain yang komponen dalamannya diperbuat dari bahan nadir bumi dibawa bersama.


Bila terluang masa, mereka mengemaskini akaun sosial facebook dan tweeter untuk menghebahkan aktiviti mereka dan menghubungi kaum keluarga dengan menggunakan pelbagai gadget elektronik.


300km berjalan kaki membantah pemprosesan bahan nadir bumi dengan membawa bersama-sama elemen nadir bumi dalam poket dan beg masing-masing. Haru. Nampak sangat betapa hipokritnya golongan yang membantah kilang pemprosesan nadir bumi Lynas. 


Pemimpin PR serta penganjur gimik murahan berjalan kaki ini mungkin merasakan tindakan mereka akan menarik perhatian khalayak umum, itu biasalah sebab sudah menjadi resam pembangkang di negara kita ini gemar tenggelam dalam lamunan syok sendiri.


Tanpa mereka sedari, lebih banyak tindakan kebudak-budakan yang mereka lakukan semakin membogelkan diri mereka sendiri. Malah mengundang perasaan mual dan pandangan jelik dari masyarakat umum terhadap parti pembangkang.


Sama ada perhimpunan di Bangunan Parlimen ataupun perkhemahan di Dataran Merdeka yang mana satu menjadi kenyataan, maknanya tetap sama seperti kita tengok sekumpulan manusia berhimpun atau berkhemah sambil berbogel mendedahkan sikap hipokrit masing-masing. Bukan begitu? YDP SHAM.





No comments:

Post a Comment