Ini Kenyataan MB Pahang.
"Isu Lynas pada asasnya adalah isu Ekonomi. Ia kemudian menjadi isu Alam Sekitar. Ia bertukar kemudian menjadi isu Politik. Akhirnya ia menjadi isu Undang-Undang.
Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Banyak masa, tenaga, wang telah habis dengan sia-sia. Banyak kajian telah dijalankan. Ramai pakar-pakar telah membuat rumusan.
Dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Kuantan hari ini, elok kita beri peluang Lynas membuktikan ia sebuah syarikat yang berwibawa dan melabur dalam bidang yang mustahak untuk negara dan boleh memberi pulangan kepada Syarikat selain memberi peluang ekonomi kepada pekerja, rakyat setempat, negeri dan negara keseluruhannya. Terima Kasih. Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob, Menteri Besar, Pahang."
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment