Pages

Sunday, November 18, 2012

DEWAN ULAMA RAGUI 'KESUCIAN' #AnuarIbrahim.



KOTA BARU: Perbahasan Muktamar Tahunan PAS ke-58 menarik perhatian perwakilan apabila Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disaran sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.


Sambil disambut dengan laungan 'takbir', cadangan perwakilan Dewan Ulama, Hairun Nizam itu sekaligus dilihat bahawa sayap parti itu menolak persepakatan pakatan pembangkang untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.


Tegas Beliau, ahli PAS tidak sepatutnya berkempen atau menyokong pemimpin lain di kalangan pakatan pembangkang melainkan Abdul Hadi sendiri kerana dianggap lebih layak memimpin sebuah negara Islam.


"Apabila negara yang menjadi makmum kepada Allah, tunduk dan patuh kepada Allah, maka sepatutnya yang menjadi kepala tertinggi dalam negara tersebut ialah orang yang paling mengetahui hukum hakam Allah.


"Saya ingin bertanya kepada perwakilan, siapakah orang yang paling terbaik untuk memimpin kerajaan Malaysia kalau bukan Tuan Guru Presiden?," katanya.


Selain itu Hairun turut menggesa perwakilan dan ahli PAS agar meletakkan keyakinan yang tinggi kepada Abdul Hadi kerana Presiden PAS itu adalah pemimpin yang paling berkaliber untuk menjadi Perdana Menteri.


"Bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tapi beliaulah yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang, dan kita sebagai anak didik kepada parti Islam tidak sepatutnya kita pula yang kempen agar orang lain menjadi pemimpin sedangkan negara yang ingin dibawa ini berdasarkan syariat.


"Kita meletakkan keyakinan bahawa presiden kita orang yang berkaliber untuk memimpin sebuah negara," katanya.


Januari lalu, pakatan pembangkang pernah menyatakan pendirian bahawa Anwar akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi PRU-13 kerana beliau dianggap 'paling bersih', dan tiada calon yang lebih layak di dalam pembangkang untuk memegang jawatan berkenaan.


Malah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga pernah berkata, tiada pemimpin di kalangan PKR, DAP dan PAS yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.

No comments:

Post a Comment