Pages

Saturday, October 20, 2012

BONGKAR !!! SETPOL MENTERI BESAR RASMI KONSERT TIGER?? PENGKIANATAN DAN PENJELASAN.

Sememang Negeri Perak menjadi sasaran pihak pembangkang dan terbaru orang kanan Menteri Besar Perak, Setiausaha Politik MB iaitu Datuk Haji Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie pula menjadi sasaran pihak pembangkang dalam setelah bermacam cara pihak ini untuk memfitnah Menteri Besar Perak tidak menjadi.

Yang kelakarnya isu ini yang pada KC sepatutnya blogger pembangkang mangkuk ayun ini perlu membuat sedikit researh tanpa perlu main tembak rambang. Langsung dituduhnya Datuk Shalimin bersubahat dengan konsert amal yang ditaja oleh pengeluar minum arak Tiger Beer. Nie artikelnya...

http://perakite.blogspot.com/2012/10/setpol-zambry-rasmi-konsert-amal-tiger.html

Memang benar dan disahkan sendiri oleh Setpol MB yang mana KC sendiri ada menghubunginya sendiri, Datuk Shalimin dijemput oleh Pengerusi Majlis pembangunan Smjk Malaysia untuk Majlis Jamuan Makan Malam Amal bagi mengutip derma untuk Sekolah Smjk Hua Lian. Kerajaan juga melalui Kementerian Pelajaran telah memberi bantuan sebanyak RM700 ribu bagi membantu sekolah tersebut.

Sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Perak maka amatlah tidak sopan sekiranya jemputan untuk perasmian ditolak malah Persatuan ini adalah di dalam Parlimen Taiping yang mana Datuk Shalimin adalah Ketua UMNO Bahagian Taiping dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Taiping,

Datuk Shalimin juga tidak mengetahui konsert amal yang dijalankan oleh persatuan itu telah ditaja oleh Tiger Beer. Datuk Shalimin dijemput hanya untuk merasmikan majlis makan malam anjuran persatuan tersebut dan bukannya merasmikan program Tiger Beer.

DAN INGIN KC TEGASKAN DISINI BAHAWA DATUK SHALIMIN TIDAK PUN HADIR PADA MAJLIS TERSEBUT KERANA MEMPUNYAI TUGASAN LAIN DAN BERADA DI TEMPAT PADA WAKTU ITU.

KC juga dimaklumkan daripada Datuk Shalimin dan disahkan juga oleh SU Bahagian beliau iaitu Sdr. Abdul Hadi B. Shaari bahawa Datuk Shalimin telah mewakilkan kepada rakan beliau untuk datang dan merasmikan majlis tersebut.
Oleh itu artikel yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang pada ketika ini hanya semata-mata hanya untuk memalukan dan menjatuhkan air muka, kredebiliti dan maruah Datuk Shalimin dan juga YAB DS Menteri Besar Perak dan amatlah malu dan tidak beradap blogger pembangkang ini yang dalam membangkitkan sesuatu isu tanpa membuat kajian dahulu .

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone






1 comment: