Pages

Friday, August 3, 2012

HARAM JADAH!!! ANAK UMUR 8 TAHUN DIROGOL.

Seorang wanita terkejut menyaksikan anak perempuannya berusia lapan tahun dirogol teman lelakinya di depan matanya sendiri sebaik wanita itu melangkah masuk ke rumahnya, di Jinjang, petang kelmarin.

Difahamkan, lelaki berusia 45 tahun itu melarikan diri tanpa seurat benang selepas perbuatannya memperkosa kanak-kanak itu disedari ibunya.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, sumber berkata, wanita berusia 40-an itu meletakkan anak perempuannya berusia lapan tahun di bawah jagaan teman lelakinya di rumah kerana ada urusan kerja.

"Bagaimanapun, apabila wanita pulang ke rumah teresnya, dia terkejut melihat kekasihnya itu memperkosa anak perempuannya. Wanita itu menjerit bagi menghalang perbuatan keji lelaki itu," katanya.

Menurutnya, teman lelakinya menyedari perbuatannya dilihat ibu mangsa terus melarikan diri tanpa sempat mengambil pakaiannya.

Sumber berkata, beberapa jiran yang hairan melihat kelibat lelaki tanpa pakian itu mengenjar dan sempat menahannya.

"Sebaik dimaklumkan ibu mangsa mengenai kejadian itu, mereka membelasah lelaki itu sebelum polis tiba dan membawanya ke Balai Polis Jinjang untuk siasatan lanjut," katanya.

Katanya, ibu mangsa membuat laporan mengenai kejadian berkenaan dan membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan penahanan lelaki itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 276 Kanun Keseksaan.

Ku berkata, suspek direman tujuh hari bermula semalam sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment