Pages
Tuesday, August 28, 2012
HUDUD : PAS BERSENDIRIAN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG.
Justeru Pas perlu menilai kembali kedudukannya dalam pakatan pembangkang kerana adalah jelas DAP jauh lebih dominan sehingga boleh mengeluarkan pelaksanaan hukum hudud daripada agenda pakatan pembangkang. Pas telah dipermainkan, mereka mengharapkan Anwar dapat memihak kepada mereka dalam isu hudud tetapi Anwar gagal dan mempunyai agendanya sendiri.
Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan usaha Pas meneruskan polemik isu pelaksanaan hukum hudud adalah untuk mencari keuntungan politik. Beliau berkata, ini kerana berdasarkan realiti semasa, hukum hudud sukar untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan pindaan Perlembagaan.
"Umat Islam mengalu2kan hudud tetapi mesti dilaksanakan dengan cara dikehendaki agama. Hudud kalaupun nak dilaksanakan, harus mendapat pandangan seluruh rakyat kerana kalau nak laksanakannya, mesti pinda Perlembagaan. Saya rasa masih jauh lagi untuk kita laksanakan hudud, masih berada di awang2an. Pas kata kita (UMNO) tolak. Kita sendiri dengan tegas belum buat pendirian lagi. DAP tidak mahu negara Islam, dia fikir hudud sebahagian daripada cara untuk tubuhkan negara Islam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, August 10, 2012
PANASSZ : NIZAR MEROYAN HINA JALUR GEMILANG..!!!
Kalau di Thailand, rasanya Nizar dah kena tangkap sebab menghina Sultan. Di China rasanya dah kena tembak sebab menghina bendera, Tapi di Malaysia kita masih berlemah lembut dan memberi muka pada manusia yang tak berapa nak waras ni. Sampai bila kami rakyat Malaysia mampu bertahan melihat manusia seperti Nizar ni wujud dimuka bumi Malaysia?
KC mungkin mengunakan saluran blog untuk menghentamnya. Tapi rakyat Malaysia yang lain? Mereka akan menganggap kerajaan sekarang lemah kerana gagal mengambil tindakan terhadap Nizar, walaupun Nizar telah menyentuh dan mengusik beberapa perkara yang sensitif di Malaysia.
Kita ada undang-undang, kenapa kita tidak gunakannya?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
BLOGGER DIPENJARA 3 BULAN HINA MAHKAMAH.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata, Amizudin melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya. "Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya.
Beliau berkata, jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.
"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak," katanya.
Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham". - BERNAMA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
MAKSUD MIMPI MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM!!
Bagi umat Islam, mimpi kadang-kala mempunyai alamat atau maksud tertentu dan hanya orang yang arif sahaja boleh menakwil mimpi tersebut. Hal berkaitan mimpi juga ada diceritakan di dalam Al-Quran di dalam kisah Nabi Yusuf a.s. Berikut adalah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan mimpi
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam.
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.
- Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup
- Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.
- Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak
- Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.
Kadangkala ada juga antara kita yang mendapat mimpi sebagai satu hidayah untuk membawa diri kita ke arah yang lebih baik. Teringat dahulu pada rakan penulis yang memang jahil dalam agama dan tidak pernah mempedulikannya. Tetapi dia telah diberikan hidayah oleh Allah S.W.T di dalam mimpinya yang membawa dia untuk berubah dan pada saat itu dia mula berubah dari tidak pernah menunaikan solat ke tidak pernah meninggalkan solat walaupun sesekali dan sebagainya.
Sumber : www.islamitusuci.com
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, August 9, 2012
PANAZZZ..!!!! DAP BERJAYA HAPUSKAN AL QURAN DAN AZAN DI PULAU PINANG.
Nampaknya DAP mula tunjukkan kuasanya apabila berjaya menghapuskan laungan azan dan bacaan AL-QURAN di pulau pinang,itu belum menang negara baru Negeri dah berani tunjukkan kebenciaan mereka pada Islam,ini lah jadinya apabila pencacai2 PAS yang berjaya dibodohkan DAP lahnatullah ni,ini kan yang pak aji pas mahu erk...agaknya apa akan jadi pada org Islam dinegara ni jikalau Pakatan haram ni memerintah.....fikir2kanlah wahai orang2 PAS...masih belum terlambat untuk kembali kepangkal jalan...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, August 8, 2012
ISU ROYALTI MINYAK : KENAPA KELANTAN TIDAK LAYAK TUNTUT.
Kerajaan Persekutuan hanya menyerah hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada Petronas menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] di mana Petronas telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum di pelantar benua yang berada di dalam kedaulatan wilayah Malaysia.
Begitu juga dengan Kerajaan Negeri Kelantan telah menyerahkan sepenuh haknya (tanpa boleh batal (irrevocable) kepada Petronas untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum sama ada di daratan atau laut dalam kawasan perairan wilayahnya menerusi Suratcara Peletakhakkan yang dibuat menurut peruntukan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) pada 9 Mei 1975.
Dalam isu tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan ini, keterangan menunjukkan bahawa kedudukan medan/telaga minyak yang terlibat iaitu PM301 dan PM302 berada di kawasan yang melebihi dari 100 batu nautika dari tikas air surut Negeri Kelantan.
Oleh itu, adalah jelas bahawa Negeri Kelantan tidak layak mendapatkan bayaran tunai di bawah Perjanjian 1975 bagi mana-mana medan atau telaga minyak yang dijumpai oleh Petronas yang tidak berada dalam sempadan tanah negeri atau perairan wilayahnya sendiri iaitu tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas (paras) air surut.
Sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, UNCLOS 1982 dan Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], semua hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli (termasuk petroleum) di pelantar benua (continental shelf) adalah terletak hak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan ada menyerah hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada mana-mana Kerajaan Negeri sama ada menerusi mana-mana undang-undang atau perjanjian. Hak tersebut sentiasa berada di tangan Kerajaan Persekutuan dari dahulu sampai sekarang.
Kerajaan Persekutuan hanya menyerah hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada Petronas menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] di mana Petronas telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum di pelantar benua yang berada di dalam kedaulatan wilayah Malaysia.
Begitu juga dengan Kerajaan Negeri Kelantan telah menyerahkan sepenuh haknya (tanpa boleh batal (irrevocable) kepada Petronas untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum sama ada di daratan atau laut dalam kawasan perairan wilayahnya menerusi Suratcara Peletakhakkan yang dibuat menurut peruntukan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) pada 9 Mei 1975.
Dalam isu tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan ini, keterangan menunjukkan bahawa kedudukan medan/telaga minyak yang terlibat iaitu PM301 dan PM302 berada di kawasan yang melebihi dari 100 batu nautika dari tikas air surut Negeri Kelantan.
Oleh itu, adalah jelas bahawa Negeri Kelantan tidak layak mendapatkan bayaran tunai di bawah Perjanjian 1975 bagi mana-mana medan atau telaga minyak yang dijumpai oleh Petronas yang tidak berada dalam sempadan tanah negeri atau perairan wilayahnya sendiri iaitu tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas (paras) air surut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PENDEDAHAN !!! PAS HANYA PERGUNAKAN ARTIS.
Sekarang sudah menjadi trend, kononnya jumpa Islam di dalam PAS. Seolah lebih beriman apabila berada di dalam parti PAS. Kononnya menemui cahaya kebenaran apabila berada didalam parti khawarij..Pelbagai macam lagi alasan.
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.
"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.
"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.
"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.
Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.
Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?
"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.
"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.
"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.
"Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya.
Media Cyber
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, August 6, 2012
GEMPARR!!! AL-QURAN TERBANG DI MEKAH.
Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu Kaabah.
Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu,jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi. [Petikan Warta Perdana]
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, August 5, 2012
GEMPAR!!! LELAKI TERJUN DARIPADA PESAWAT AIR ASIA SEDANG BERGERAK..
Lebih mengejutkan, siasatan mendapati penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Chong, 24, dipercayai staf syarikat penerbangan tambang murah itu sendiri.
Pada hari berkenaan, dia tidak bekerja tetapi menaiki pesawat AK587 itu bersama teman wanitanya untuk menuju ke Kuala Lumpur.
Kosmo! Ahad difahamkan, tindakan lelaki itu membuka pintu kecemasan yang terletak di bahagian tengah pesawat menyebabkan pesawat tersebut berhenti serta-merta.
Keadaan itu mencetuskan situasi panik dalam kalangan penumpang.
Sementara itu, seorang penumpang yang menaiki penerbangan sama berkata, sebaik pesawat tersebut hendak berlepas, lelaki itu menjerit 'saya mahu pulang' sebelum dia meninggalkan kerusinya dan membuka pintu kecemasan.
Chong diberi rawatan selepas terjun dari pesawat AirAsia.
"Ketika pesawat itu sedang bergerak perlahan untuk berlepas, tiba-tiba lelaki tersebut buka pintu kecemasan di sebelah kanan pesawat dan terjun sekali gus menyebabkan pesawat berhenti mengejut.
"Penumpang lain mula menjerit dan panik. Punca dia bertindak demikian masih kurang jelas," kata saksi itu.
Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia, Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra berkata, penumpang yang terjun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk menerima rawatan.
Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tergendala dan penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, setakat ini polis masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu dan siasatan giat dijalankan berhubung kejadian tersebut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, August 3, 2012
HARAM JADAH!!! ANAK UMUR 8 TAHUN DIROGOL.
Difahamkan, lelaki berusia 45 tahun itu melarikan diri tanpa seurat benang selepas perbuatannya memperkosa kanak-kanak itu disedari ibunya.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, sumber berkata, wanita berusia 40-an itu meletakkan anak perempuannya berusia lapan tahun di bawah jagaan teman lelakinya di rumah kerana ada urusan kerja.
"Bagaimanapun, apabila wanita pulang ke rumah teresnya, dia terkejut melihat kekasihnya itu memperkosa anak perempuannya. Wanita itu menjerit bagi menghalang perbuatan keji lelaki itu," katanya.
Menurutnya, teman lelakinya menyedari perbuatannya dilihat ibu mangsa terus melarikan diri tanpa sempat mengambil pakaiannya.
Sumber berkata, beberapa jiran yang hairan melihat kelibat lelaki tanpa pakian itu mengenjar dan sempat menahannya.
"Sebaik dimaklumkan ibu mangsa mengenai kejadian itu, mereka membelasah lelaki itu sebelum polis tiba dan membawanya ke Balai Polis Jinjang untuk siasatan lanjut," katanya.
Katanya, ibu mangsa membuat laporan mengenai kejadian berkenaan dan membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan penahanan lelaki itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 276 Kanun Keseksaan.
Ku berkata, suspek direman tujuh hari bermula semalam sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
RESTORAN MAMAK : KEPADA SESIAPA YANG NAK PONTENG PUASA, NAH SEPINGGAN RM 18.50..!!!
Mohamad Yusri Hanafiah, 32, berkata, dia hanya membeli nasi bersama ayam goreng, dua kacang bendi dan dua ekor sotong berukuran kirakira tiga sentimeter.
Menurutnya, dia yang tidak berpuas hati dengan harga dikenakan telah meminta pekerja di restoran itu mengira nasi bungkus serta lauk yang dibelinya beberapa kali.
"Nak buat macam mana. Saya nak bersahur terpaksa juga membayarnya. Saya kemudian mengadu kepada seorang rakan yang menjual nasi di pasar Ramadan dan dia beritahu penjual nasi restoran sedemikian tidak menjalankan perniagaan mereka waktu siang dan ini mengakibatkan pemilik premis mengalami kerugian.
"Untuk memastikan mereka dapat semula modal telah dikeluarkan, pemaju restoran akan naikkan harga makanan mereka berlipat kali ganda terutama waktu sahur," katanya.
Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, pihak berkenaan seharusnya membuat pemantauan permasalahan itu dan ia harus ditangani segera.
Menurutnya, pengusaha restoran tidak seharusnya menaikkan harga makanan dengan sewenangnya semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan mereka.
"Penguna yang terlibat seharusnya boleh membuat aduan kepada persatuan pengguna untuk memastikan mereka tidak ditipu.
"Apabila restoran mengenakan harga yang terlampau, pengguna harus bersikap terbuka dan meminta resit pembayaran. Mereka kemudian boleh pergi ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan dan menyerahkan laporan dibuat kepada persatuan pengguna," katanya.
Menurutnya, dengan cara itu pihak persatuan boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap pemilik premis terlibat.
SINAR
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
GUNA WANG RAKYAT BELA PENJENAYAH.
Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Rafizi tidak boleh dianggap sebagai 'whistleblower' kerana beliau merupakan seorang individu yang melanggar undang-undang perbankan sekali gus mencabul asas industri perbankan.
Menurutnya, banyak dana yang dibelanjakan oleh Selangor, namun semuanya tidak memberi manfaat kepada rakyat dan lebih kepada kepentingan parti politik.
"Sudah berapa banyak dana yang telah dibelanjakan oleh kerajaan PKR yang langsung tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat Selangor?
"Sebelum ini kerajaan negeri telah menggunakan wang rakyat untuk menanggung kos guaman bagi pemprotes-pemprotes perhimpunan Bersih yang tidak ada kena-mengena langsung dengan kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor," katanya.
Kelmarin, Kerajaan Negeri Selangor menyatakan kesediaannya membiayai kos guaman bagi membantu Rafizi Ramli yang didakwa berhubung pendedahan tiga akaun kewangan berkaitan skandal National Feedlot Corporation (NFCorp).
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menyelar tindakan mendakwa Rafizi.
Justeru, Sohaimi yang juga ketua Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) berkata, tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang mengguankan dana awam untuk mempertahankan ahli partinya jelas memperlihatkan kepincangan urus tadbir negeri serta amalan pengurusan yang tidak amanah.
"Lagipun Rafizi tidak boleh dianggap sebagai whistleblower kerana beliau mempunyai niat dan kepentingan politik dan kita kena faham konsep 'whistleblower'.
"Rafizi tidak menyalurkan maklumat yang sebenarnya kepada saluran yang betul iaitu pihak penyiasat, tetapi maklumat tersebut telah disebarkan kepada pihak umum. Kita serahkan perkara ini kepada mahkamah untuk menentukan tuduhan dan saya menasihatkan Rafizi supaya bertanggungjawab," katanya lagi.
Sinar
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone