Pages

Sunday, March 18, 2012

GUAN ENG RISAU PULAU PINANG BAKAL TUMBANG..?

Lim Guan Eng semalam menyatakan kerisauannya yg Pulau Pinang mungkin tidak mampu dipertahankan oleh DAP dalam pilihanraya umum akan datang. KM yg dipaliti dengan pelbagai skandal salahguna dan rasuah itu, menyatakan hal ini kepada akhbar harian cina, Nanyang Siang Pau yg kemudian menyiarkannya sebagai berita utama di halaman 6.

Beberapa hari lepas pula, Lim Guan Eng dipetik akhbar sama, menyatakan bahawa isterinya, Betty Chew yg kini juga ADUN Kota Laksamana, Melaka tidak akan mempertahankan kerusi tersebut, malah tidak akan bertanding pun dalam PRU akan datang.

Semua ini menunjukkan ketidakyakinan Guan Eng mempertahankan kerusi DAP sedia ada dalam PRU akan datang, disamping baru 'tersedar' bahawa tindakan mencalonkan isteri sendiri itu adalah tindakan berbentuk nepotisme. Ini ada kaitan dengan pelbagai berita penyalahgunaan kuasa DAP di Pulau Pinang yang seboleh2 cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat.
Paling mencuri tumpuan, sudah tentulah skandal Bayan Mutiara bernilai berbilion ringgit yg sedang menunggu jawapan dari Guan Eng. Itu belum lagi disebutkan tentang projek tempat letak kereta di Bukit Bendara bernilai RM 5 juta yg gagal disiapkan mengikut spesifikasi sepatutnya oleh anak syarikat kerajaan negeri, PDC Properties yg bertindak sebagai pemaju sehingga dicadangkan untuk diruntuh dan dibina yg baru oleh Guan Eng.

Begitu juga halnya dengan pembohongan DAP selama ini dalam isu tanah Tan Hak Ju yg menjadi isu terbesar DAP untuk menyerang pentadbiran terdahulu dengan tuduhan rasuah tetapi dibuktikan sebaliknya oleh Mahkamah Rayuan yg menolak keputusan oleh Mahkamah Tinggi terdaulu.

Dan sudah tentulah yg paling membingungkan kes moral membabitkan anak Guan Eng yg didakwa meraba buah dada seorang pelajar perempuan di sekolahnya sehingga sejumlah wang terpaksa dikeluarkan oleh keluarga Guan Eng untuk menutup kes tersebut dari menjadi isu besar.

Semua ini menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang, yg penulis percaya mendesak Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang sedemikian. Tapi sudah tentulah bila bercakap tentang pembangkang seperti DAP, dia tidak akan melihat kesalahannya sendiri, sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada BN.

Inilah yg kita katakan Ketua Menteri bekas banduan ini otak benak. Dia tidak boleh membezakan keputusan rakyat dengan pengaruh wang. Seolahnya, kalau hak yg DAP menang itu sebab kuasa rakyat, kalau yg BN menang, itu kuasa wang.

Nampak sangat tindakan itu (menuduh BN menggunakan wang untuk menarik sokongan) adalah terdesak dan tidak keruan oleh seorang pemimpin yg mendakwa dirinya cekap dalam segala hal dan membawa 'perubahan' besar di Pulau Pinang, hanya dalam tempoh sepenggal menjadi Ketua Menteri.

Yg nyata, tindakan sistematik DAP 'mengusir' orang Melayu keluar dari bahagian pulau Pulau Pinang, akan menyebabkan protes besar2an yg membawa kepada tumbangnya kerajaan DAP. Ia tidak langsung berkaitan dengan wang atau apa sahaja yang dituduhkan DAP kepada UMNO dan BN.
Ptuiihhh.

No comments:

Post a Comment