Pages

Sunday, December 4, 2011

SUDAHLAH RASIS BERSIFAT PENJAJAH PULAK TUE..!!!

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamzah Zainudin berkata, tuduhan pakatan pembangkang bahawa UMNO adalah sebuah parti rasis sebenarnya menunjukkan bahawa mereka sebenarnya sudah terlalu terdesak dan ketandusan isu untuk menyerang dan menjatuhkan maruah UMNO.

Katanya, DAP adalah satu-satunya golongan di mana merupakan golongan yang benar-benar rasis dalam agenda politik negara masa kini.

Akhir-akhir ini tegas beliau  sudah nampak begitu ketara apabila ramai yang berani bersuara konon-kononnya apabila UMNO bercakap adalah rasis tetapi apa yang berlaku sebenarnya, UMNO tidak pernah bercakap sesuatu yang menjatuhkan maruah mana-mana bangsa dalam negara ini.

Namun tambah beliau lagi DAP jelas menunjuk dan membuktikan mereka sebenarnya rasis dan menjatuhkan maruah sesuatu bangsa.

"Contohnya Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, dengan secara terbuka menggunakan perkataan seolah-olah warna hitam itu buruk sekali. Padahal bukankah di kalangan ada juga DAP yang berkulit hitam.

"Inilah yang saya katakan mereka ini bukan sahaja rasis tetapi begitu ekstrim untuk mewujudkan semangat supaya tak sukakan kepimpinan negara atau negeri yang diperintah oleh BN.

"Baru-baru ini, Pengerusi DAP juga mengeluarkan ungkapan yang menunjukkan mereka rasis. Mereka ini mempunyai satu sikap sekiranya mereka tidak suka mereka boleh mengeluarkan apa sahaja perkataan samada rasis ataupun perkataan yang boleh menjatuhkan maruah bangsa.

"Sebab itu saya katakan, yang paling rasis mahu memecah belahkan keamanan dan kemakmuran rakyat yang hidup aman damai adalah datangnya daripada parti DAP. Mereka ini sebenarnya mengguna apa yang mereka ada sekarang ini, semata-mata untuk kepentingan mengambil alih negara," ujarnya dalam wawancara khas bersama UMNO-Online.

Menurutnya sebelum ini juga ada di kalangan pemimpin DAP yang terang-terang menyatakan mahu menukar bendera sedangkan bendera telah dilahirkan sejak merdeka dan seharusnya bendera ini dipertahankan kerana ianya dimiliki oleh setiap rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Sebagai rakyat Malaysia kata beliau bendera adalah sesuatu yang harus dipertahankan kerana ianya satu lambang kemegahan negara yang merdeka dan maruah diri.

"Hanya yang menjajah yang boleh menggubah negara kita dan ini secara tidak langsung DAP membuktikan bahawa mereka bukan hanya mahu mengambil alih tampuk pimpinan negara ini tetapi mahu menjajah negara dengan cara mereka. Sebab itu mereka sanggup menukar bendera dan beberapa pelembagaan yang ada.

"Saya minta sekiranya boleh, ahli DAP dan pakatan pembangkang tanpa mengira bangsa, sedarlah sekiranya hendak hidup dalam negara yang aman, bukan ini caranya. Rakyat harus sedar, hanya satu parti sahaja iaitu BN yang tidak sanggup menjatuhkan maruah mana-mana bangsa", katanya.

Pada masa yang sama beliau juga meminta  seluruh rakyat  faham, sedar dan fikir semasak-masakanya apakah agenda DAP sebenarnya dan adakah mereka benar-benar demokratik.

"Pemilihan pemegang jawatandalam DAP  juga telah membuktikan mereka tidak demokratik. Sebab itulah seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam parti itu akan pegang jawatan dari mula sehinggalah ke hujung nyawa.

"Hanya UMNO yang mengamalkan amalan demokrasi sebenar kerana UMNO bukan hanya sekadar bercakap tetapi kita membuktikannya. Kita bercakap dan amalkan dan bukan sekadar mengamalkan malah menunjukkan bahawa kita benar-benar mahu supaya negara ini dalam keadaan aman dan sejahtera," jelas beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Tegas beliau  perjuangan UMNO sendiri bukan sahaja untuk memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi memperjuangkan nasib semua rakyat yang ada di negara ini" ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment