Pages

Wednesday, December 28, 2011

BONGKARR : NGA KOMENG TAK BERANI. BLOGGER SEKUPANGDUA TUNGGU DI DEPAN PINTU.

KC hadir memberi sokongan kepada Sekupangduas dalam usaha si Nga Komeng hendak menyaman Blogger Sekupangduas membongkar penyalahgunaan kuasa pemberian kontrak menjahit pakaian Ahli Majlis Bandaraya Ipoh.

Bagai dikota, Blogger Sekupangduas menunggu di hadapan pintu masuk Pejabat Dap Perak, namun tidak kelihatan kelibat si Nga Komeng walaupun Komeng dalam keluaran akhbar menyatakan akan menyaman penulis blog yang membongkar isu penyalahgunaan kuasa.

Memang sah la si Nga Komeng sengaja untuk menakut-nakutkan SekupangDuas dalam usaha mengalihkan perhatian rakyat kepada isu sebenar. Isu Penyalahgunaan kuasa yang mengaitkan syarikat isterinya diberi kontrak.

Walauapapun Sekupangdua.. Syabasss kerana pembongkaran ini. Jangan takut kerana kita berada di pihak yang benar. Nasi Lemak pagi ini, kita suruh Panglima Hitam yang bayorkan.. Hahaha...

Wednesday, December 21, 2011

PANASS!!! BLOGGER BUAT LAPORAN SPRM. ADA YANG BAKAL TERSUNGKUR!!!!

Tahniah buat Blogger Sekupangduas kerana berani melaporkan kepincangan si Nga Kor Meng melakukan salah guna kuasa semasa pemerintahan 11 bulan PR di Perak. KC menyokong sepenuh tindakan Sekupangdua dalam menanggani isu ini kerana kita tidak mahu org cakap kita sengaja buat finah dan hasilnya hari ini terbukti PR memang HAPRAK!!!..

Ini baru sebahagian... Nantikan seterusnya... Hahaha...

"Bila Nga Kor Meng mencabar teman untuk lapor kat SPRM Pasal tender Long suit, Teman Lapor ler adaker kata teman ni buat-buat bukti, Jam 3 petang tadi teman terus ke SPRM dan buat laporan tentang kes Tender Long Suit  semasa pemerintahan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan Negeri. Terima kasih kepada Angkatan Pemikir (AP) kerana memaklum kat teman bila si Nga komeng mencabar teman dalam Malaysiakini supaya membuat laporan, sebagai mewakili hak rakyat teman buktikan teman buat laporan ke SPRM
Sebelum ini teman memang dah buat posting cerita ni pada  16 Disember lalu (klik), komer nilai kan sendiri macam ni punya kes samada menyamun atau tak? komer sebagi rakyat pun ada hak menilai, samada benar atau tak, tak kan asyik dengor ceramah alustaz watikah PAS ni jer, memanjang kena angguk jer asyik nak dengor segala ceramah yang kerajaan sekarang ni korup beratus billion tapi tak buat laporan pun, sebab teman nak komer jangan terlalu angguk jadi teman tak saja bercakap tapi apa ada masalah nak tegak kan kebenaran, sakit hati aku bila si ustaz komeng asyik mengafirkan orang islam jer!


Teman ucap terima kasih kepada semua yang bertanya cerita bila masa teman nak buat laporan ni tadi, untuk pengetahuan  komer bior teman upload balik gambor-gambor sebelum ni, terima kasih kepada semua bloggers yang menyokong teman dan membantu mewawarkan kepada RAKYAT! Terima kasih jugak rakan-rakan bloggers Pemimpin Hadapan, AP, PCT, PISAU, APAI dan lain-lain yang tak tersebut teman, TEMAN DAH BUAT KERJA TEMAN! LAPOR TETAP LAPOR"

http://sekupangduas.blogspot.com/2011/12/nga-kor-meng-cabor-teman-lapor-jugak-ke.html

Sunday, December 18, 2011

DR. MAHATHIR CABAR ANUAR. ADA BERANI KER??

Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Anwar Ibrahim bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas PM itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yg didakwa.
Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yg datang untuk menawarkan bantuan.

"Saya minta dia (Anwar) tunjukkan surat itu kalau ada. Saya yg menolak semasa wakil Tabung IMF datang nak tawarkan bantuan dana. Saya nak suruh dia bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu," katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu, beliau ada bersama Dr. Mahathir ketika wakil IMF tersebut datang menemui mereka.

"Tun (Dr. Mahathir) menghalau mereka keluar dari pejabatnya," katanya yg ketika itu merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara.

Laman portal propembangkang semalam melaporkan, kelmarin ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yg turut dihadiri wakil kedutaan asing, Anwar mendakwa Dr. Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Anwar berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan IMF dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

Monday, December 12, 2011

PANASS. : RUMUSAN KES LIWAT - LIWAT BERLAKU..

Hujah Akhir : Karpal(Godfather) Rumuskan Liwat Berlaku Atas Dasar SUKA SAMA SUKA

12/12/11 – Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara berlaku atas dasar suka sama suka.

Karpal(Godfather) berkata Mohd Saiful mendakwa diliwat secara paksa namun, hujahnya, keterangan saksi utama, di mahkamah membuktikan sebaliknya.
"Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat untuk menyelamatkan diri", katanya.

Karpal(Godfather) menyifatkan Mohd Saiful seperti seekor KAMBING yang menurut sahaja semua arahan daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat.

SUKARELA+DIPAKSA=LIWAT ITU TETAP TERJADI
PAPA HEBAT!

"samarata samarasa depan belakang sama saja"

Saturday, December 10, 2011

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA : PENCACAI PALING AWAL HANTAR.

Itu yang pelik pasal PR nie. Bila kita perkatakan bab 1Malaysia, depa kondem kata dan kutuk 1Malaysia yg kononnya ikut yahudi 1 Israel. Tapi bila kerajaan BN buat Bantuan Rakyat 1Malaysia punya laju diaorg antar borang.

Tak haram pulak puak2 PR mohon wang Bantuan 1Malaysia nie pulak. Bukan ker puak2 nie kata, kerajaan ambik duit judi magnum, duit rasuah, duit maksiat?? Boleh pulak diorg balun duit bantuan nie..

KC berkesempatan meninjau beberapa lokasi tempat penyerahan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia, memang puak2 nie yang mendahului penghantaran borang... KC tanya jugak kenapa kawan2 BN tak antar lagi..

'Takpela.. Kita bagi laluan rakyat yang miskin tegar dulu, OKU dulu, anak yatim dulu, ibu tunggal dulu, lepas tue kami antar la pulak itupun kalau layak'. Hebatt org BN....

Kata TMali ; 'Azli Taliban Pas Perak dalam ceramah dia, berkata mufti Perak makan gaji dari hasil duit pelacur, duit judi, duit maksiat dan berbagai sumber yang haram.' Habis tue, puak2 dia pegi ambik bantuan tue apahal!!! Tak haram ker???

Thursday, December 8, 2011

PANAS : SARAWAK BAKAL TERIMA KEANGGOTAAN POLIS & TENTERA BARU...?

Negeri Sarawak bakal mengalami perubahan secara besar-besaran dari segi struktur keselamatan kerana hari ini sudah ada cadangan-cadangan gila oleh pihak DAPig Sarawak 'hanya mereka lahir di Sarawak harus mengundi di Sarawak dan polis dan tentera yang berkhidmat d sini walaupun lama, tak boleh mengundi'.

DAPig Sarawak rupa-rupa tidak percaya kepada pasukan Polis dan Pasukan Tentera yang datang Semenanjung yang menjaga keselamatan di Negeri Sarawak.
Cadangan bodoh atau lebih tepat bersifat Kenegerian dan menanam kebencian kepada pasukan keselamatan adalah usaha terbaru DAPig Sarawak dalam usaha menawan Negeri Sarawak.

Walau datang dari mana sekalipun pasukan keselamatan yang bertugas di Negeri Sarawak, mereka adalah rakyat Malaysia yang sah kedudukan mereka dari segi perlembagaan. Jangan cuba menanam sifat kenegerian hingga akhirnya merugikan rakyat khususnya Negeri Sarawak.

Tahniah kepada Barisan Nasional yang mengamalkan konsep 1 Malaysia yang hari ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.

PANAZZ : HASSAN ALI AKAN BERGABUNG DENGAN UMNO...?

Ada ura-ura yang mengatakan Dr. Hassan Ali ini akan bergabung dengan pemimpin UMNO dalam PRU13 akan datang memandangkan Pakatan sendiri sudah tidak menerima lagi kelantangan suara beliau dalam menegakkan Islam di Selangor. Pihak pakatan janganlah terkejut jika perkara ini benar kerana tiada yang mustahil dalam politik lebih-lebih lagi dalam menegakkan syiar Islam di Selangor.

Dilihat dari rentetan isu-isu yang sering ditimbulkan oleh pakatan yang begitu anti dengan ke-Islam-an Hassan Ali yang sanggup membelakangkan kerjasama PKR dan DAP maka besar kemungkinan UMNO akan turut membantu Hassan Ali dalam meneruskan pelaksanaan Islam di Selangor.

'Agen katak tua UMNO'. Itulah gelaran yang diberikan oleh pencacai pakatan kepada Hassan Ali. Walaupun media di sebelah kiri begitu mengkritik dan menghentam Hassan Ali namun media di pihak kanan ini akan terus memberikan laporan yang positif kepada beliau kerana pihak kanan memang memerlukan pemimpin yang berani ke depan seperti beliau. 

Blogger Gelombang Rakyat melalui entri terbarunya mengatakan yang ada perjumpaan sulit dibuat antara PAS dan UMNO Selangor tanpa melibatkan Khalid Samad yang mana dilihat berbentuk positif untuk kemenangan PRU13 di Selangor. Mungkin kedua-dua parti Islam-Melayu ini akan bergabung bagi membentu kerajaan Islam di bawah naungan Sultan Selangor. Kita nantikan.

GEMPAR!!! ADUN PEMBANGKANG ADA DALAM SENARAI KONTRATOR LYNAS.

Macam haram jadah... Punya la maki hamun, tabur fitnah sana sini, ceramah merata alam bagitau kerajaan tak betul, zalim sebagainya, Rupanya dia ambil projek, masyukkk sorang2.. Hahaha..

Main wayang, depan tentang, belakang rupanya tukang supply, itulah yang didedahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa ada ADUN pembangkang di negeri itu yang tersenarai sebagai kontraktor yang terbabit dengan pembinaan Loji Pemerosesan Nadir Bumi (Lynas) di Gebeng.

"Saya ada minta Lynas keluarkan senarai kontraktor terbabit dan jangan terkejut (jika) dalam senarai kontraktor itu ada rakan kongsi kepada orang yang paling menentang Lynas.

"Ini termasuk juga rakan kongsi kepada wakil kita dari (Kuala) Semantan dan Beserah," katanya ketika membentangkan Bajet Negeri 2012 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuantan pada Isnin.

DUN Kuala Semantan diwakili Syed Hamid Syed Muhammad manakala Syed Mohammad Tuan Lonik adalah ADUN Beserah.

Dua wakil PAS itu penentang kuat pembinaan kilang Lynas.

Sebaik Adnan membuat pendedahan itu, Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) bangkit untuk mencelah tetapi Adnan keberatan memberi laluan dengan berkata, beliau sedang membentangkan Bajet Negeri, bukannya sesi soal jawab.

Bagaimanapun, selepas dibenarkan Speaker DUN, Datuk Wan Mohd Razali Wan Mahussin, Ngah Ngah mengajukan soalannya dengan meminta Menteri Besar menjelaskan faedah ekonomi daripada projek itu kerana Lynas diberikan pengecualian cukai selama 12 tahun, sekali gus tidak akan memberikan hasil tambahan kepada negeri dan negara.

Menjawab soalan itu, Adnan berkata, walaupun kerajaan negeri tidak memperoleh sebarang hasil cukai, projek itu disifatkan sebagai situasi menang-menang kerana dapat menarik kemasukan pelabur serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Sebelum ini soal keselamatan projek tersebut menjadi perdebatan oleh pembangkang.

Bagaimanapun Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) serta pakar-pakar luar negara telah mengesahkan bahawa pembinaan kilang itu selamat tetapi masih diputar belitkan fakta oleh pihak tertentu yang kononnya kilang berkenaan akan memudaratkan rakyat.

Adnan berkata kerajaan telah mengeluarkan garis panduan sebelum ini bahawa Lynas Malaysia Sdn Bhd perlu mematuhi sepenuhnya syarat yang ditetapkan bagi kilang itu.

Katanya kerajaan Barisan Nasional tidak pernah bertindak atau membuat sebarang keputusan yang boleh memudaratkan rakyat.

"Kita "hidup" atas undi rakyat, adakah kita akan membuat sesuatu yang memusnahkan rakyat?" katanya.

Beliau berharap pembangkang tidak terus mempolitikkan isu itu demi kepentingan politik mereka lebih yang berasaskan kepada fitnah dan pembohongan.

Malah, katanya, terdapat "kawan-kawan" kepada pihak yang menentang projek pembinaan kilang itu telah memperoleh kontrak bagi kerja pembinaan kilang itu.

"Mereka (kontraktor terbabit) bukan kawan saya, tapi kawan pihak yang membantah pembinaan kilang itu," katanya.

Adnan berharap Lynas Malaysia Sdn Bhd mengeluarkan senarai kontraktor yang menerima kontrak dan melakukan kerja pembinaan kilang itu untuk tatapan umum. Cr. Agenda Daily

MEMANG BIADAP BUDAK NIE!!!!

Beberapa pertubuhan NGO hari ini membidas sikap biadab Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yg berterusan memburukkan imej pemimpin negeri termasuk mempersendakan nama negeri ini dengan panggilan 'Perak Darul Kartun'. Sebelumnya Dato' Zamri Abd Kadir digelar Hitam Matelik, biar pun kes itu telah selesai setelah meminta maaf.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata,
sebagai pemimpin, Kor Ming perlu menunjukkan sikap terpuji dan tidak seharusnya melakukan provokasi yg akhirnya memakan diri sendiri. "Apabila dia menggelarkan Perak sebagai Darul Kartun, beliau sebenarnya tidak layak langsung duduk di negeri ini dan perlu keluar dari sini.

"Sikap biadab Kor Ming itu menunjukkan pemimpin pakatan pembangkang semakin ketandusan idea hingga menjadikan pentas ceramah sebagai landasan mengutuk pemimpin lain dan kedaulatan negeri yg diduduki," katanyahari ini.

Kenyataan Kor Ming juga dianggap menghina kedaulatan Perak dan institusi diraja apabila menggelarkan negeri ini sebagai Perak Darul Kartun. Yang Dipertua Perkasa Perak, Ahmad Zaini Ismail yg turut mengecam tindakan Kor Ming itu berkata, kenyataan tersebut merupakan sindiran sinis kepada kedaulatan institusi diraja Melayu.

Katanya, sebagai pemimpin yg menikmati kedudukan tertinggi di dalam politik hasil kedaulatan negara yg dinaungi, Kor Ming tidak wajar melakukan pengkhianatan sedemikian.

DAULAT TUANKU !! SULTAN KELANTAN ANUGERAHKAN SPMK KEPADA DATIN SERI ROSMAH !!

SULTAN Muhammad Ke-V, Tuanku Faris Petra (kiri) berkenan menerima Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negeri Kubang Kerian di Kota Bharu, hari ini




KOTA BAHARU: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. 

Majlis penganugerahan darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Tuanku Mizan kepada Sultan Muhammad V itu di Bilik Rehat Raja-Raja, Istana Negeri, Kubang Kerian di sini. Turut berangkat sama Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Sultan Ismail Petra dan kerabat diraja yang lain. 

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. 

Selesai majlis penganugerahan itu, Sultan Muhammad V kemudiannya turut berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi) (SPMK) kepada Rosmah. 

Majlis yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berakhir 45 minit selepas itu. 

Perdana Menteri dan isteri kemudiannya berlepas pulang ke ibu negara.

Cr. CELAHGELEGAR

Wednesday, December 7, 2011

NGA HINA KEDAULATAN PERAK DAN RAKYAT PERAK.

"Kenyataan 'Perak Darul Kartun' itu bukan saja mengguris perasaan rakyat di negeri ini, malah menghina kedaulatan dan insititusi Diraja Perakn" kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Dr. Zambry berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan dibuat Setiausaha DAP, Nga Khor Ming, yang menggelar Perak Darul Ridzuan sebagai 'Perak Darul Kartun' dalam ceramah politiknya di Kamunting, baru-baru ini.

"Bayangkan Perak Darul Ridzuan digelar Perak Darul Kartun. Ia adalah satu kenyataan yang menghina kedaulatan negeri ini. Politik semacam inikah yang harus rakyat ikuti?

KC : Kalau dah rasa dah tak nak duduk kat Negeri Perak, tak payah la nak hina-hina Negeri Perak. Angkat kaki pegi duduk negeri lain. Apa la lu apek, lu ingat org negeri lain mau undi sama lu ka??

Lu pun bukan bagus sangat buat kerja wakil rakyat. Kalau setakat bagi ceramah, kutuk sana sini lepas tue ambik gaji wakil rakyat, sapa pun boleh jadi wakil rakyat macam lu apekkk... Hakkk Ptuihhhh....

MUFTI HARUSSANI SURUH PENGIKUT NABI PAS BERTAUBAT!!!

Disaat Nik Aziz mengambil jalan mudah dengan tak mahu bertanggung jawab didalam isu penceramah PAS yang melabelkannya sebagai Nabi, isu tersebut semakin hangat diperkatakan dikalangan ilmuan Islam dalam negara..

Hari ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan bahawa mana-mana umat Islam yang membuat pengakuan bahawa ulama adalah nabi, wajib bertaubat dan perlu melafaz semula dua kalimah syahadah.

Ini berikutan ada seorang penceramah PAS yang sudah berani mengangkat martabat Nik Aziz sebagai Nabi kerana terlampau taksub dan memuja Mursyidul Am PAS tersebut.

Selain itu, menurut Mufti Perak, mereka yang bersetuju dengan pengakuan itu juga adalah berdosa besar kerana dianggap bersubahat.

Ini kerana, katanya, Allah menyatakan dengan jelas dalam al-Quran bahawa Nabi Muhammad SAW adalah penyudah segala nabi yang diturunkan sebelum baginda.

"Kalau sayang sangat kepada ulama, jangan sampai menyamakan dengan nabi kerana tiada sesiapa pun yang sempurna kecuali nabi. Jangan terlampau taksub kepada parti kerana ia boleh membawa kepada kesesatan," katanya.

Bagi KC, semua ini jelas menunjukkan yang PAS sudah semakin sesat apabila akidah pengikut-pengikut mereka dibiarkan terseleweng hanya kerana sikap taksub kepada pemimpin.

Inikah ajaran Islam yang Nik Aziz serta pemimpin-pemimpin PAS ajarkan kepada pengikut mereka? Jika beginilah caranya, PAS kini sudah sama tarafnya dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat didalam negara.

Tuesday, December 6, 2011

NABI.. NIK AJIS.. PRU..!!!

Kalau sudah dijulang sebagai nabi kenapa masih lagi nak bertanding jadi calon pada pru.. Bukankah seorang nabi tidak mempunyai parti dan tidak mewakili sesebuah parti politik,ini nabi apa sampai peliwat, pengkhakwat, penzina pun boleh diangkat sebagai pemimpin..

"Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menjelaskan, seseorang nabi yang diangkat oleh Allah tidak mempunyai parti, tidak mewakili sesebuah parti dan tidak bertanding dalam pilihan raya.

Malah, dalam nada sinis Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, seorang nabi tidak mengenali Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti cauvinis, DAP kerana tiada lagi nabi selepas Rasulullah wafat.

"Kesimpulannya, adakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (yang diangkat oleh seorang penceramah Pas) sebagai nabi Allah. Jawapannya adalah tidak," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan melampau penceramah Pas, Shamsul Zaman Sukri yang menyamakan Nik Abdul Aziz dengan nabi sebagaimana didedahkan melalui rakaman video oleh portal detikaperubahan.com baru-baru ini.

Shamsul Zaman dilaporkan berkata: "Nabi-nabi ini orang alim, orang alim ulama itu nabilah tapi bila kita kata Tok Guru Nik Aziz itu nabi, orang kata sesat pula ambo (saya). Orang kata sesat (sebab) kata Tok Guru Nik Aziz nabi.

"Sebenarnya orang alim itu nabi dah. Ulama-ulama itu waris nabi dah, maknanya bila tidak ada nabi, dia (Nik Abdul Aziz) nabi dah."

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, nabi ialah seorang manusia yang diangkat (lantikan) oleh Allah tanpa diketahui jumlahnya kerana tidak terdapat atau diterangkan dalam al-Quran atau dalam hadis mengenai jumlah sebenar.

Malah katanya, ibadat nabi pula terus dengan Allah kerana nabi tidak terikat untuk berdakwah kepada kaumnya berbanding rasul yang mempunyai darjat lebih tinggi kerana perlu berdakwah kepada kaumnya.

"Semua rasul pula diangkat daripada kalangan Nabi seperti Nabi Nuh A.S, Nabi Ibrahim A.S, Nabi Musa A.S dan paling indah Nabi Muhamad S.A.W yang diangkat untuk berdakwah kepada kaumnya," katanya."

Monday, December 5, 2011

‘USTAZ BUDAK’ INI TERPESONG.

Tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi merupakan kesan daripada dakyah parti tersebut yang selama ini menggunakan sentimen keagamaan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad berkata, semuanya berpunca daripada Pas sendiri yang sering menggunakan pendekatan keagamaan untuk kepentingan politik mereka.

Katanya, walaupun hakikatnya Nik Abdul Aziz tidak melaksanakan tugasnya dengan baik di Kelantan, tetapi disebabkan pendekatan keagamaan yang telah diserapkan ke dalam diri rakyat negeri itu, mereka hanya mengikut tanpa membantah.

"Inilah akibatnya, sampai ada yang berani mengangkat beliau sebagai nabi walaupun umum tahu bahawa tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad SAW. Sekiranya benar penceramah itu menyamakan Nik Aziz dengan nabi, maka dia telah sesat.

"Ini semua berpunca daripada dakyah Pas sendiri. Mereka menggunakan agama untuk politik sehingga rakyat menjadi terlalu taksub dengan memberi gelaran 'Tok Guru' dan sebagainya dan kali ini menyamakan pula dengan nabi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan seorang penceramah Pas, Shamsul Zaman Sukri atau lebih dikenali sebagai 'Ustaz Budak' yang menyamakan Nik Abdul Aziz dengan nabi dalam ceramahnya sebagaimana didedahkan melalui rakaman video oleh portal detikaperubahan.com baru-baru ini.

Menurut Nakhaie, fikiran pengikut Pas telah lama diracuni dengan dakyah-dakyah parti berkenaan sehingga segala yang dilakukan oleh pemimpinnya adalah betul.

"Inilah yang dibimbangkan. Fikiran pengikut Pas telah diracuni, mereka terlalu taksub dengan pemimpin parti, dengan Nik Aziz.

"Mungkin Pas tidak mempunyai maksud untuk mengangkat dan menyamakan Nik Aziz sebagai nabi, tetapi inilah kesannya dakyah-dakyah parti kepada pengikut mereka. Ketaksuban itu boleh menyebabkan golongan yang menyokong Pas seperti 'Ustaz Budak' ini terpesong," jelasnya.-UTUSAN-

TAHNIAH DR. ZAMBRY.

Sekalung tahniah buat Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang telah diberi pengiktirafan diatas sumbangan besar beliau memartabatkan Agama, Bangsa dan Negeri Perak khususnya. KC yakin dan percaya Dr. Zambry dapat menerajui Negeri Perak ke arah tahap yang lebih baik. Terbaik 1 AGENDA dari KC.

1AGENDA pada 2hb Disember 2011 yang lalu telah menganugerahkan Ahli Kehormat Kelas Pertama kepada YAB Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak.

YAB Datuk Seri Dr Zambry menerima Baju Rasmi 1AGENDA sebagai tanda simbolik Anugerah dari YDP 1AGENDA sambil diperhatikan oleh Setiausaha Agung 1AGENDA, Saudara Shukri Ahmad (kanan sekali).

Anugerah telah disampaikan sendiri oleh YBhg Tuan Yang Di Pertua 1AGENDA, Saudara Zul Azhar bin Cha semasa Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Perak dengan Anak-anak Perantauan Perak yang diadakan di Dewan Utama Wisma Belia di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

1AGENDA mengiktiraf penglibatan YAB Datuk Seri Dr Zambry di laman sosial terutama twitternya kerana media sosial merupakan ruang baru komunikasi tanpa sempadan di antara Pemimpin dan rakyat.

YAB Datuk Seri Dr Zambry yang id twitternya @ZambryAbdKadir merupakan Pemimpin (Menteri Besar) pertama yang dianugerahkan Ahli Kehormat ini.

Keikhlasan dan ketelusan YAB Datuk Seri Dr Zambry untuk sentiasa mengemaskini status dan aktiviti beliau adalah contoh yang baik serta wajar diikuti oleh semua Pemimpin tanpa mengira pangkat dan jawatan sepertimana yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Interaksi dua hala antara Pemimpin dan rakyat dilihat menjadi satu trend baik, yang membantu kepada penyelesaian masalah dan penyampaian maklumat yang tepat serta cepat.

Sebagai NGO yang secara langsung memantau aktiviti media social agar tidak ada pemilik atau mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan fitnah serta pembohongan yang membawa kepada perpecahan dan keruntuhan negarabangsa, 1AGENDA mengalu-alukan lebih ramai rakyat untuk aktif di semua laman media social.

1AGENDA berharap dan menyeru agar lebih ramai Pemimpin mengikuti langkah YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan YAB Datuk Seri Dr Zambry kerana media social merupakan medium terbaik untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan cepat serta bukti ketelusan Pemimpin kepada rakyat.

http://www.1agenda.org.my/index.php/kenyataan-media/129-yab-dr-zambry-dianugerah-ahli-kehormat-1agenda

Sunday, December 4, 2011

'ROH' ISLAM BERSAMA UMNO.

YB Datuk Haji Md Alwi Che Ahmad Wakil Negeri Kelantan Bahagian Ketereh membahas Ucapan Dasar Presiden Parti di Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) pada 1 Disember 2011.

'Roh' Islam Bersama UMNO :

Terdahulu, ketika mencadangkan usul itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Ketereh Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata anggota parti itu perlu menjadi benteng paling hadapan bagi mempertahankan maruah parti daripada segala tuduhan dan cercaan pihak pembangkang.

"Bila Umno dikutuk, dihentam dan digugat, kita mesti sensitif dan mesti mempertahankan Umno. Kita mesti bersatu tenaga kerana hari ini DAP, PAS dan PKR kata macam-macam mengenai Umno," katanya.

Md Alwi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, meminta anggota parti itu supaya tidak mudah terpengaruh dengan mainan pembangkang yang menggambarkan parti Umno sebagai perkauman.

"Umno bukan parti rasis. Dalam berita baru-baru ini, pemimpin DAP (Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming) telah menggelar Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai orang yang berwarna hitam metalik. (Jadi) siapa yang rasis sebenarnya?," katanya.

Md Alwi turut menggesa semua kepimpinan parti mematuhi peringatan Presiden yang mahu semua anggota parti merapatkan saf bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Semua ahli parti termasuk komponen Barisan Nasional perlu menyokong dan menerima saranan Presiden untuk bersikap terbuka, inklusif dan mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan lain dengan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon-calon yang mampu menang," katanya.

-BERNAMA

SUDAHLAH RASIS BERSIFAT PENJAJAH PULAK TUE..!!!

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamzah Zainudin berkata, tuduhan pakatan pembangkang bahawa UMNO adalah sebuah parti rasis sebenarnya menunjukkan bahawa mereka sebenarnya sudah terlalu terdesak dan ketandusan isu untuk menyerang dan menjatuhkan maruah UMNO.

Katanya, DAP adalah satu-satunya golongan di mana merupakan golongan yang benar-benar rasis dalam agenda politik negara masa kini.

Akhir-akhir ini tegas beliau  sudah nampak begitu ketara apabila ramai yang berani bersuara konon-kononnya apabila UMNO bercakap adalah rasis tetapi apa yang berlaku sebenarnya, UMNO tidak pernah bercakap sesuatu yang menjatuhkan maruah mana-mana bangsa dalam negara ini.

Namun tambah beliau lagi DAP jelas menunjuk dan membuktikan mereka sebenarnya rasis dan menjatuhkan maruah sesuatu bangsa.

"Contohnya Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, dengan secara terbuka menggunakan perkataan seolah-olah warna hitam itu buruk sekali. Padahal bukankah di kalangan ada juga DAP yang berkulit hitam.

"Inilah yang saya katakan mereka ini bukan sahaja rasis tetapi begitu ekstrim untuk mewujudkan semangat supaya tak sukakan kepimpinan negara atau negeri yang diperintah oleh BN.

"Baru-baru ini, Pengerusi DAP juga mengeluarkan ungkapan yang menunjukkan mereka rasis. Mereka ini mempunyai satu sikap sekiranya mereka tidak suka mereka boleh mengeluarkan apa sahaja perkataan samada rasis ataupun perkataan yang boleh menjatuhkan maruah bangsa.

"Sebab itu saya katakan, yang paling rasis mahu memecah belahkan keamanan dan kemakmuran rakyat yang hidup aman damai adalah datangnya daripada parti DAP. Mereka ini sebenarnya mengguna apa yang mereka ada sekarang ini, semata-mata untuk kepentingan mengambil alih negara," ujarnya dalam wawancara khas bersama UMNO-Online.

Menurutnya sebelum ini juga ada di kalangan pemimpin DAP yang terang-terang menyatakan mahu menukar bendera sedangkan bendera telah dilahirkan sejak merdeka dan seharusnya bendera ini dipertahankan kerana ianya dimiliki oleh setiap rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Sebagai rakyat Malaysia kata beliau bendera adalah sesuatu yang harus dipertahankan kerana ianya satu lambang kemegahan negara yang merdeka dan maruah diri.

"Hanya yang menjajah yang boleh menggubah negara kita dan ini secara tidak langsung DAP membuktikan bahawa mereka bukan hanya mahu mengambil alih tampuk pimpinan negara ini tetapi mahu menjajah negara dengan cara mereka. Sebab itu mereka sanggup menukar bendera dan beberapa pelembagaan yang ada.

"Saya minta sekiranya boleh, ahli DAP dan pakatan pembangkang tanpa mengira bangsa, sedarlah sekiranya hendak hidup dalam negara yang aman, bukan ini caranya. Rakyat harus sedar, hanya satu parti sahaja iaitu BN yang tidak sanggup menjatuhkan maruah mana-mana bangsa", katanya.

Pada masa yang sama beliau juga meminta  seluruh rakyat  faham, sedar dan fikir semasak-masakanya apakah agenda DAP sebenarnya dan adakah mereka benar-benar demokratik.

"Pemilihan pemegang jawatandalam DAP  juga telah membuktikan mereka tidak demokratik. Sebab itulah seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam parti itu akan pegang jawatan dari mula sehinggalah ke hujung nyawa.

"Hanya UMNO yang mengamalkan amalan demokrasi sebenar kerana UMNO bukan hanya sekadar bercakap tetapi kita membuktikannya. Kita bercakap dan amalkan dan bukan sekadar mengamalkan malah menunjukkan bahawa kita benar-benar mahu supaya negara ini dalam keadaan aman dan sejahtera," jelas beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Tegas beliau  perjuangan UMNO sendiri bukan sahaja untuk memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi memperjuangkan nasib semua rakyat yang ada di negara ini" ujarnya lagi.