Baru-baru ini keluar isu debat. Nik Aziz berkata beliau bersedia berdebat dengan sesiapa sahaja tetapi orang itu mestilah mempunyai kedudukan dan tauliah.
Pemuda PAS pula menggesa usaha tersebut disegerakan. Rujuk di bawah :-
Pemuda PAS menggesa cadangan supaya diadakan muzakarah atau perbincangan antara parti itu – yang diwakili Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat – dengan Majlis Fatwa Kebangsaan disegerakan "bagi menjernihkan kekusutan dan menyelesaikan perselisihan yang berlaku".
Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berkata, ini kerana mereka yakin segala pertelingkahan mesti diselesaikan dengan menjadikan Al-Quran dan sunah sebagai asas penyelesaian.
"Ini sangat penting supaya kebenaran dapat ditegakkan dan memastikan sebarang kekeliruan, tohmahan serta fitnah dapat dipadamkan," kata Nasrudin.
Tetapi hari ini, lain pula ceritanya. Nik Aziz menafikan pula! Rujuk di bawah :-
KOTA BARU, 8 Feb – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan yang beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah.
Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu (gambar) berkata yang beliau hanya bersedia berdebat dengan pihak yang lain tetapi bukan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Apahal dengan Nik Aziz ni? Dia dah jadi munafik ker? Ataupun dia dah nyanyok? Takpun dia terlepas cakap???
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment