Dan kenyataan Nik Abdul Aziz itu segera disambut oleh Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd Noor Deris yang akan menghantar sepucuk surat untuk mengadakan majlis debat dengan Mursyidul Am PAS itu.
Bagi anda yang kurang mengenali dan banyak sangat makan semut sampai mudah terlupa, Mohd Noor Deris adalah orang yang mencetuskan kontroversi kerana menghamun Nik Abdul Aziz ketika kemuncak Pilihanraya Kecil Galas yang menyaksikan, Nik Abdul Aziz terkengkang-kengkang berjalan dan bertongkat meninggalkan Mohd Noor Deris selepas kena sergah dan dia sendiri tidak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan bekas orang kuat PAS Kelantan itu.
Bagaimanapun, ramai yang menjangkakan, Nik Abdul Aziz akan bolayan surat debat Mohd Noor Deris kerana Mohd Noor Deris jauh lebih agresif berbandingnya. Atau kalau nak mudah faham, Mohd Noor Deris akan banyak bertanya, bukannya ditanya.
Satu kepantangan bagi para pengikut PAS ialah menjawab soalan. Bagi mereka yang rajin berdebat dan bertekak dengan puak-puak ini akan melihat satu fenomena stereotaip iaitu mereka sangat suka mendesak dengan soalan tetapi apabila soalan dibalikkan kepada mereka, mereka tidak akan menjawab soalan tersebut sebaliknya dibalikkan pula sebagai soalan balas.
Dek kerana itulah, golongan seperti Nik Abdul Aziz sangat ALERGIK dengan sesiapa sahaja yang banyak soalan. Yang mereka suka adalah yang menjawab soalan mereka dan kemudian diasak dengan soalan-soalan yang berputar belit... sebagai contohnya tentang wali dan imam... kalau mereka terdesak, mereka akan bertanya siapakah yang lebih layak sebagai imam solat... dan kalau dijawab, Nik Abdul Aziz, maka mereka akan mengubah soalan tersebut dengan menekankan bahawa imam solat adalah imam di dalam Siyasah Syariah Islam... bagi yang berakal sedikit, mereka akan menggunakan perbandingan serta ciri-ciri mudah Imam Solat dengan Al-Mutawalli Al-Kabir. Dan seandainya soalan-soalan mereka dapat dijawab, mereka akan kembali semula kepada Imam Solat dan kelayakan siapakah untuk menyolatkan jenazah!!!!
Justeru, Nik Abdul Aziz yang memerlukan promosi dan propaganda memandangkan dia adalah seorang ahli politik berserban yang menjadikan Islam sebagai jajan utamanya, tidak akan memandang Mohd Noor Deris, sebaliknya akan menjadikan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai sasaran. Apatah lagi sebarang keputusan muzakarah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan akan dijadikan sebagai umpan utama para propagandis PAS untuk membuktikan bahawa Nik Abdul Aziz adalah benar, sekalipun dia terduduk dalam menjawab setiap persoalan yang dilemparkan!!!
Mudir Pondok Geting telah pun membuktikan... Mohd Noor Deris juga telah membuktikan... dan sesiapa yang lengkap 12 perkara atau rukun ilmu debat, pasti akan cuba dielakkan oleh Nik Abdul Aziz kerana dia tidak lengkap 12 perkara tersebut, bahkan 4 perkara asas untuk berdebat pun, dia tidak layak.... CucuTokWan
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment