Pages

Monday, January 24, 2011

KECOHHH : KRONOLOGI SIDANG TERGEMPAR DUN KERAJAAN SELANGOR

6.45 petang- RASMI pada jam 6.25 ptg setelah undi belah bahagi keatas usul pindaan undang-undang tubuh Selangor ditolak kerana tidak dapat sokongan dua per tiga Ahli Dewan Undangan Negeri.Hasil undian 34 ADUN Pakatan Pembangkang menyokongnya manakala 20 ADUN Barisan Nasional menolaknya.Ia bagaimanapun tidak cukup peruntukkan dua per tiga.Sidang DUN kemudiannya tamat.

5.15 petang - Walaupun perbahasan dalam sidang DUN masih berlangsung...pada jam 4.45 petang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim keluar satu kenyatan rasmi mengakui kerajaan PKR negeri tidak berjaya meminda undang-undang tubuh Selangor.Dalam kenyataan tiga muka surat itu beliau menyalahkan Barisan Nasional kerana tidak menyokong cadangan pindaan berkenaan.Sementara itu dalam sidang akhbar sejurus itu beliau ditanya apakah dapat terima Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri? Jawabnya beliau dan Exco Kerajaan Negeri akan tentukan termasuk bila angkat sumpah simpan rahsia.


11.40 pagi - 'Syok sendiri' itulah kata-kata yang tepat mengambarkan kerajaan Selangor hari ini jelas Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman.

Beliau yang berucap sejurus selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim selesai membentangkan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri selama sejam berkata, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan bermotifkan politik.

Beliau menjelaskan kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan menteri besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat perkenan Sultan.

Sebelum itu, Satim memulakan ucapan dengan mempersoalkan tindakan Speaker Datuk Teng Chang Khim memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari.

10.30 pagi -Sebelum bersidang, ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah terpaksa bertengkar untuk masuk ke bangunan DUN, beliau akhirnya dibenarkan masuk hanya sebagai pemerhati dan duduk bersama-sama dengan petugas media.

Selepas 30 minit, Badrul keluar buat sidang media mendakwa kesal dengan tindakan menafikan haknya sebagai ADUN.

"Speaker sengaja halang saya menghadiri persidangan kali ini, mereka menghalang hak saya untuk hadir.

"Saya yakin ini adalah taktik mereka untuk mengurangkan majoriti (BN) dalam dewan," .

Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan pekenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.

Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.

Khalid berkata selaku Menteri Besar, beliau berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umno sejak pindaan Perlembagaan 1993.

"Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan negeri dan Sultan bercelaru dan kabur.

"Justeru, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya," kata beliau.

Sementara itu, ketika membentangkan pindaan Khalid berkata, peristiwa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri mempunyai hikmah tersendiri tetapi tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis perlembagaan.

"Natijahnya, kita menerimanya dengan hikmah. Ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang menjadi amalan selama ini.

"Prinsip "biasakan yang betul dan betulkan yang biasa" adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian kita selepas ini," kata menteri besar penggal pertama ini.

Katanya, berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecelaruan.

Tambah Khalid, selaku penggubal undang-undang yang bertangggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, pihaknya hendak melakukan yang terbaik.

"Akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa negeri mahupun kuasa Sultan," ujar beliau.

Ada lima ADUN dari BN dan PR dijangka ambil bahagian dalam sesi pembahasan sebelum pengundian dibuat.-24/1/2011
Cr : AD
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment