Pages

Saturday, January 22, 2011

KECOH MENJELANG SIDANG TERGEMPAR DUN KERAJAAN PKR SELANGOR

Kalau dikaitkan dengan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor Isnin ini rasanya tak perlu kita memakai teropong khas untuk membuat andaian mengapa tiba-tiba wakil rakyat Bebas Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah menjadi sasaran.

Satu dunia tahu kerajaan PKR Selangor tidak mempunyai jumlah wakil rakyat yang cukup untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi menyelesaikan kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi.

Timbul banyak persoalan mengenai tindakan Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim isytihar kerusi diwakili oleh Badrul kosong atas alasan kononnya kegagalan beliau hadir sidang DUN selama enam bulan.

Lebih pelik apabila Teng bertindak sendiri isytihar kekosongan itu bukannya Suruhajaya Pilihanraya (SPR).

Sepatutnya, Speaker memaklumkan perkara itu kepada SPR dan pihak berkenaan akan bermesyuarat menentukan berlaku kekosongan itu atau sebaliknya.

Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada Agendadaily sebaik dimaklumkan tindakan speaker berkenaan mengisytihar kerusi itu kosong pada Rabu.

Kes ini hampir sama dengan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah apabila Datuk Abu Hasan Sarif yang hilang kelayakan setelah gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-berturut.

Kes berkenaan masih di peringkat rayuan.

Berbalik soal kerusi Pelabuhan Klang ini, ada desas-desus kononnya tindakan mengisytiharkan kerusi itu kosong bagi mengurangkan undi menghalang pindaan undang-undang tubuh negeri pada sidang DUN Isnin ini.

Kerajaan PKR Selangor perlukan majoriti dua pertiga dan dengan ketiadaan Badrul Hisham, pakatan pembangkang PKR-DAP dan PAS itu memperolehi majoriti tersebut.

Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai 20 kerusi sahaja berbanding pakatan pembangkang berjumlah 35 manakala satu kerusi Bebas diwakili Badrul Hisham.

Justru itu tidak hairan jika tindakan mengisytiharkan kerusi Pelabuhan Klang ini kosong semata-mata bagi menjayakan misi kerajaan PKR Selangor meminda undang-undang tubuh negeri pada 24 Januari ini.

Bagaimanapun, ambil kira pengakuan Badrul bahawa beliau masih wakil rakyat yang sah, perkara ini masih tidak mengubah apa-apa kerana menurut Teng, tiada peruntukan untuk bekas wakil rakyat PKR itu merayu.

Kini keputusan sama ada kerusi itu kosong atau sebaliknya akan ditentukan SPR.

Teng perlu mengemukakan notis memaklumkan kekosongan kerusi itu kepada SPR sebelum suruhjaya itu bermesyuarat menentukan kekosongan itu berlaku atau tidak.

Sehingga keputusan itu, Badrul Hisham mungkin boleh hadir pada sidang DUN Isnin ini.

Jika ini berlaku, kerajaan pakatan pembangkang di Selangor tidak cukup majoriti dua pertiga bagi meminda undang-undang tubuh negeri yang kononnya mahu mengembalikan kuasa Sultan dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang.

Muslihatnya mudah saja ia tidak lebih untuk kepentingan kuasa Menteri Besar sahaja dan buat bising kononnya pakatan pembangkang adalah juara pembela institusi Raja.

Sebaliknya tindak tanduk kerajaan pimpinan Khalid terhadap Istana Selangor sepanjang isu Khusrin dan sikap tidak hormat mereka pada istana Perak semasa hilang kuasa tidak lama dulu sudah cukup untuk memberi gambaran. – 19/1/2011
AgendaDaily
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comment:

  1. Salam Bro, saya dah link blog bro ke blog saya.
    Teruskan perjuangan

    ReplyDelete