Pages

Tuesday, January 25, 2011

GEMPARRR : BUKTI CALON BN DI TENANG MENYELEWENG TERBONGKAR...?

KC dikhabarkan oleh puak2 pembangkang dengan cerita "Sekitar tahun 2003,ADO menyalahgunakan kuasa untuk melelong sebidang tanah di Mukim Jabi Segamat kepada pembeli tanpa pengetahuan tuan tanah." Takkan la, kepimpinan UMNO tak tau dan selidik dahulu. Sebenarnya, isu tersebut tidak kena mengena dengan calon BN Tenang dan hanyalah fitnah semata-mata untuk mengurangkan majoriti BN.

LABIS 24 Jan. - Ugutan jentera Pas kononnya akan mendedahkan isu peribadi Mohd. Azahar Ibrahim membuktikan pembangkang kini semakin tertekan dengan populariti calon Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN langsung tidak bimbang dengan taktik psikologi politik Pas kerana beliau yakin Mohd. Azahar bersih 100 peratus daripada sebarang isu peribadi.

Bagaimanapun, tegas beliau, jentera BN sentiasa bersiap sedia untuk menyerang balas jika pembangkang cuba memfitnah Mohd. Azahar bagi memastikan rakyat tidak terpedaya dengan muslihat kotor berkenaan.

"Mereka ini cuba nak reka cerita untuk merendahkan kredibiliti calon kita dengan menuduh Mohd. Azahar kononnya terlibat dalam kes mahkamah, itu bukan isu peribadi sebaliknya atas kapasitinya sebagai pegawai kerajaan.

"Calon kita ini langsung tiada masalah peribadi. Dia adalah calon terbaik dan kita sudah buat ujian dari segenap segi, dia 100 peratus bersih kerana kalau tidak, BN tidak akan calonkan Mohd. Azahar.

"Sebab itu, Mohd. Azahar ini diterima baik oleh pengundi dan Pas berusaha untuk mencari apa jua jalan untuk memburukkan beliau. Ini semua menunjukkan Pas tertekan dengan populariti yang diterima calon kita," katanya.

Muhyiddin ditemui selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar pekan Labis di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai ugutan jentera Pas kononnya mereka akan mendedahkan isu peribadi Mohd. Azahar dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tidak terkejut dengan mainan psikologi dan taktik kotor Pas kerana dakwanya, memang itulah cara politik pembangkang setiap kali pilihan raya berlangsung.

Beliau juga tidak hairan jika selepas ini akan timbul lebih banyak fitnah serta pembohongan ditaburkan pembangkang terutama menjelang hari-hari terakhir berkempen.

"Sama juga dengan taktik 'merampas' kad pengenalan pengundi warga tua dan cubaan melaga-lagakan sayap pergerakan UMNO. Saya lihat taktik ini turut dipraktikkan di tempat lain semasa pilihan raya kecil.

"Justeru, saya memohon kepada jentera parti dan juga pengundi. Jika terdapat perbuatan pembangkang yang bertentangan dengan undang-undang, laporkan segera perkara ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya.

Mengenai momentum sokongan selepas tiga hari berkempen, Muhyiddin memberitahu, semakin ramai pengundi yang mengenali Mohd. Azahar dan beliau yakin semua pihak tanpa mengira warna kulit akan menyokong calon BN itu.

Beliau juga berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan Mohd. Azahar yang bersemangat untuk menemui seramai mungkin rakyat sehingga sanggup mengorbankan waktu rehatnya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comment:

  1. Salam Tuan,
    Mohon link ke blog Tuan.
    Blog ini sudah saya link.
    Teruskan perjuangan
    TQ

    ReplyDelete