Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: December 2012

Pages

Monday, December 31, 2012

HARAMJADAH!!!! PEGAWAI DAERAH (DO) MAIN BANGSAT???

Kalau sudah kemaruk dengan politik, apa-apa sahaja pun boleh dijadikan sebagai isu politik untuk menyokong parti yang menjadi kecenderungan individu tertentu. Dan biarpun perbuatan berkenaan menyusahkan orang lain, terutama yang menjadi mangsa, mereka tidak akan peduli, bahkan menganggap ianya sebagai satu kelebihan dalam meraih undi, sokongan dan pengaruh.


Itu yang berlaku di Dungun.


Pegawai Daerah Dungun merupakan besan kepada ADUN Ladang. Nama Pegawai Daerah Dungun adalah Haji Mohd Akil bin Haji Mat. Besannya, ADUN Ladang adalah Tengku Hassan Tengku Omar yang mewakili PAS.


Banjir besar gelombang pertama yang telah melanda Terengganu, telah melanda Dungun pada 24 Disember 2012. Lebih 1000 orang telah menjadi mangsa banjir di 7 kawasan di sekitar
Dungun. Sehingga artikel ini ditulis, seramai 6 orang telah terbunuh dalam musibah banjir itu.


Walaupun kelibat atau peranan Pegawai Daerah seringkali dilindungi oleh peranan serta fungsi wakil rakyat, Pegawai Daerah merupakan orang yang paling berkuasa di sesuatu daerah, manakala ADUN dan Ahli Parlimen pula sekadar pencium kepala lutut mereka untuk sebarang hal termasuklah dalam hal meminta bantuan akibat malapetaka.


Mungkin menyedari hal tersebut, apatah lagi PAS Terengganu cuba merampas kembali Dungun dari tangan UMNO pada PRU13, Pegawai Daerahnya cuba memainkan peranan yang lebih menyeluruh, terutama dalam membina persepsi kononnya UMNO dan Barisan Nasional tidak bekerja membantu rakyat, sebaliknya PAS menerusi Unit Amal yang terlebih dahulu bergerak menghulurkan bantuan.


MakkAihh!!! Benarkah Isteri Puas Zakar Yang Besar?

Adakah anda dan isteri merasa puas dalam hubungan seks? Dalam satu kajian sebanyak 67% wanita yang ditemubual tidak gembira dengan saiz zakar suami mereka. Jadi siapa kata wanita tidak ambil berat tentang saiz zakar pasangan?


Jika anda hendak menambah kenikmatan dalam hubungan seks, ini adalah tips yang perlu anda tahu: besar & panjangkan zakar anda!


Pertama sekali, zakar yang besar bukan sahaja bermaksud 'persembahan' yang lebih baik di atas katil. Suami yang mempunyai zakar yang besar, panjang dan tebal kelihatan sebagai lelaki yang matang dan tahu menjaga diri. Sama juga jika lelaki melihat buah dada wanita. Saiz zakar lelaki boleh menjadi tarikan seksual, bahkan boleh membunuh selera seks.


Tapi bila untuk seks, tak ada orang yang menyangkal yang zakar yang pendek tak akan memuaskan isteri. Letak anda di kedudukan si isteri untuk sekali - adakah anda akan rasa seronok terhadap suami yang mempunyai zakar yang pendek dan kecil? Zakar tersebut tidak boleh memenuhi & 'mengurut' dinding vagina anda? Ada kemungkinan anda akan onani untuk melepaskan nafsu.


Mempunyai zakar yang lebih besar, dengan erti kata lain, boleh memberikan si isteri perasaan 'tarikan' di dalam vagina beliau. Bentuk zakar yang besar dan panjang memberikan apa yang si isteri benar-benar nak merasa ke atas vagina isteri yang sensitif. Selain itu, zakar yang lebih besar & panjang boleh merangsang G-spot isteri dan klitoris yang merupakan aset terpenting untuk isteri mencapai puncak nikmat.


Banyak kes yang isteri meninggalkan suami mereka untuk mencari lelaki lain kerana suami mereka tidak boleh memenuhi kehendak seksual isteri. Memasitikan zakar anda besar, panjang dan tebal menjadikan ianya satu jaminan untuk hubungan yang lebih baik terhadap isteri. - sentiasapanas


DS @DrRaisYatim Beri Peluang DS Haji Hadi Di RTM

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.

"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di sini, Sabtu. Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Dis.

Rais berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno daripada sudut akidah.

Presiden PAS itu Sabtu berkata beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Ditanya mengenai masalah masalah talian telefon mudah alih yang tiba-tiba terputus akibat masalah teknikal, Rais berkata ia bukan kesalahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya syarikat telekomunikasi harus memberi penjelasan lengkap kepada pengguna mengenai masalah itu dan menyatakan jumlah talian terputus dialami pengguna telefon bimbit pada setiap bulan.

Berhubung cadangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin supaya kerajaan tidak meletakkan had pada harga telefon pintar 3G bagi membolehkan orang ramai mendapatkan rebat sebanyak RM200, Rais berkata beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet pada 2 Jan depan.

Mengenai persiapan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka, Rais berkata beliau berpuas hati dengan raptai yang lancar.

Beliau berkata Dataran Merdeka dipilih untuk majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas, sambutan Tahun Baru 2013 serta acara Larian Tahun Baru 1Malaysia pada 31 Dis ini kerana ia adalah lokasi bersejarah untuk negara.

"Sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru diadakan serentak kali ini untuk memberi kelainan dan menyemarakkan semangat perpaduan semua kaum di Malaysia selari dengan gagasan 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata Ketua Paderi Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam turut dijemput untuk mewakili masyarakat Kristian pada rumah terbuka itu.

Sunday, December 30, 2012

Kantoi!!! Hubungan #Sulit Wanita Dengan Rakan Baik Bekas Suami.

Seorang wanita menjalin hubungan sulit dengan rakan baik bekas suaminya manakala bekas suaminya itu pula mempunyai hubungan dengan adik iparnya dan lebih mengejutkan apabila kedua-dua pasangan itu tinggal serumah.


Bagaimanapun onar yang dicipta mereka terbongkar apabila rumah mereka diami di Kampung Sanglang, dekat sini, diserbu Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) pada awal pagi semalam.


Lebih mengejutkan lagi apabila janda terbabit melahirkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan hasil hubungan sulitnya dengan rakan bekas suaminya itu.


Difahamkan, janda terbabit bersama bekas suaminya tinggal bersama di rumah itu bersama teman lelakinya serta adik perempuan wanita itu yang berusia 18 tahun.


Adik wanita itu dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan abang iparnya sendiri yang berusia 39 tahun sejak beberapa bulan lalu selepas kakaknya bercerai dengan abang iparnya itu.

OSTAZAH ABBY 'BOGELKAN' PAS PULAK.

Tiada siapa menyangka, seorang artis yang mencapai tahap veteren boleh terjebak ke dalam politik kepartian. Pada mulanya dia memberikan alasan untuk berhijrah kononnya parti pilihannya adalah parti agama. Namun lebih mengejutkan artis itu yang usianya sudah agak berusia itu tanpa segan silu begitu rancak membuat fitnah kepada umat islam diatas nama parti politik anutannya sekarang.

Untuk masuk kemana mana parti politik, itu tidak dilarang sama sekali kerana negara ini adalah negara demokrasi. Tetapi apabila masuk ke dalam politik diatas alasan berhijrah dan kemudian tanpa segan silu membuat cerita fitnah kesana kemari, adakah itu hijrah yang dia maksudkan sebelum ini?

Artis veteren ini tanpa segan atau malu, memfitnah orang islam menjual tanah Felda, merampas tanah rakyat dan menganiaya rakyat miskin. Tetapi adakah beliau sedar, bahawa selama ini parti anutannya telah melakukan perkara yang dia tuduhkan itu kepada orang lain ?

UMNO tidak pernah merampas tanah rakyat secara zalim, tidak menipu orang orang Felda malah UMNO lah yang memulakan Felda. Sedangkan PAS yang beliau agungkan sebenarnya langsung tidak mempedulikan hal kebajian rakyat. Lebih dua puluh tahun PAS memerintah, masalah air masih menjadi isu di Kelantan. Begitu juga dengan tanah orang asli yang dirampas atas nama Ladang Rakyat sedangkan tanah itu dijual kepada syarikat Singapura. Dan hak orang asli telah dinafikan.

Dan terbaru, PAS telah kantoi dalam isu menggadaikan tanah di Kelantan kepada dua cina bersaudara daripada DAP semata mata untuk menaikkan seorang ahli mereka menjadi MB di Perak pada tahun 2008. Adakah ini semua bukan kezaliman? Atau adakah ini dianggap sebagai rahmat tuhan kepada rakyat jika mengikut kefahaman kepartiannya ?

Tepuk dada tanyalah iman. Beliau mungkin boleh cuba menipu umat islam dengan penampilan muslimahnya sekarang tetapi dari segi perbuatan dan lafaz yang dia lakukan, umat islam tahu beliau hanyalah salah seorang penipu dan pemfitnah yang bertopengkan agama, sama seperti parti politik yang dia sokong sekarang.


Penari Ditanggal Seluar Separuh #Bogel Di Atas Pentas


Liliana Mass merupakan seorang penari Hot Dancer dari Peru. Beliau bukan sahaja penari, malah celebriti TV dan juga model.


Beliau menjadi popular dengan tiba-tiba seluruh dunia apabila ketika dalam satu persembahan tarian pentas, rakan tarinya telah mengenakan beliau dengan melondehkan skirt tariannya, dan lebih memalukan, skirt tersebut ditarik sekali dengan seluar dalam beliau hingga ke paras buku lali!


Memang memalukan, tetapi beliau menganggap perkara tesebut sebagai satu jenaka dan tidak berhenti ketawa ketika berbicara mengenainya. Katanya beliau akan membalas dendam terhadap rakannya itu! - zamrispoon



Saturday, December 29, 2012

Fuyoo.. Gambar #Nikita Willy Tidur Bersama Lelaki Tersebar.

Sebuah portal hiburan terkenal, Rotikaya melaporkan bahawa dunia hiburan Indonesia semalam kecoh dengan tersebarnya sebuah gambar yang di’dakwa milik Nikita Willy bersama Diego Michiels.


Dalam gambar yang hanya wujud sekeping itu di’dakwa perlihatkan Nikita Willy yang lena di’peluk erat dari belakang oleh Diego Michiels.


Namun, Nikita Willy pantas keluar memberikan kenyataan menafikan kesahihan gambar tersebut dan memberikan bukti nyata yang dia dan Diego Michiels tidak pernah tidur bersama selama ini.


Dalam kenyataan kepada Kapan Lagi, Nikita Willy menunjukkan set gambar Diego Michiels yang jelas mempunyai tattoo di’lengan sedangkan foto yang tersebar menunjukkan sebalik’nya.


“Kalau ingin pembuktian ini foto yang ada di internet, di sini tangan saya nggak sepanjang ini dan saya minta Diego untuk foto, ini tangan kanannya Diego banyak banget tattonya, sedang di foto nggak ada tatonya,” ujar Nikita Willy.

Friday, December 28, 2012

Aksi 'Bogel' Fauziah Ghouse..

Setelah beberapa kali mengelak, akhirnya pelakon Fouziah Gous akur untuk melakukan adegan seksi dan penuh menggoda di dalam filem Sunti @ Facebook yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran pada minggu lalu.

Fouziah Gous memberitahu aksi berendam di dalam tab mandi bersama pelakon Anas Mentor itu sangat sukar untuk dilakukan, malah dia akui ianya merupakan aksi paling beraninya di dalam lakonan setakat ini. Disebabkan itu, orang pertama yang difikirkan ketika melakukan aksi tersebut adalah keluarganya.

“Ketika pertama kali saya diminta untuk melakukan aksi ini, saya agak keberatan sebenarnya untuk menerimanya, namun saya cuba bersikap profesional dan kemudian saya dengan pengarah, James Lee sama-sama berbincang supaya apa yang dilakukan di dalam babak itu nanti akan dapat memenuhi kehendak masing-masing.

“Dalam adegan ini, saya dan Anas akan sama-sama berada di dalam tab mandi yang agak kecil itu. Saya akan berada di kaki Anas dan perlahan-lahan keluar daripada air. Dalam adegan ini penonton akan bayangkan saya tidak berbaju tetapi sebenarnya saya ada memakai ‘tube’.

“Banyak camera trick yang akan dimainkan oleh pengarah dan segalanya berjalan dengan lancar. Terus-terang saya tidak menggemari untuk melakukan aksi yang seksi dan menggoda seperti ini, tapi saat melakukannya di lokasi, saya bersyukur kerana tidak berhadapan dengan sebarang masalah.

“Yelah, orang tentu akan fikir buruk atau macam-macam bila melihat aksi saya itu nanti tetapi saya awal-awal lagi sudah memberitahu keluarga yang saya akan lakukan aksi ini. Jadi hanya keluarga sahaja tahu bagaimana keadaan sebenarnya saya ketika melakukan babak tersebut,” katanya kepada murai.cm.my yang ditemui ketika di lokasi penggambaran , baru-baru ini.

Selain Fouziah Gous, filem terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK) itu turut dibintangi oleh Diddy Hirdy, Izzue Islam, Anas Mentor, Lufya Omar, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi.

Bukan kali pertama membawakan watak seram, Fouziah berkata, sebagai watak hantu di dalam filem itu, dia cuba memberi kelainan daripada imej hantu yang pernah dibawakannya di dalam beberapa drama sebelum ini termasuklah Dendam Serakit.

“Sebelum ini, mungkin orang dah perasan yang saya selalu bawakan banyak watak hantu tetapi Sunti @ Facebookanya adalah filem pertama yang menampilkan saua dengan watak ini. Bagi memberi kelainan atau perbezaan daripada apa yang penonton biasa tengok, saya cuba ubah fizikal hantu atau watak Sunti dengan berbaju kebaya, bersanggul serta sentiasa kelihatan jelita.

“Lepas ini saya akan elak untuk membawakan filem seram kecuali jika saya sudah tertarik dengan jalan ceritanya,” jelasnya lagi.

Secara ringkas, watak Sunti yang dilakonkannya adalah mengenai seorang gadis yang telah dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan lelaki. Setelah meninggal dunia, Sunti membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang telah merogolnya itu dan menariknya dia cuba menggoda serta membuat janjitemu dengan mereka melalui laman sosial Facebook. -Murai.com.my

Selepas #Kakak Diperkosa Dua Kali, Adik Pula Dicabul.

Seorang pelajar berusia 14 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di dua lokasi iaitu di Chuping dan Bukit Jernih dalam kejadian pada 18 Disember lalu.


Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Harun berkata pelajar itu ditahan Selasa lalu dan ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan kes itu.


Rakan pelajar itu yang berumur 18 tahun dan merupakan pekerja sebuah syarikat turut ditahan kerana disyaki mencabul adik perempuan remaja perempuan itu yang berumur 13 tahun juga di lokasi dan pada tarikh yang sama, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Katanya siasatan awal polis mendapati adik mangsa telah menemani mangsa bertemu dengan pelajar itu yang merupakan teman lelakinya dan rakan pelajar itu yang kemudian membawa mereka dengan motosikal masing-masing ke sebuah rumah di Chuping.


Di rumah itu, katanya mangsa mendakwa telah dirogol teman lelakinya itu manakala adiknya dicabul oleh rakan pelajar itu dan mereka kemudian telah dibawa ke sebuah rumah di Bukit Jernih dan diperlakukan perkara yang sama.


Zull Aznam berkata kes rogol itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan manakala kes cabul mengikut Seksyen 354 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.


Sementara itu, katanya polis menahan seorang lelaki warganegara Thailand berumur 20-an pada Isnin lalu kerana disyaki mendera anaknya yang berusia 37 hari dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.


Lelaki yang disyaki penagih dadah itu dikatakan melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Tersusun, Padang Besar pada kira-kira 5.30 pagi pada 24 Disember lalu dengan menggoncang dan melambung mangsa yang sedang menangis berkali-kali.


Peniaga di bazar Wang Kelian itu ditahan pukul 4.50 petang hari yang sama selepas polis menerima aduan daripada ibu mangsa yang berusia awal 20-an pada 1.56 tengah haru, katanya.


Lelaki itu yang direman sehingga esok disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya. - Bernama

Penggunaan #Kalimah Allah Haram Kepada Agama Lain.

Kerajaan didesak tidak tunduk dengan agenda jahat pihak tertentu menggugat kedaulatan agama Islam dengan menimbulkan semula isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil bahasa Melayu.

Sambil menyifatkan tindakan itu boleh menyebabkan kehancuran dahsyat kepada negara, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) yang mewakili 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta rakyat sedar agenda pihak berkenaan perlu ditentang habis-habisan.

Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata, gerakan liberalisme dan pluralisme sentiasa berusaha sehingga ke titisan darah terakhir untuk menghancurkan Islam demi matlamat songsang mereka serta menghapuskan perpaduan antara umatnya di negara ini.

"Penggunaan kalimah Allah telah diharamkan kepada agama selain Islam oleh Majlis Fatwa kerana perkara itu akan mewujudkan kekeliruan terutama kepada golongan belia yang nipis fahaman mereka terhadap Islam.

"Sekiranya perkara ini dibiarkan, lebih banyak kalimah Islamik akan digunakan orang bukan Islam seperti Baitullah dan pelbagai lagi.

Saya melihat gesaan itu semata-mata untuk meluaskan pengaruh agama-agama lain di samping menyokong prinsip pluralisme," katanya.

Kelmarin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam perutusan sambutan Hari Krismas menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam kitab Injil versi bahasa Melayu.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan berkata, tindakan Guan Eng yang mungkin berunsur politik tersebut amat dikesali umat Islam di negara ini memandangkan isu berkenaan telah diselesaikan sebelum ini.

Tambahnya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat seperti tercabar dengan keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menunjukkan sikap terbuka terhadap penganut agama Kristian dan membuat gesaan tersebut untuk meraih undi.

"Jika hal ehwal Islam sekalipun dipolitikkan Guan Eng, maka benarlah beliau tidak memahami atau keliru dengan agama rasmi negara ini dan rakyat harus sedar hakikat ini," ujarnya.

Perkara sama ditekankan Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah yang turut mencabar parti berlabel Islam dalam pakatan pembangkang menegur kenyataan berbaur hasutan itu.

Menurut beliau, kalimah Allah merupakan hak mutlak dalam agama Islam yang berpegang teguh kepada pendirian tiada tuhan melainkan Allah.

"Kita bantah sekeras-kerasnya kenyataan Guan Eng itu dan menggesa kementerian berkaitan mengambil serius kenyataan-kenyataan seperti ini," katanya.

Thursday, December 27, 2012

Dua #Gadis Pelancong Kena Rogol & Rompak.

Dua pelancong Russia mendakwa mereka dilarikan dengan sebuah kereta di Pattaya sebelum dirogol serta dirompak, kata polis.


Dua pelancong wanita Russia itu yang dikenali sebagai Maria dan Ananstasis membuat laporan mengenai kejadian itu di balai polis Pattaya kira-kira jam 5 pagi semalam.


Mangsa berkata, mereka sedang berjalan pulang ke hotel sebelum dipaksa masuk ke dalam trak pikap oleh seorang lelaki bersenjatakan pistol dan pisau, sementara dua lagi lelaki menunggu dalam kenderaan itu.


Suspek memandu ke arah daerah Sattahip sebelum memberhentikan kenderaan di kawasan hutan tepi jalan.


Mereka memaksa kedua-dua mangsa menanggalkan pakaian sebelum memperkosa mereka. Ketiga-tiga suspek kemudian melarikan diri dan meninggalkan mangsa di tepi jalan.


Wang tunai bernilai 3,700 baht (RM369) dan telefon pintar milik mangsa turut dilarikan.


Mangsa kemudian meminta bantuan daripada penduduk kampung berhampiran hutan itu untuk ke balai polis. - BP


#Kalimah Allah : Bukan Isu Malaysian Malaysia.

KALAU dalam isu-isu lain mungkin telah banyak tuntutan dalam dasar 'equality in diversity' atau sebelum ini, mungkin lama dulu dan hampir terpadam pada permukaannya, dasar itu diungkapkan sebagai Malaysian Malaysia, maka dalam dasar nama ALLAH yang diminta supaya digunakan dalam agama lain janganlah disamakan dengan dasar-dasar lain itu.

Kita merasakan bahawa dalam penggunaan istilah nama ALLAH itu, maka biarlah amalan ini merupakan sesuatu yang ekslusif untuk agama Islam sahaja, dan sesiapa yang ingin mengganggu gugat pendirian ini, kita bolehlah merayu kepada mereka "please leave us alone in this matter!" Tolong jangan ganggu kami dalam hal ini.

"Enough is enough" cukuplah dengan segala dasar lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk disamaratakan, diberikan hak yang sama rata, sama rasa di antara seluruh rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama, maka hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah nak direbutkan, dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa. Nama ALLAH tetap merupakan sesuatu yang asas dan fundemental bagi Islam.

Nama ALLAH, dari sudut falsafah, takrifan dan konsepnya, tetap tidak sama dengan nama Tuhan, God, Lord dan sebagainya dalam penggunaan agama lain.

Orang Islam, lebih memahami konsep ini seperti yang dibaca dan dijelaskan oleh kitab suci al-Quran, tetapi umat Islam, khususnya di Malaysia, rela menerima perbezaan ini di atas dasar 'unity in diversity' dan atas dasar tolak ansur 'agree to disagree' dengan amalan dan pengertian serta konsep tuhan dalam agama lain, terutamanya dalam kepercayaan para penganut agama Kristian.

Dalam surah Al-Maidah sahaja terdapat sekurang-kurangnya tiga ayat yang menjelaskan perbezaan Tuhan "ALLAH" dan Tuhan atau God menurut yang diiktikadkan oleh penganut Kristian. Ayat 17 surah tersebut menjelaskan begini:

"Demi sesungguhnya kafirlah orang-orang yang berkata: bahawasanya ALLAH ialah Al-Masih ibn Maryam. Katakanlah (wahai Muhammad) "Dakwaan itu tidak benar, kerana siapakah yang dapat menahan seksa dari ALLAH sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih ibn Maryam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya..."

Ayat 72 dari surah yang sama menjelaskan:

"Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: bahawasanya ALLAH ialah Al-Masih ibn Maryam, pada hal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israel, sembahlah ALLAH, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, meka sesungguhnya ALLAH haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka, dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim."

Ayat 75 dalam surah yang sama juga menegaskan: " Tiadalah Al-Masih ibn Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana Kami jelaskan kepada mereka (Ahli Kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka) kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawanafsunya daripada menerima kebenaran yang jelas nyata itu).

Apakah kefahaman dan akidah anak-anak orang Islam yang memahami konsep Tuhan Islam yang bernama ALLAH itu amat berbeza dari konsep Tuhan Kristian triniti itu akan dikelirukan dengan penggunaan nama yang sama, seolah-oleh semua Tuhan dalam sebarang agama adalah membawa takrifan, falsafah dan konsep yang sama? Maka kalau demikianlah keadaannya, kenapakah kita harus berbeza agama dan akidah dalam menghayati dan mengamalkan agama masing-masing?

Banyak pengajaran secara langsung yang difirmankan oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran yang memberikan makna ini kepada umat Islam, umpamanya bacalah al-Quran Surah Al-Taubah ayat 30 dan 31, ketika kita diperingatkan bahawa "Orang-orang Yahudi mengatakan bahawa Aziz ialah anak ALLAH" dan orang Masihi pula mengatakan bahawa "Al-Masih ialah anak ALLAH"........

Budaya dan cara hidup serta bahasa negara kita berbeza dari negara lain. Bahasa dan budaya Arab berbeza dari bahasa dan konotasinya dari bahasa lain, kerana bahasa adalah merupakan terjemahan dari satu budaya dan tradisi serta gaya hidup sesuatu bangsa itu.

Bahasa Arab menggunakan nama ALLAH untuk Tuhan adalah dalam kefahaman pramasastera dan retorika bahasa itu yang amat casnggih sekali, dan kefahaman orang Arab tidak mungkin terpisah dari konsep ALLAH dan Tuhan yang digunakan untuk kepelbagaian agama.

Orang Arab dapat bersumpah ratusan kali dalam perbualan biasa mereka dengan menyebut "Wallahi" yang kalau dalam penggunaan bahasa Melayu merupakan satu sumpah dalam istilah syariah yang amat salah diucapkan sewenang-sewenangnya dalam perbualan harian, tetapi sumpah ini tidak sama dengan sumpah yang kita fahami dalam bahasa kita, sehingga terdapat ayat al-Quran yang menjelaskan tentang sumpahan biasa dalam penggunaan bahasa mereka dengan sumpah dalam istilah syariah yang kita fahami.

Maka demikianlah juga dengan penggunaan nama ALLAh yang cuba dibandingkan dengan penggunaannya di dalam bahasa lain, khususnya bahasa Arab, sesungguhnya perbandingan ini haruslah difahami dari sudut linguistik dan budaya bahasa itu sendiri di antara bahasa Melayu dan bahasa Arab.

Janganlah dicuba untuk mencari justifikasi yang remeh untuk menjustifikasikan penggunaan nama ALLAH bagi Tuhan Kristian, iaitu yang merupakan dakwaan dan alasan bagi menuntut sesuatu yang amat sensitif dan tidak dapat diterima di dalam budaya dan cita rasa bangsa kita di negara kita ini.

Ingatlah firman Allah SWT dalam surah Al-Taubah ayat 32 :

"Mereka hendak memadamkan cahaya ALLAH (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang ALLAH tidak mengehendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekali pun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Kepada saudara-saudara pembaca entri ini, ingatlah akan hikmah dan ilmu kurniaan ALLAH kepada kita, bahawa kita mengetahui dan memahami akan maksud dan hakikat peringatan ALLAH kepada kita dalam isu ini, tetapi peringatan ALLAH itu adalah untuk pertahanan diri kita dan anak cucu kita, bagi mengatur strategi pendidikan dan penyampaian hikmah kita, bukan untuk mencerca dan menghina atau mengata nista sesama manusia, termasuk kepada rakan-rakan kita dari agama lain, kerana kita menyedari prinsip agama kita tentang dasar hidup bersama secara aman dan damai (peaceful co-existence): Bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami"... surah Al-Kafirun, Ayat 6.

Semoga landskap budaya dan politik kita tidak secara mudahnya dicemarkan oleh tangan-tangan rakan kita yang berlumpur dan kotor ketika dunia umumnya memasuki era gerhana hitam pada masa kini...

* Datuk Dr Ismail Ibrahim, bekas Ketua Pengarah Ikim dan bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan


Wednesday, December 26, 2012

Buah Dada #Gadis Di Ramas Lelaki.

Seorang pekerja pelantar minyak dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah mencabul jiran sekampungnya.


Mohd Riduan Abdul Aziz, 28, dari Rumah Murah Teluk Pasu, Manir, di sini, mengaku bersalah sengaja mencabul kehormatan mangsa berusia 21 tahun, dengan meramas buah dadanya di Jalan Buluh Gading, Manir, di sini, kira-kira jam 9.30 malam pada 25 September lalu.


Dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala Mohd Riduan tidak diwakili peguam.


Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, mangsa bersama adiknya sedang menunggang motosikal sebelum dihampiri Mohd Riduan yang secara tiba-tiba muncul dengan sebuah motosikal.


Mohd Riduan cuba menghimpit motosikal mangsa dan mencabulnya sebelum melarikan diri.


Bagaimanapun, mangsa sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal Mohd Riduan dan turut mengecam wajahnya kerana ketika kejadian, dia tidak memakai topi keledar.

#DAP Jangan Berani Timbulkan Isu Kalimah #ALLAH

Umno mengingatkan DAP agar tidak lagi mendesak kalimah ALLAH dibenar dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu kerana dibimbangi menimbulkan ketegangan dalam negara.

Ahli Majlis Tertingginya, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tuntutan DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dalam mesej sempena sambutan Krismas semalam boleh diragui, tidak ikhlas dan bersifat provokatif.

Menurutnya, demi kepentingan undi sesuatu kaum atau agama, tuntutan seperti itu tidak perlu kerana isu ini sensitif malah turut melibatkan mahkamah.

“Mengenali sifat Guan Eng sebagai street fighter, beliau sebenarnya gagal memahami kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Tuntutan ini juga menunjukkan Guan Eng tidak faham perasaan orang Islam.

“Selamanya Guan Eng tidak ada perasaan untuk memahami hati nurani orang Melayu Islam,” katanya.

Katanya, Guan Eng tidak sepatutnya merosakkan suasana Krismas dengan tuntutan yang boleh renggangkan hubungan antara agama seperti itu.

Katanya, Guan Eng perlu selesai dahulu masalah dan janji masih belum ditunai di Pulau Pinang kerana itu lebih diperlukan berbanding bangkitkan isu sensitif sebegini.

“Beliau jangan alih perhatian rakyat daripada isu seperti pemilikan tanah pembalakan dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, isu kalimah ALLAH berani dibangkitkan semula DAP kerana sikap sekutu mereka, Pas yang berdiam diri.

“DAP tidak hormati orang Islam, sebab itu tiada seorang Melayu dipilih dalam pemilihan parti mereka baru-baru ini. Sekarang mereka mahu guna nama ALLAH, lepas ini apa pula diminta?

“Rakyat perlu nilai dan buat keputusan sewajarnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula menegaskan, DAP jangan berani timbulkan isu kalimah ALLAH kerana ia adalah isu lama dan sensitif.

Tuesday, December 25, 2012

#Gadis Upload Gambar 'Romen' Dalam Tandas Dekat #Facebook. Bangganggg!!!

Apabila manusia itu yang diciptakan akal dan fikiran dengan sempurna, manusia itu semestinya mampu membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk.


Namun, semakin canggih dan berkembang dunia sekarang ini, ramai juga manusia yang tidak mampu untuk menggunakan ciptaan Tuhan itu dengan baik.


Seperti kebiasaan orang berkata, otak itu ‘diletakkan’ di lutut hingga menampakkan diri kita sendiri dungu dan bodoh.


Malah, agama juga diletakkan ke tepi demi menegakkan nafsu yang sentiasa membuak-buak dalam hati.


Beberapa gadis anak Melayu yang berperangai secara terbuka dan seakan-akan hilang malunya.


Mereka dilihat bercumbuan sesama sendiri, memakai pakaian yang seksi selain tiada langsung malu kerana berani membuka seluar dan duduk di mangkuk tandas!



Gambar mereka itu ditangkap sendiri oleh mereka dan kemudiannya dimuat naik ke laman sosial Facebook mereka.


Apakah mereka sengaja mahu menguar-uarkan setiap tindakan atau perbuatan tidak bermoral dan ternyata salah di sisi agama itu kepada umum?


Marilah sama-sama kita berdoa agar mereka sedar akan perbuatan yang menjatuhkan maruah mereka ini sendiri termasuk diri kita.


Kerana, Allah S.W.T sendiri sudah mengatakan, umat Islam selepas Nabi Muhammad adalah umat yang sentiasa cuai dan leka untuk beribadah kepada Pencipta.


Serta, sentiasa menurut hawa nafsu dan tidak putus-putus melakukan maksiat.


“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat), maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka)” – Surah Mariam; 59.


Kembalilah kepada fitrah manusia, setiap dosa yang dilakukan itu, Allah S.W.T sentiasa melihatnya. Astaghfirullah… - mynewshub


Nik Aziz Celupar Tanpa Sandarkan Kepada Hukum??

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dianggapnya celupar kerana mendakwa menyokong UMNO itu satu perbuatan yang mungkar.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, itu merupakan satu lagi bukti jelas bahawa Nik Abdul Aziz sanggup mengeluarkan fatwanya sendiri tanpa berlandaskan hukum agama semata-mata untuk mempengaruhi orang Melayu mengundi Pas.


"Nik Aziz ini selalu dia celupar.. celupar ini taulah.. terlepas cakap begitu tanpa bersandarkan apa-apa hukum.


"Dia buat fatwa sendiri sehingga banyak tokoh ulama mempertikaikan. Bukan ini saja, sebelum ini pun beliau telah buat macam-macam kenyataan seolah-olah dia sebagai tokoh agama dia layak untuk mengeluarkan fatwa sendiri.

"
Negara kita ada Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau Nik Aziz cakap itu elok rujuk kepada Majlis Fatwa sahaja. Benarkah apa yang disebut oleh beliau itu atau itu kenyataan berunsur politik semata-mata," katanya.


Muhyiddin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan para pegawai pengurusan tertinggi dan profesional di negeri ini dalam majlis yang diadakan di Stadium Tertutup, Gong Badak.


Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan baru-baru ini yang menyatakan akan menentang UMNO selagi ada orang Melayu yang menyokong parti itu dan menyifatkan ia suatu perbuatan mungkar.


Kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebagai mengukuhkan hujahnya mengapa beliau perlu terus bertanding dalam pilihan raya umum bagi memenuhi kewajipan menentang UMNO meskipun telah lama menjadi Menteri Besar dalam keadaan sering uzur.


Menurut Muhyiddin, kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan tahap keislaman UMNO akan lebih banyak kedengaran dari mulut para pemimpin Pas menjelang pilihan raya umum dan inilah antara sebab perpecahan terus berlaku di kalangan umat Islam.


Katanya, fatwa songsang sebegini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk kepentingan politik sebagaimana amanat yang pernah dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dalam perkembangan lain Muhyiddin memberitahu, pendirian kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) terhadap isu hudud masih sama.


"Pendirian kita adalah jelas. Tak perlu dipanjangkan. Kita tidak menolak hukum (hudud) dan seperti yang saya sebut sebelum ini ialah bagaimana cara untuk kita melaksanakannya sahaja.


"Dalam hal ini, ada fasa-fasa yang kita perlu ambil kira kerana ketika ini masih ramai tak faham (berkenaan isu hudud). Macam Pas pun, bila sebut hudud, dia sebut hudud Pas dan dia tak sebut hudud Islam," ujar beliau.

Monday, December 24, 2012

Awas!! Gambar #Facebook Anda Digunakan Untuk Perkhidmatam #Seks

Sindiket pelacuran didapati memasukkan gambar wanita tidak berdosa dalam laman Facebook bagi menarik pelanggan, kata Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.


Beliau berkata, sehingga kini pihaknya menerima lima laporan daripada mangsa terbabit.


Kes terbaharu membabitkan seorang pegawai pentadbiran di sebuah syarikat swasta yang terpaksa menanggung malu setelah gambar wajahnya dipaparkan dalam Facebook sebagai gadis yang menawarkan perkhidmatan seks, sejak empat bulan lalu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Wanita berusia 20 tahun tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, gambarnya telah digunakan dalam dua akaun Facebook iaitu 'Jessy Serikembangan' dan 'Lisa Carino' kononnya beliau menawarkan khidmat seks dengan caj RM200 untuk sekali perkhidmatan dan RM500 untuk tempoh semalaman.


Tan dari Shah Alam berkata beliau mendapati wajahnya telah dipotong dan disambungkan kepada gambar badan wanita lain yang berpakaian seksi dan berbikini.


"Saya mendapat tahu apabila rakan saya memberitahu wajah saya disiarkan di laman itu. Saudara dan rakan saya menganggap saya terpaksa menjual tubuh saya kerana masalah kewangan. Ini amat memalukan saya," katanya pada sidang akhbar tersebut.


Tan berkata sehingga kini wajahnya masih terpampang di laman sosial berkenaan.


Beliau berkata, beliau telah menyamar sebagai pelanggan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sindiket itu telah meminta beliau terlebih dahulu memasukkan RM300 ke dalam akaun sebuah bank milik individu lain.


Tan berkata, beliau telah membuat laporan polis Ogos lepas dan kepada pengurusan Facebook yang sehingga kini belum mendapat sebarang tindak balas. -Bernama


Aksi Manja Marsha Bersama Anzalna Sampai Nampak Seluar Dalam?

Pergh...memang pelakon wanita ini punya kontroversinya tersendiri. Pernah dahulu beliau memohon maaf kerana beraksi ala-ala model playboy... walaupun bukan seorang Muslim, beliau ditegur kerana kurang sensitif dengan budaya masyarakat di Malaysia.


Kali ini Marsha Milan Londoh beraksi seksi lagi. Melalui lensa Buah Mulut, ketika majlis prebiu Kahwin 5, Marsha sempat berposing dengan Anzalna.


Kedua-dua pelakon ini memang seksi dengan skirt pendek mereka, dan suasana bertambah panas pada satu pose manja yang dilakukan oleh Marsha kelihatan seperti seluar dalamnya sedikit terlihat.


Kami agak pasti dengan situasi itu apabila foto asli yang kami kutip dari Facebook pagi Buah Mulut telah pun dicensored kan dibahagian itu.

Sunday, December 23, 2012

#Bidadari Yang Paling Cantik Di Syurga.

Ainul Mardhiah adalah seorang bidadari yang paling cantik di surga yang Allah ciptakan untuk sesiapa yang mati syahid berjuang di jalan Allah.


Secara bahasa Ainul Mardhiah berarti mata yang diridhai. Atau setiap pandangan yang melihatnya pasti akan menemukan keridhaan di hati.


Kisah Ainul Mardhiah diceriterakan dalam Hadits Nabi riwayat Tirmidzi :


Ketika pagi hari di bulan Ramadhan, Nabi sedang memberikan targhib (semangat untuk berjihad) kepada pasukan Islam. Nabi pun bersabda,


“Sesungguhnya orang yang mati syahid karena berjihad di jalan Allah, maka Allah akan menganugerahkannya Ainul Mardhiah, bidadari paling cantik di syurga”.


Salah satu sahabat yang masih muda yang mendengar cerita itu menjadi penasaran. Namun, karena malu kepada Nabi dan sahabat-sahabat lain, sahabat ini tidak jadi mencari tahu lebih dalam mengenai Ainul Mardhiah.


Waktu Zuhur sebentar lagi, sesuai sunah Rasul, para sahabat dipersilakan untuk tidur sejenak sebelum pergi berperang. Bersama kafilah perangnya pun sahabat yang satu ini tidur terlelap dan sampai bermimpi.


Di dalam mimpinya dia berada di tempat yang sangat indah yang belum pernah ia kunjungi sebelumnya. Dia pun bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik yang belum pernah ia lihat sebelumnya. Ia pun bertanya kepada wanita tersebut,


“Di manakah ini?” “Inilah syurga.” jawab wanita itu. Kemudian sahabat ini bertanya lagi, “Apakah anda Ainul Mardhiah?”. “Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Kalau Anda ingin bertemu dengan Ainul Mardhiah, dia sedang berada di bawah pohon yang rindang itu.”


Didapatinya oleh sahabat itu seorang wanita yang kecantikannya berkali-kali lipat dari wanita pertama yang ia lihat.


“Apakah anda Ainul Mardhiah?” “Bukan, saya ini penjaganya. Kalau Anda ingin bertemunya di sanalah singgasananya.”


Lalu sahabat ini pun pergi ke singgasana tersebut dan sampailah ke suatu mahligai. Didapatinya seorang wanita yang kecantikannya berlipat-lipat dari wanita sebelumnya yang sedang mengelap-ngelap perhiasan. Sahabat ini pun memberanikan diri untuk bertanya.


“Apakah anda Ainul Mardhiah?” “Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Saya penjaganya di mahligai ini. Jika Anda ingin menemuinya, temuilah ia di mahligai itu.”


Pemuda itu pun beranjak dan sampailah ke mahligai yang ditunjukkan. Didapatinya seorang wanita yang kecantikannya berlipat-lipat dari wanita sebelumnya dan sangat pemalu. Pemuda itu pun bertanya.


“Apakah anda Ainul Mardhiah?” “Ya, benar saya Ainul Mardhiah.” Pemuda itu pun mendekat, tetapi Ainul Mardhiah menghindar dan berkata, “Anda bukan seorang yang mati syahid.”


Seketika itu juga pemuda itu terbangun dari mimpinya. Dia pun menceritakan ceritanya ini kepada seorang sahabat kepercayaannya yang dimohonkan untuk merahasiakannya sampai ia mati syahid.


Komando jihad pun menggelora. Sahabat ini pun dengan semangatnya berjihad untuk dapat bertemu dengan Ainul Mardhiah. Ia pun akhirnya mati syahid.


Di petang hari ketika buka puasa, sahabat kepercayaan ini menceritakan mimpi sahabat yang mati syahid ini kepada Nabi. Nabi pun membenarkan mimpi sahabat muda ini dan Nabi bersabda, “Sekarang ia bahagia bersama Ainul Mardhiah”. … سُبْحَانَ اللّهُ وَاَلْحَمْدُلِلّهِ وَلاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ. اَللّهُ اَكْبَرُ utaranews

Benarkah Kerajaan #Pas Kelantan Tak Pernah Bina Rumah Murah?

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh mendakwa, kerajaan Kelantan pimpinan Pas banyak meluluskan tanah untuk pembinaan kondominium berbanding membina rumah mampu milik untuk rakyat.


Beliau berkata, sejak memerintah negeri itu 22 tahun lalu, tiada rumah kos rendah dibina untuk rakyat berpendapatan sederhana.


"Sebagai contoh, tanah di Kampung Limau Manis yang dihuni antara 80 hingga 100 keluarga juga dijual untuk membina kondo mewah.


"Harga sebuah kondo kalau ikut pasaran semasa sekitar RM250,000. Saya rasa tidak ada orang yang berpendapatan sederhana atau rendah mampu beli," katanya selepas menyampaikan Bantuan Sewa Rumah Penduduk Miskin Bandar di sini semalam.


Pada majlis itu, seramai 122 penduduk miskin bandar menerima wang tunai berjumlah RM1,448 sebagai bantuan sewa rumah selama setahun yang disalurkan Kerajaan Pusat menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.

' #Ustaz Kedah ' Ratah Tubuh Gadis Tahun 6.

Seorang murid perempuan tahun enam di sini trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah bomoh bergelar ‘ustaz’ apabila dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, sejak awal tahun lalu.

Lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan mengambil kesempatan melampiaskan nafsu selepas mangsa ditinggalkan ibunya kepada ‘ustaz’ berkenaan di rumah itu untuk sesi rawatan pada waktu pagi sebelum menjemputnya pada waktu tengah hari.

Ibunya, Asmah, 47, (bukan nama sebenar) berkata, dia tidak menyangka anaknIya menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu kerana beranggapan lelaki itu akan cuba membantu anaknya yang didakwanya mempunyai sejenis penyakit dalam badan.

Katanya, dia hanya dapat tahu perkara itu selepas anaknya menceritakan peristiwa hitam itu kepada sepupunya sebelum diberitahu kakaknya.

“Masa itu saya nak buat rawatan kepada mak sebab badan dia sering gatal. Selepas dapatkan rawatan, penyakit mak pulih. Pada masa sama, lelaki itu turut memberitahu anak saya alami sejenis penyakit dalam badan dan perlu rawatan secepat mungkin.

“Saya memang tidak sangka lelaki itu tergamak buat macam ini kepada anak saya sebab saya beranggapan dia akan tolong anak saya betul-betul. Boleh dikatakan selang sehari saya dapatkan khidmat daripada lelaki itu untuk ubati penyakit anak,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa anaknya perlu dimasukkan ke dalam sebuah bilik tanpa teman untuk elak gangguan semasa sesi rawatan.

“Percaya dengan kata-kata itu, saya pun tunggu di ruang tamu. Selepas sesi rawatan, 'ustaz' itu memaklumkan anak saya mempunyai penyakit misteri, iaitu terdapat batu dalam badannya dan perlu dikeluarkan melalui kemaluan.

“Pada suatu hari, dia sekali lagi minta saya hantar anak ke rumahnya untuk selesaikan rawatan sepenuhnya. Kemudian, saya hantar anak ke rumah lelaki itu sambil ditemani sepupunya, namun lelaki itu menghalau kami pulang kerana membawa teman. Dakwanya kalau bawa teman rawatan tidak boleh dilakukan.

“Bagaimanapun, selang dua minggu kemudian, lelaki itu menghubungi saya dan meminta anak saya datang ke rumah itu secepat mungkin untuk menyelesaikan penyakitnya dan dibenarkan bawa teman. Saya pun tinggalkan anak dan anak saudara yang berumur 16 tahun di rumah itu sebelum menjemput mereka pada waktu tengah hari selepas selesai waktu bekerja,” katanya.

Asmah berkata, dia tidak sangka peristiwa hitam itu akan berlaku setelah anaknya memaklumkan dirinya dirogol lelaki itu sementara anak saudaranya pula dicabul kemaluannya sepanjang berada di rumah itu.

“Selepas mengetahui perkara itu, saya bawa anak dan anak saudara ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan. Doktor yang merawat turut mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan pada kemaluannya.

“Saya tidak puas hati dengan perbuatan lelaki itu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar supaya anak saya mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.

Asmah turut merayu polis bertindak segera kerana laporan sudah dibuat sejak tahun lalu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...