Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: May 2012

Pages

Thursday, May 31, 2012

DOKUMEN SULIT RM 30 JUTA DIDEDAHKAN..!!!!

Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yg dimiliki oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yg bernilai lebih RM3O juta.

Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yg dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.

Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut.

Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta SPRM untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 15, 2012

Kisah Benar dan Seram Di Sebalik Penutupan Penjara Pudu! Haruskah kerajaan Barisan Nasional Dipersalahkan..?

Artikel ini bertujuan bagi mengungkap peristiwa di sebalik kejadian penutupan Penjara Pudu tidak lama dulu. Apakah rahsia sebenar yang berlaku disebalik penutupan nya yang secara tiba-tiba. Walhal, penjara pudu sama sekali tidak harus dirobohkan memandangkan ia adalah hasil tinggalan sejarah lama. Tahu kah anda apa kah rahsia atau kejadian yang pernah berlaku sebelum keputusan untuk merobohkan Penjara Pudu di Kuala Lumpur ini di laksanakan?


Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "BilikTerakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIKTERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.


Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.


Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.


Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati di tali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.


Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.


Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.


Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya.


Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaa".. "Ahmad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha HaHa " Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ...

"Tahniah kerana minat membaca. P/s: aku pun terkena... so apa salahnya foward kat org lain lak kan dan ianya tidak ada kena mengena dengan hal kerajaan Barisan Nasional ....hahahaha!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 9, 2012

MANA LEBIH RAMAI BERSIH 3.0 ATAU HIMPUNAN JUTAAN BELIA...?


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan sebanyak 500 aktiviti selama seminggu yang bakal dilaksanakan pada 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) berbanding 203 aktiviti pada tahun 2011 bagi merancakkan lagi sambutan dan menarik lebih banyak penyertaan terutama dari kalangan golongan belia ke sambutan tersebut.

Beberapa aktiviti lama diganti dengan acara baharu sekali gus menjadikan platform hari belia lebih segar dengan mengembangkan acuan pengisian aktiviti. “ Kita tidak mahu acuan lama terus digunakan sebaliknya kita akan memperkenalkan sesuatu lebih menarik dan baharu,” kata Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Tambah beliau, HBN 2012 akan meneruskan kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak termasuk Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) supaya ianya menonjolkan satu perhimpunan kepada kepelbagaian dalam masyarakat.
Beliau juga turut mengingatkan warga Kementerian agar mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru dalam melaksanakan sesuatu perkara sehingga mampu memberi impak besar kepada masyarakat.

“Tidak hanya fokus kepada sambutan daripada masyarakat tempatan, KBS turut bercadang untuk menyediakan aktiviti HBN 2012 sebagai acara antarabangsa yang mampu menarik masyarakat luar negara untuk berkunjung ke Putrajaya, “ ujarnya..

Bagi mencapai hasrat tersebut, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyatakan Kementerian Pelancongan telahpun bersetuju untuk memasukkan HBN 2012 dalam kalendar pelancongan bagi menggalakkan pelancong luar negara merasai kemeriahan acara sambutan luar biasa golongan belia Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...