Pages

Sunday, July 29, 2012

KETUA KUMPULAN AL-MAUNAH MENEMUAI AJAL SEBELUM SEMPAT DI GANTUNG ?!!

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah benar. 

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana...

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN.... 

iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. 

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini. 

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. 

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. 

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. 

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. 

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. 

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. 

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. 

Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat. 

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, "Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya."

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

WALLAHU A'LAM

TQKISAHBUDAKNAKA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, July 28, 2012

JOM SAMBUT KEMPEN BOIKOT THE STORE !!! PROMOSI ARAK SEMPENA BULAN PUASA !!!

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengirim sekitar 600 ribu email kepada ahli-ahli dan rakan-rakan sekutunya sebagai tanda protes The Store yang mempromosi arak secara terbuka bersempena dengan bulan Ramadhan.Satu kiriman email dan poster boikot turut dihantar kepada pengurusan The Store.

"Untuk makluman Puan,kami telah mula menyebarkan Poster yang dilampirkan. Untuk permulaan akan dihantar melalui emel kepada senarai yang dilampirkan sebelum ini.Turut akan dihantar kepada ahli-ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta sekutu-sekutu kami.

Anggaran jumlah emel yang akan dihantar sekitar 600 ribu.Langkah seterusnya adalah menghantar poster tersebut kepada masjid-masjid di seluruh Malaysia bermula jumaat ini bagi diedarkan kepada para jemaah terutamanya pada hari Jumaat, " kata Muhammad Zharif,dalam email yang turut dikirim kepada Badut Rakyat.

AYUH BOIKOT !!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 25, 2012

ANTARA SEBAB ORANG ISLAM WAJIB TOLAK DAP.

(1) 27 Mei 2008 Kit Siang mahu mansuhkan perkataan "Ketuanan Melayu" dan menggantikannya dengan "Ketuanan Malaysia yang kononnya lebih adil.

(2) 16 Februari 2009, DAP usir peniaga Melayu dan penduduk Melayu. Seramai 80 orang peniaga di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, Kampung Pokok Asam dan beberapa tempat lain diusir DAP.

(3) DAP mahu usir orang Melayu di Pulau Pinang. Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus University Nanyang di Pulau Pinang

( 4) Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Nga Kor Ming (Setiausaha Agung DAP Perak) memijak gambar dua orang wakil rakyat Melayu sebelum memasuki dewan untuk Konvesyen DAP Perak di Ipoh pada 29 November 2009.

(5) 14 Februari 2008, Teresa Kok membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan dengan tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh).

(6) DAP menggunakan Nizar Jamaluddin (bekas MB Perak) untuk memberi status hak milik kekal selama 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru.

(7) 22 Januari 2010, M Kulasegaran (Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, Naib Presiden DAP) mempertikaikan kenapa peniaga Cina tidak diberikan peruntukan dalam skim pinjaman TEKUN.

(8) 20 Jun 2008 ,Gwee Tong Hiang enggan memakai songkok dalam Dewan Undangan Negeri Johor. Menganggap pakai songkok seperti meng"Islam"kannya di hadapan Sultan Johor.

(9) 26 Julai 2010, Tony Pua mencadangkan kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada pembeli Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM500,000.

(10) 25 November 1999, Lim Guan Eng (ketika menjawat jawatan Timbalan Setiauasaha Agung DAP) berjanji akan menghapuskan hak orang Melayu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAGI BUKTI ARTIS TOLAK MASUK PAS..!!!

KC tidak mahu komen sangat pasal kenyataan seorang artis ini kerana bukan semua artis penyokong parti cap bulan. Ini kerana bukan sahaja artis malah rakyat telah sedar akan masalah dan kepincangan parti ini, dan kita semua sedar parti ini tidak boleh membawa apa-apa kebaikan baik kepada agama, bangsa ataupun negara.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, July 22, 2012

UMNO DIRESAPI GERAKAN KOMUNIS?? PR BAGAIMANA PULAK???

Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti itu sedia disiasat berhubung dakwaan parti itu diresapi gerakan komunis seperti yang ditimbulkan naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Kita terbuka. Kita tiada kekebalan dari segi kedudukan parti, apatah lagi badan-badan NGO untuk tidak disiasat sekiranya ada unsur atau berita yang mengatakan sesuatu yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Tidak ada kekebalan kepada mana-mana pihak pun.

"Siasat tak siasat itu yang penting tapi mestilah perlu ada fakta," katanya lagi ketika ditanya dalam satu sidang media di Bangsar hari ini.

Katanya, isu komunis di dalam sesebuah parti tidak harus dipandang remeh dan diketepikan.

"Siapa komunis, siapa tak ini biarlah pihak yang berautoriti tentukan. Saya ingat, pihak berkuasa perlu meneliti secara mendalam sama ada ia ada dalam sesebuah parti itu berlaku atau tidak.

"Tapi jangan anggap ia perkara kecil atau yang harus diketepikan. Sekiranya mengenai keselamatan, ada keperluan mereka untuk menyiasat lebih lanjut," kata Shafie.

Laman Harakahdaily semalam dalam laporannya memetik kenyataan Mahfuz yang mendakwa Umno telah diresapi komunis.

"Malah yang meyakinkan rakyat bahawa Umno diresapi komunis ialah Umno sendiri dan sebab itulah saya percaya masih ada saki baki komunis di dalam Umno hasil perkaderan pemimpin-pemimpin Umno berkenaan," katanya seperti dipetik.

Mahfuz mengulas dakwaan yang ditimbulkan oleh seorang pegawai Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Mohd Sofian Md Makinuddin bahawa pengganas Jemaah Islamiah dan komunis masing-masing telah menyusup ke dalam PAS dan DAP.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 17, 2012

ISU RUMAH URUT. YB DICABAR LETAK JAWATAN!!!

Exco Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan,Ronnie Liu didesak meletakkan jawatan di atas kegagalannya dalam menangani masalah pertambahan rumah-rumah urut dan hiburan di Selangor.Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia Negeri Selangor (Gagasan Selangor) melalui Setiausahanya,Mohd Faizal Salleh berkata kenyataan Ronnie semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mengesahkan bahawa beliau gagal sebagai Exco yang menjaga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor sehinggakan bertambahnya pusat dan rumah urut di selangor

"Sebaliknya Ronnie mengatakan masalah sosial yang membabitkan aktiviti berkenaan (pusat dan rumah urut) adalah isu penguatkuasaan dalam portfolio ini," katanya dalam satu kenyataan.

Antarapos Melaporkan, Menurutnya, banyak kes terdahulu yang melibatkan penguatkuasaan dan operasi bersepadu PBT dan agensi kerajaan negeri mendapat tentangan dan halangan.

"Termasuklah mereka menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) kononnya menjadi dalang termasuk kes gereja di Petaling Jaya dan rampasan arak yang dijual di kedai serbaneka 24 jam di sekitar Shah Alam," katanya.

Sebelum itu,Ronnie menolak alasan kewujudan rumah urut dan pusat hiburan sebagai penyumbang masalah sosial di Selangor semasa menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seabak,Datuk Warno Dogol pada sidang DUN baru-baru ini.agasan Selangor selain itu juga mencabar Ronnie memberikan data lengkap dan pecahan di mana 571 rumah dan 775 pusat hiburan yang beroperasi di selangor sebagaimana jawapan beliau ketika menjawab pertanyaan mulut daripada Warno mengenai rumat urut dan pusat hiburan mengikut kawasan pentadbiran PBT di Selangor.Dalam pada itu,Ronnie gagal dihubungi AntaraPos bagi mendapatkan respon mengenai desakan meletakkan jawatan Gagasan ke atasnya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 16, 2012

TERKINI : ANUAR MELIWAT LAGI. LAPORAN POLIS SUDAH DI BUAT.

KC pun menerima khabar jugak yang mengatakan Si Aljuburi tidak serik-serik walaupun kesnya masih tidak selesai sepenuhnya lagi. Terkini perkhabaran terbaru dari sahabat KC, jom tengok weiiiii....

" Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi ada laporan Polis telah dibuat keatas Dato Seri Anwar Ibrahim oleh seorang Mahasiswa dari Utara yang menyatakan beliau telah diliwat Oleh Pemimpin PKR pada malam sebelumnya.

Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya namun yang pasti semua Kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar Ibrahim jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu.

Laporan Polis oleh Mahasiswa itu dibuat di Balai Polis Negeri belah Utara. Sama sama kita nantikan apa perkembangan selanjutnya.

Arah semua kedutaan tutup pintu pagar terutama Kedutaan Turkey!!!

Psssttt... Apakah pembangkang akan menyatakan satu lagi konspirasi dari kerajaan?

Mesti Nuar ada bisik sama mahasiswa tu, "Can I Fuck U Today"?"

*sumber : PAPAGOMO
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 11, 2012

TERKINI..!!! PENJAWAT AWAM DISARAN GUNA FB WAKTU PEJABAT...?



Penjawat awam disarankan guna facebook waktu pejabat

Pejawat awam disarankan guna Facebook waktu pejabat di Britain

Realitinya saranan hanya untuk penjawat awam di Britain.Tetapi secara logikalnya tidak salah kalau di Malaysia pun dilaksanakan seperti ini.Tambahan pula penyebaran maklumat menerusi laman sosial Facebook sangat berkesan di zaman era globalisasi sekarang...

LONDON: Penjawat awam Britain diarahkan melayari web rangkaian sosial Facebook ketika waktu pejabat untuk mengetahui keperluan rakyat. Ketua perkhidmatan awam baru, Sir Bob Kerslake, menulis kepada ketua agensi kerajaan di Whitehall, supaya pekerja dapat berhubung dengan orang ramai dalam laman web rangkaian sosial itu. “Jutaan orang menggunakan media sosial dan cenderung berbual dengan pegawai kerajaan mengenai perkhidmatan awam yang diperlukan dan cara ini memudahkan mereka. “Ia boleh berjaya jika ia membabitkan dua pihak yang benar-benar jujur.

Ini bermakna, kakitangan awam patut terbabit dalam proses memperluas akses kepada media sosial,” kata jurucakap Kabinet. Wakil pembangkang yang juga Pengerusi Konservatif bagi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Bernard Jenkin, menganggap cara itu memberi kebaikan tetapi menuntut supaya sistem terbabit tidak disalahgunakan.

“Tiada alasan laman Facebook tak perlu diwujudkan bagi setiap perundingan. Ini adalah cara baik mendapatkan pandangan luar Whitehall”. Kerslake memberi jabatan berkenaan sehingga September ini, untuk menyesuaikan sistem keselamatan antivirus komputer bagi membenarkan capaian ke Facebook. Beliau menyokong pembabitan orang awam menerusi rangkaian sosial dan percaya ia membantu kerajaan berinteraksi dengan penduduk.

Beliau mahu pegawai Whitehall meletakkan lebih banyak maklumat ketika rundingan menerusi internet. Memo Kerslake menjurus kepada ribuan kakitangan generasi muda yang mempunyai capaian kepada Facebook sehingga tiga bulan pada satu masa. Mereka yang terbabit dalam rundingan awam, dibenarkan menggunakan laman web rangkaian sosial termasuk Twitter- Agensi -enciknakal.blogspot.com

Monday, July 9, 2012

SEBARKAN : DOA KHUSUS ELAK ROGOL DAN CABUL.

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah dipaparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Terdapat satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, admin sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Oleh: Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Wallahu'alam…

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone