Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: May 2011

Pages

Friday, May 13, 2011

13th MEI!!! TIPU HELAH PAS DALAM KEMPEN 1969.

PAS telah cuba hendak meluaskan pengaruhnya keluar dari Kelantan ke negeri  Kedah dan Perak dengan mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil di negeri-negeri itu, tetapi mereka telah gagal. Saya diberitahu soal-soal agama tidak begitu menolong parti itu di negeri-negeri Pantai Barat, kerana orang-orang di situ lebih luas pandangannya dan lebeh menghormati hak-hak orang lain untuk memilih agama masing-masing. Mereka lebeh progresif atau lebeh maju dalam cara pemikiran berbanding pandangan sempit orang Kelantan.

Dalam pilihan raya 1969 pula, Pas telah mengubah taktiknya dengan melancarkan kempen mencemarkan nama baik UMNO dengan mempermain-mainkan sentimen bangsa sehebat-hebatnya supaya timbul rasa benci orang ramai kapada parti itu. Cara itu telah memberi kejayaan yang besar kapada mereka. Mereka menuduh UMNO pro-Cina dan menjual negara kapada orang Cina. Mereka telah menggunakan cara yang tajam dan halus dalam kempen anti-Cina yang mereka lancarkan di kawasan luar bandar di negeri-negeri Utara Pantai Barat. Mereka menanamkan perasaan takut dan. curiga di hati orang Melayu yang memang berhati bersih dan berpegang kuat kepada agama bahawa orang Cina hendak memegang kuasa seluruh negara dan menuduh saya telah memberi peluang itu kapada orang Cina.

Untuk menjadi bukti kapada dakwaan mereka, maka mereka telah menyebar ke seluruh kampong gambar Khir Johari,  seorang Menteri Kabinet dan isterinya memakai pakaian orang Cina Mandarin. Gambar itu telah diambil di Hongkong secara bersuka-suka untuk dihantar kapada kawan-kawannya sebagai ucapan Selamat Tahun Baru. Pakaian ini ada disediakan di restoran untok pelancong menggunakannya bagi mengambil gambar sebagai tanda ingatan lawatan mereka ke Hongkong.

Khir Johari ialah seorang yang suka melawak, dia dan isterinya telah menggunakan gambar ini untuk kad Selamat Tahun Baharu Cina yang telah mereka kirimkan kepada kawan-kawan Cina mereka dalam bulan Februari sebagai menunjukkan rasa muhibah. Masing-masing  yang menerima-nya telah gelak ketawa melihat gambar itu. Pas segera mengambil kesempatan menggunakan gambar ini sebagai satu senjata untuk kepentingan politik mereka. Gambar ini telah diedarkan seluas-luasnya di kalangan orang Melayu sambil memburuk-burukkan Khir dan menuduh dia telah menjadi orang Cina. Kasihan Khir! Tujuannya hendak berjenaka itu telah merugikan dirinya dan dia telah kehilangan banyak undi dalam pilihan raya itu.

Ini satu sahaja contoh yang menunjukkan sejauh mana pihak Pas sanggup melakukan perbuatan kotor dan tipu helah untok mencari kemenangan dalam politik. Perbuatan mereka sangatlah khianat dan liar. Inilah satu penipuan yang sehabis busuk yang belum pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

Misalnya Pas telah menyebarkan fitnah dengan mengatakan saya seorang Siam, pada hal mereka tahu ayah saya ialah Almarhum Sultan Kedah. Mereka juga menuduh saya beragama Buddha, walhal mereka tahu banyak perkara kebajikan yang telah saya buat untuk agama Islam semenjak lepas Merdeka. Saya bukanlah seorang yang takbur, tetapi saya boleh mendakwa bahawa jasa saya kapada agama Islam adalah setanding dengan yang dibuat oleh mana-mana pemimpin negara Islam yang lain di zaman moden ini.

Dalam kempen pilihan rayanya, Pas telah memburokkan peribadi pemimpin-pemimpin  UMNO. Mereka telah menyerang peribadi pemimpin UMNO secara kotor yang tidak mungkin sesapa pun tergamak melakukannya. Mereka tahu apa yang mereka katakan mengenai pemimpin UMNO termasu saya sendiri tidaklah benar, tetapi mereka pergi dari kampug ke kampung untuk melancarkan kempen yang bohong dengan tidak menghiraukan apa jua akibatnya atau pun apa yang mereka lakukan itu boleh memarakkan api permusuhan antara kaum. Mereka tidak peduli apa yang akan terjadi asalkan mereka dapat menang kerusi dengan apa jua cara sakalipun.

Saya sendiri telah cuba untuk mendapatkan gambar yang telah ditunjukkan oleh Pas kepada orang ramai di kawasan pilihan raya  saya. Gambar itu kononnya menunjukkan saya menggunakan chopstick di satu majlis makan Cina. Dengan secara tipu mereka telah meletakkan satu gambar lain ke atas gambar yang tersebut yang menunjokkan seekor anak babi terhidang di tengah-tengah  meja di majlis itu. Saya berani bersumpah bahawa seumor hidup saya, saya tidaklah pernah menghadziri majlis jamuan makan Cina yang ada menghidangkan daging babi, atau pun apa jua makanan lain yang haram bagi orang Islam. Kawan-kawan  Cina saya sentiasa  menjaga supaya kejadian seperti ini tidak berlaku, kerana mereka sendiri tahu apa yang haram dimakan oleh orang Islam.

Tuduhan yang mengatakan saya bukan Islam adalah satu fitnah yang sangat kotor kerana mereka sendiri tahu bahawa saya telah pergi ke Mekah untok menunaikan fardu haji, dan mereka juga tahu bahawa saya anak kapada seorang yang warak dan lebai. Saya percaya orang-orang yang akan membaca kandungan buku ini akan terperanjat dengan perbuatan sebuah parti politik seperti Pasyang sanggup meletakkan dirinya begitu rendah untuk mencari kemenangan.

Sekalipun saya seorang yang kuat berpegang kapada ajaran Islam, tetapi sebagai Perdana Menteri saya telah menerima banyak jemputan ke majils sosial dan sebagainya, dan telah menikmati makanan Eropah, makanan Cina atau makanan India. Saya telah merasmikan pembukaan tempat-tempat ibadat bagi orang-orang  yang beragama lain, dan saya juga telah mengarahkan supaya wang diberi untok membina tempat-tempat ibadat bagi agama-agama lain  di Malaysia.

Wang yang diperoleh adalah daripada orang-orang yang berbagai-bagai-bagai agama, dan dengan itu patutlah diberikan juga wang untuk tempat ibadat mereka. Saya masih ingat lagi bagaimana orang-orang daripada pelbagai agama telah menghulurkan derma yang berjumlah berjuta-juta ringgit ketika saya melancarkan derma untok membina Masjid Negara.

Kesemua orang dalam negara telah memberi sumbangan mereka kapada kekayaan negara dan dengan wang ini dapatlah kita membuat bermacam perkara yang memberi manafaat kepada orang Islam, seperti membina masjid, surau dan sekolah agama. Begitu juga untuk mengadakan perayaan agama. Semua perkara ini dilakukan untuk kepentingan agama Islam, agama rasmi kita.

Orang-orang bukan Melayu tidak pernah menimbulkan bangkangan terhadap apa yang telah dibuat dan sedang diusahakan oleh Kerajaan untuk agama Islam. Mereka juga tidak pernah menyoal berapa banyak wang yang telah dikeluarkan untok mengembangkan Islam. Saya berani berkata dengan tegas bahawa Kerajaan Perikatan telah membuat lebih banyak kebajikan untuk Islam daripada  yang boleh dibuat oleh Pas, sekalipun dalam negeri pemerintahan mereka sendiri.

Saya telah memberi beberapa contoh di atas mengenai kelakuan khianat yang dilakukan oleh Pas, tetapi masih banyak lagi dakayah bohong dan fitnah yang terlampau kebudak-budakan  dan terlalu menyentuh peribadi untuk saya catatkan di dalam buku ini. Kalau sekalipun saya menulisnya, tidak ada siapa yang akan percaya.

Orang-orang yang mempunyai fikiran tidak dapat memahami perbuatan Pas semasa pilihan raya itu. Sesiapa yang kasih kapada negara tentu tidak dapat bersetuju dengan kelakuan mereka. Dalam pilihan raya itu satu perkara ganjil tetapi benar telah dilakukan oleh Pas. Jika benar sebagaimana yang mereka katakan bahawa mereka anti-China, kenapa-kah pula mereka bersubahat dengan DAP, Gerakan dan PPP?

Tujuan Pas nyatalah untuk memecahkan undi Melayu supaya calon-calon Perikatan yang bertanding di beberapa kawasan tertentu tidak akan menang, dan pakatan mereka yang jahat ini telah berjaya. Mereka meletakkan calon-calon mereka di kawasan-kawasan  di mana pengundi Melayu tidak pun mencukupi untok menjayakan seseorang calon  Pas dan dalam sesetengah kawasan pula mereka mungkin hilang wang pertaruhan sekalipun mereka berjaya mendapatkan kesemua undi Melayu di kawasan itu. Dengan perbuatan mereka berpakat dengan partiparti pembangkang yang anti-Melayu, Pas telah membuktikan sejauh mana mereka sanggup lakukan untuk mendapatkan keuntungan dalam politik.

Jika begitulah sikap mereka, lebeh baiklah mereka menolong MCA, iaitu sebuah parti yang sentiasa mempunyai pandangan Malaysia dan telah membuktikan taat setianya kapada negara  ini. Tetapi sebalik, di mana-mana MCA bertanding melawan calon dari parti yang anti-Melayu, Pas juga akan masuk dalam kawasan itu untok menghalang orang Melayu daripada mengundi calon MCA, atau sekurang-kurangnya memecahkan undi se-hingga calon Perikatan itu kalah dalam pertandingan tiga penjuru, samalah seperti yang mereka lakukan di kawasan  di mana calon UMNO bertanding.

Saya suka menunjokkan dua kejadian yang membuktikan mereka telah menolong partiparti anti-Melayu. Di kawasan Setapak,  Selangor, seorang yang saya tidak suka hendak sebutkan namanya telah kelihatan memberi wang kapada seorang ahli Pas. Orang ini ialah ahli DAP. Dalam kawasan Sepang, juga dii Selangor, calon-calon DAP dan Pas telah melancarkan kerja mereka dari sebuah pejabat, dan pekerja-pekerja DAP yang terdiri daripada orang Cina telah menampalkan poster untok calon Pas. Bukti ini cukuplah untuk menafikan dakwaan Pas bahawa mereka sebuah parti Melayu yang berdasar Islam. Mereka sanggup menghina agama untuk kepentingan politik dan wang.

Mereka berjanji akan menubuhkan sebuah negara atau kerajaan Islam jika mereka memegang kuasa. Tetapi mereka tidak pula menerangkan rupa dan bentuk kerajaan yang mereka angan-angankan itu. Kita dapat meragui sama ada mereka akan memenuhi janji mereka jika mereka berkuasa kelak.

Pas sedar bahawa mereka tidak ada harapan untuk mengambil kuasa negara ini dan kemungkinan yang seperti ini belumlah lagi terbayang. Dengan kesedaran yang seperti ini, maka mereka boleh melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan membuat janji-janji palsu untuk menyedapkan telinga orang Melayu yang jahil tentang hal ehwal dunia. Tentulah banyak orang Melayu yang tertarik dengan janji hendak menubuhkan sebuah Kerajaan yang tidak berchampor dengan kaum-kaum lain. Orang Melayu tentu-lah sangat tertarik dengan kemungkinan negara ini dikendalikan oleh orang Melayu sahaja kerana inilah negara  tumpah darah mereka.

Dalam masa berkurun-kurun lamanya, dari satu keturunan ka satu keturunan, Malaysia telah diperintah oleh kuasa-kuasa asing _ Belanda, Siam, British dan Jepun. Oleh itu, kemungkinan negara ini di-perentah oleh orang Cina tentulah sangat dibenci oleh orang Melayu, kerana persetujuan telah dichapai semasa Merdeka dahulu bahawa Malaysia mestilah mempunyai keperibadian dan corak kebangsaan yang berteraskan Melayu. Beberapa perkara hak orang Melayu dijamin dalam Perlembagaan. Menurut apa yang di-katakan oleh Pas, semua hak ini akan hilang kiranya Perikatan menang.

Sementara itu, lain-lain parti pembangkang bertalu-talu pula menggembur-gemburkan konsep Malaysian Malaysia, dan ini mengurangkan sokongan orang ramai kepada MIC dan MCA dan menambahkan lagi kecurigaan orang Melayu. Oleh itu, konsep Malaysia untok orang Melayu sahaja yang ditonjolkan oleh PAS lebih senang mendapat sokongan orang Melayu. Sebagaimana kebanyakan orang China menyokong konsep Malaysian Malaysia yang dianjorkan oleh Lee Kuan Yew, maka begitulah juga orang Melayu menyokong cita-cita ini. Dengan cara itu,  kedua-dua  pendapat cauvinis yang tersebut telah saling menolong.

Langkah Pas menolong atau menggunakan parti-parti pembangkang yang pro-Cina dan parti-parti lain yang diketahui anti-Melayu, dan mengemukakan pendapat yang diketahui anti-Melayu, dan mengemukakan pendapat yang melampau itu tentulah ada sebab yang tertentu. Tindakan mereka sangatlah berbahaya seperti bom atau torpedo yang telah di-tentukan masa meletup-nya.

Sebuah akhbar Hongkong bernama "The Star" telah melaporkan pada 17 Jun bahawa Bank of China di Singapura telah tidak dapat mengimbangkan kira-kira kewangannya kerana beberapa jumlah wang yang besar telah dikeluarkan "untok membiayai gerakan kekacauan di Singapura dan Malaysia". Ada keterangan yang menunjukkan bahawa wang itu telah diberi kapada beberapa pihak yang tertentu di Kelantan untuk membiayai perbelanjaan kempen Pas. Terang dan jelaslah bahawa orang Melayu yang menyokong Pas  tidak terdaya hendak mengeluarkan berjuta-juta ringgit untok pilihan raya itu. Wang itu tentulah datang dari satu punca tertentu, dan saya suka menegaskan bahawa punca itu bukan diketahui oleh Parti Pas sahaja.

Sekiranya Pas telah menerima bantuan wang daripada Komunis, maka berertilah pemimpin-pemimpin parti itu telah memperdaya dan mempermainkan orang-orang  mereka sendiri. Kebanyakan daripada soaln agama yang dibangkitkan oleh Pas itu tidak selaras dengan fahaman  Islam zaman tamadun dan bertentangan dengan keadaan yang terdapat di sekitar Malaysia pada hari ini. Pas telah mengambil kesempatan daripada kejahilan orang-orang miskin untok menjalankan taktik tipu helahnya, tetapi dosa mereka yang lebih besar lagi terhadap orang-orang mereka sendiri dan juga ke atas agama Islam, yang menjadi tunjang politik mereka, ialah perbuatan mereka membiarkan diri mereka digunakan oleh kuasa-kuasa  lain untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.

(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan 1969)

ORANG MELAYU PERLU BERSATU.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 11, 2011

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Yang Ke-65 UMNO.

Kamunting Central Ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Yang Ke-65 Kepada Seluruh Ahli UMNO..

Semoga UMNO Menjadi Wadah Perjuangan Membela dan Memartabatkan Agama Bangsa dan Negara. TAHNIAH UMNO.

Berikut ada program yang diatur Sempena Hari Ulang Tahun UMNO Yang Ke 65 pada hari Rabu 11 Mei 2011 bertempat di Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC :

6.45 ptg: ketibaaan para jemputan

7.00 mlm: ketibaan YAB Dato Sri Presiden dan YAB Tan Sri Dato Timbalan Presiden

7.20 mlm: Solat magrib, bacaan yassin, tahlil dan doa kesyukuran di Surau Ar Rahman, Aras 3.

8.30 mlm: Solat Isyak

8.30 mlm: ketibaan jemputan

8.45 mlm: Sambutan Ulang Tahun Ke 65 UMNO

Salam 1 Malaysia dari KC.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 10, 2011

GEMPAR : BENDERA UMNO DIBAKAR!!!

Sambutan Hari Ulang Tahun Umno kali ke 65 yang bakal disambut oleh seluruh ahli UMNO seramai 3.5 juta ahli jatuh pada Rabu ini. Dalam kemeriahan untuk mengadakan sambutan di kawasan, Umno Larut, Perak telah memasang banyak bendera UMNO di kiri kanan jalan di beberapa tempat.

Kemeriahan dan semangat Umno mula terasa apabila bendera Umno mula berkibar megah disekitar kawasan kampung.

Sayangnya malam tadi perangai haprak puak-puak pembangkang yang hatinya penuh dengan dengki khianat telah berjaya membakar dua bendera yang dipasangkan.

Peristiwa itu berlaku malam tadi di Kampung Sungai Seputeh dan petugas-petugas berjaya menyelamat satu bendera dan terbakar separuh manakala satu lagi hangus 100 peratus.

Itulah perangai ahli parti yang mengakui menjunjung quran dan akidah Islam. Pada hal mereka adalah setan yang amat jahat dan zalim.

Umno Bahagian Larut diketuai oleh Yang Berhormat Mulia Raja Dato Seri Hj Ahmad Zainuddin Raja Hj Omar selaku Ketua Bahagian.

Kawasan Parlimen Larut mempunyai 3 Dun yang dimenangi oleh Umno sejak merdeka lagi , 3 Dun ialah DUN Selama ( Datuk Hj Daud) , DUN Kubu Gajah (Datuk Seri Raja Ahmad) dan DUN Batu Kurau ( Dato Kapten Najmudin)

http://peraktoday.com/wp/?p=20741
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 9, 2011

SAH !!! MEMANG ADA CUBAAN UNTUK MERAMPAS KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA !!!


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,Datuk Zulkifli Noordin mendakwa memang wujud gerakan oleh pertubuhan agama lain untuk merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.


BERNAMA melaporkan beliau berkata menyedari kewujudan gerakan itu setahun yang lalu dan ia bergerak secara senyap dalam usaha cuba menghakis kedudukan agama Islam sedikit demi sedikit.perjuangan pergerakan itu berlandaskan kepada 14 tuntutan seperti yang dikemukakan oleh pihak pembangkang kepada Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

"Saya difahamkan antara perkara yang mereka perjuangkan ketika ini adalah untuk mengkategorikan golongan di bawah 18 tahun sebagai 'tidak beragama' dan mereka hanya boleh memilih agama apabila mencapai usia tersebut.Alasan yang digunakan adalah bagi menyelesaikan masalah penetapan agama anak yang sering menjadi perdebatan di negara ini apabila salah seorang daripada ibu atau bapanya bukan beragama Islam.Selain itu, saya juga difahamkan bahawa pergerakan ini sedang berusaha untuk membolehkan persatuan agama lain ditubuhkan di peringkat sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui pada perhimpunan pemimpin pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia.

Menurut Datuk Zulkifli Noordin,tuntutan-tuntutan tersebut akan disuarakan menerusi ahli Parlimen yang mewakili pertubuhan agama tersebut.

"Jadi,saya harap kerajaan mengambil berat perkara ini.Kita tidak menafikan hak kaum lain untuk mengamalkan fahaman serta agama mereka,tetapi jangan sekali-kali cuba mencabar Islam,Saya juga menyeru semua umat Islam di negara ini supaya bersatu.Kita semakin lemah dan berpecah-belah sejak akhir-akhir ini,sebab itu golongan yang dengki dengan kita, dengki dengan Islam semakin berani mengambil kesempatan," jelasnya.

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM JANGAN PECAH BELAH !!!

AYUH KITA BERSATU MEMPERTAHANKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DI MALAYSIA !!!

Saturday, May 7, 2011

TARIKH PILIHANRAYA UMUM KE-13, 11.11.11...???

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat (semalam) mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini  akan diadakan pada 11 Nov tahun ini (11.11.11).

Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas,Kuala Lumpur.

Bernama melaporkan ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya "untuk mengisi masa terluang".

"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.

Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan  BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan.

"Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," kata Perdana Menteri.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".

Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat  pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.

Najib berkata nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.-
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, May 6, 2011

PANAZZ : DS SHAFIE APDAL MENTERI KKLW MENGAMUK!!!



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengamuk dan menempelak Kerajaan Pas Kelantan yang tidak serius menjaga hak dan kepentingan Orang Asli terutama membabitkan isu Ladang Rakyat.Beliau juga turut kesal dengan kerajaan negeri kerana bantuan yang disalurkan kepada masyarakat pribumi itu tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

"Kita kesal kerana Kerajaan Pas Kelantan bukan sahaja tidak membantu menaik taraf kehidupan Orang Asli malah gagal membantu mereka dalam isu Ladang Rakyat.Ia berbeza dengan Orang Asli di negeri lain.Walaupun kita sedar masih terdapat isu yang belum diselesaikan namun kita tetap memberi bantuan dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat itu," katanya.

BERNAMA melaporkan Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu membabitkan tanah Orang Asli di Gua Musang,Kelantan selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Isu Tanah Orang Asli di Wisma Darul Iman di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said.

Isu Ladang Rakyat telah membangkitkan kemarahan Orang Asli di kawasan Gua Musang apabila mereka mendakwa tanah yang diusahakan sejak sekian lama diambil oleh Kerajaan Pas Kelantan untuk dijadikan Ladang Rakyat yang diusahakan pihak swasta.ekoran tindakan membangunkan Ladang Rakyat,kementerian terpaksa menanggung kos jutaan ringgit untuk membaik pulih infrastruktur yang terjejas di kawasan terbabit.

"Kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak swasta itu menyebabkan saliran air di kawasan tersebut pecah sehingga mengakibatkan bekalan air bersih terputus.Untuk mengelakkan penduduk Orang Asli terjejas, kita pula terpaksa menghabiskan jutaan ringgit untuk membaiki saliran tersebut, jika tidak mereka tidak mempunyai bekalan air bersih," jelasnya.

Selain itu katanya,masyarakat Orang Asli semakin berada dalam arus perdana negara apabila lebih 1,000 orang daripada mereka menjadi penjawat awam di 144 agensi kerajaan ketika ini.Beliau berkata, ia merupakan salah satu petunjuk bahawa taraf hidup dan pencapaian mereka sudah banyak berubah.

AMARAN KEPADA UMNO SELANGOR !!!



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa anggota UMNO Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum (PRU) 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada PRU ke-13 yang disifatkannya "sudah hampir tiba".Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO berkata,bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga UMNO Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.

"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan,kehilangan keyakinan kita,sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," katanya.

BERNAMA melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak Berucap pada majlis 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan',Datuk Seri Najib Tun Razak,yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor,mahu semangat seumpamanya diterapkan dalam diri setiap warga UMNO negeri tanpa mengira usia.

"Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah UMNO Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lepas).Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," katanya.

Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengingatkan bahawa dalam sistem demokrasi terbuka, sejarah kegemilangan sesebuah parti politik tidak menjamin kelangsungan kuasa mereka.

"Sejarah itu sepatutnya kita ambil sebagai iktibar kerana politik adalah suatu bentuk 'game', yang berkisar kepada nombor dan persepsi.Sebagai contoh dalam sesebuah negeri mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi tidak bersatu,maka tidak akan membawa sebarang kesan seperti yang diharapkan," katanya.

Mengulas mengenai kumpulan veteran UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,dalam konteks perjuangan,tidak ada noktah bagi perjuangan anggota parti selagi nyawa dikandung badan dan kudrat masih ada.

"Kita banyak terhutang budi kepada ahli veteran Selangor paling besar nilai sumbangan veteran UMNO Selangor ialah melalui kepimpinan mereka selama ini yang menjadikan Selangor sebagai negeri yang paling maju.Kejayaan yang dikecapi hari ini bukan pimpinan negeri tetapi pimpinan UMNO yang telah memberikan sumbangan dan nilai kepada pembangunan dan kejayaan Selangor," katanya.

Monday, May 2, 2011

PANAZZZ : DAP BAKAL SERTAI BN GANTI MCA...???

Dakwaan bahawa UMNO sedang mendekati DAP atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai kenyataan tidak masuk akal dan hanya bertujuan mencipta provokasi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan lidah rasmi Pas, Harakah berbuat demikian hanya bertujuan mahu melariskan akhbar.

"Ia satu kenyataan bersifat populis yang langsung tidak berasas serta tidak bertanggungjawab. Saya selaku Naib Presiden UMNO tidak tahu-menahu tentang dakwaan mengarut ini. Kami tidak pernah terlintas untuk berbuat demikian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan muka hadapan Harakah hari ini bertajuk UMNO Pujuk DAP yang antara kandungannya melaporkan kononnya UMNO sedang mendekati DAP atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam BN selepas mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini.

Menurut lidah rasmi Pas itu, usaha itu diperhebatkan lagi ekoran kemarahan UMNO terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot Utusan Malaysia dan beranggapan langkah menjemput DAP adalah mesej UMNO kepada MCA.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pula berkata, kerjasama di antara UMNO dan DAP seperti 'jauh panggang dari api' kerana perjuangan kedua-dua parti sangat berbeza dan saling bertentangan.

"DAP dengan perjuangan 'Malaysian Malaysia' yang mahu menjadikan negara ini sebuah republik seperti Singapura dan UMNO pula dengan perjuangan mempertahankan hak orang Melayu dan kesultanan Melayu. Manakan logik kedua-dua parti ini bekerjasama dalam BN," katanya.

Menurutnya, DAP yang terkenal dengan sikap mementingkan diri sendiri dan tamakkan kuasa tidak boleh duduk sebumbung dengan parti-parti lain yang jujur dan ikhlas terhadap perjuangan mereka.

Katanya, pihak pembangkang sememangnya gemar memainkan isu sebegitu bagi mewujudkan provokasi yang akhirnya menyebabkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Kalau dengan Pas, ya, kami ada niat untuk berbaik-baik. Justeru saya menasihati pemimpin-pemimpin Pas supaya memandang ke hadapan dan membuka ruang kerjasama bersama UMNO," katanya lagi.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, laporan Harakah itu amat jelas tersasar daripada hakikat sebenar politik kedua-dua parti.

"Ia umpama mimpi ngeri rakyat negara ini untuk melihat kedua-dua parti tersebut bekerjasama. Saya harap perkara ini dinilai secara waras oleh semua pihak supaya tidak terpedaya dengan fitnah yang keterlaluan ini," katanya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...