Lqhx0TURF_15Boc_TC_UxW7ReY4 KAMUNTING CENTRAL: March 2011

Pages

Tuesday, March 29, 2011

PRN SARAWAK : AWAS!!! KAWASAN PANAS PILIHARAYA DUN SARAWAK.


Sembilan kawasan DUN panas yang bakal menyaksikan kempen-kempen yang cukup sengit itu ketika ini disandang oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB) bagi DUN Balingian; Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB) – Nangka; Vincent Goh (BN-SUPP) – Pelawan; Datuk Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP) – Dudong; Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP) – Repok; Frederick Bayoi Manggie (BN-PBB) – Kedup; Tan Joo Phoi (BN-SUPP) – Batu Kawah; Chong Chieng Jen (DAP) – Kota Sentosa dan Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) – Pantai Damai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenal pasti sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai kawasan panas pada Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kawasan berkenaan ialah N.4 Pantai Damai, N.12 Kota Sentosa, N.13 Batu Kawah, N.19 Kedup, N.39 Repok, N.46 Dudong, N.48 Pelawan, N.49 Nangka dan N.51 Balingian.

Bagi memastikan aktiviti kempen berjalan dengan lancar, pihak SPR akan menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) di kesemua sembilan kawasan DUN panas ini.

“Setiap pasukan PPKPR yang ditubuhkan akan dianggotai lima orang petugas terdiri daripada pegawai SPR, pegawai polis berpangkat inspektor ke atas, pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seorang wakil bagi setiap calon yang bertanding. “Bagi sembilan kawasan DUN yang dikenal pasti sebagai kawasan panas ini, pasukan PPKPR yang ditubuhkan akan dibahagikan kepada dua kawasan untuk dipertanggungjawabkan kelak.

“Ketua pasukan dalam pada itu akan diberikan kuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana parti politik yang didapati melanggar peraturan kempen yang telah ditetapkan,” katanya. Jelasnya, antara perkara yang akan dipantau oleh pasukan PPKPR pada pilihan raya kelak membabitkan aktiviti ber-kempen sama ada berpermit atau tidak, bahan kempen yang dipasang pada poster dan perkataan yang digunakan tidak bercanggah dengan isu sensitif.

Pihak SPR dalam pada itu katanya, akan menggunakan pendekatan mesra ketika memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen. Tegasnya, mana-mana poster atau sepanduk yang didapati tidak mematuhi peraturan kempen akan diarah untuk diturunkan serta-merta.

Oleh itu katanya, semua pihak yang terlibat dalam aktiviti kempen kelak diingatkan supaya memberikan kerjasama dengan pegawai dan petugas bagi memastikan proses berkempen berjalan lancar.

Dalam pada itu, SPR meletakkan jangkaan optimistik ke atas peratusan undi pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini. SPR katanya, sentiasa berharap peratusan undi sentiasa meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kesedaran rakyat terhadap tanggungjawab mereka kepada negeri dan negara.

Monday, March 28, 2011

PRN SARAWAK : PKR SARAWAK ENGGAN KERJASAMA; DAP BAKAL BERTEMBUNG DENGAN PKR


PKR telah mula menunjukkan gerakkerjanya dengan mula berkempen dari rumah ke rumah dan sudah mula kelihatan mula memasang bendera di sekitar DUN Batu Kawa. Kerakusan PKR untuk menguasai DUN Batu Kawa kali ini bukan sahaja meresahkan penduduk yang menyokong DAP, malah penyokong dari Barisan Nasional sendiri. Walaupun di pihak DAP belum lagi menamakan calon mereka di Batu Kawa.

Sudah kedengaran suara-suara sumbang yang datang dari kelompok penyokong-penyokong DAP yang tidak berpuas hati kerana kerusi DUN Batu Kawa merupakan kerusi tradisi DAP. Sikap Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak yang angkuh dan tidak melalui persepakatan Pakatan Rakyat telah menyebabkan dikalangan mereka mula mencurigai sesama sendiri.

PKR yang sebelum ini yang ingin menguasai kerusi DUN Sarawak bagi mewakili pembangkang telah di“pangkah” oleh sebuah lagi parti iaitu SNAP. Dengan meletakkan calon hampir dikesemua kerusi DUN Sarawak, SNAP yang sebelum ini bersama-sama parti pembangkang telah bertindak untuk tidak bersama dengan pembangkang.

Walaupun Baru Bian masih berkira-kira sehingga kini untuk menamakan calon PKR di PRN Sarawak, majoriti pengundi Cina di Bandar Raya Kuching tetap menolak PKR yang mana mereka tidak gemar kepada politik maki hamun seperti yang diamalkan oleh PKR selama ini. Maka peluang kepada sesiapapun yang akan bertanding di Kuching baik kepada Barisan Nasional tetap ada dengan usaha bersungguh-sungguh mendekati pengundi.

PRN SARAWAK : ISU WARIS TANAH NCR DI SARAWAK.

KC mengharapkan golongan muda dapat mengunakan peluang yang diberikan oleh kerajaan BN dengan memajukan tanah dengan sebaik-baiknya. Ini ditambah kerajaan menyediakan peluang yang seluas-luasnya untuk generasi muda baik dari segi bantuan kewangan dan nasihat.

Janganlah terikut-ikut dengan gerak tari pembangkang yang hanya mahu melihat bumi Sarawak ini yang dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional huru hara dan bermusuhan antara satu di Sarawak. Percayalah kerajaan yang sedia ada sekarang adalah yang terbaik dan yakinlah Kerajaan Barisan Nasional sememangnya mahu bumi Sarawak ini maju dan rakyatnya sejahtera setaraf negeri-negeri yang lain di Malaysia ini.

Golongan muda di kawasan luar bandar yang merupakan pewaris tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) perlu melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dalam membangunkan tanah itu agar ia mampu menjana pendapatan.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengoh, Dr Jerip Susil berkata, justeru adalah penting mewujudkan minat golongan belia untuk memajukan tanah yang bakal mereka warisi. Oleh itu, kita harus memberi tumpuan penuh kepada para belia kerana ia merupakan cabaran bagi mereka, bukan sahaja dalam mewarisi tanah itu namun pengetahuan dalam memajukannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru pemilik-pemilik tanah NCR yang belum mendapat surat hak milik menentukan sempadan tanah dengan segera agar dapat mempercepatkan proses penyukatan tanah. Setelah surat hak milik tanah diterima, beliau berharap pemilik-pemilik akan memanfaatkan tanah secara sepenuhnya agar mampu menjana pendapatan.

“Tanah merupakan aset penting khasnya bagi penduduk kampung dan anda perlu memajukannya, dengan kerjasama kerajaan agar mampu menjana pendapatan,” katanya. Kerajaan juga banyak menawarkan bantuan dalam memajukan tanah dan golongan muda harus memanfaatkan peluang yang ada. Antara agensi kerajaan yang banyak membantu adalah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan banyak lagi.

Selain itu, beliau turut menyeru golongan muda agar mengambil bahagian dalam susunan program kerajaan yang menarik agar mereka tidak terjebak ke dalam aktiviti tidak sihat. “Kita mahu golongan muda mudi terlibat dalam pelbagai aktiviti yang secara tidak langsung dapat menyedari tanggungjawab mereka yang besar dalam membangunkan masyarakat,” katanya.

Saturday, March 26, 2011

VIDEO SEKS : ISUNYA BUKAN KONSPIRASI TETAPI RAKAMAN ITU BENAR ATAU TIDAK.

Sejak isu video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meletup pagi Isnin lalu, Jumaat malam adalah kali pertama wartawan berpeluang bertanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya.

Lokasinya ialah sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC.

Isu berkenaan menguasai soalan yang ditujukan kepada Presiden UMNO dicelah-celah kehangatan pihak pembangkang memekak mendakwa UMNO terlibat dalam misi menjatuhkan Anwar menerusi video yang didedahkan oleh Datuk Trio.

Perdana Menteri yang tenang berdepan dengan soalan mengenai isu yang menjadi perhatian seluruh negara sekarang menegaskan bahawa UMNO tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Bekas Ketua Melaka,Tan Sri Rahim Thamby Chik,ahli perniagaan Datuk Sharzly Eskay Abdullah secara terbuka telah mengaku mereka berdua bersama bekas Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Shuib Lazim yang bertanggongjawab mendedahkannya.

Bagi Perdana Menteri soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak adalah sangat penting.

“Sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," katanya.

"...sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak," tambahnya.

Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana UMNO berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Mengenai desakan pihak tertentu agar suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat video tersebut, Najib berkata perkara itu terpulang kepada kerajaan.

Beliau berkata polis perlu membuat siasatan rapi dan profesional bagi menentukan ketulenan video itu agar rakyat yakin dengan laporan hasil siasatan yang akan dibentangkan kepada kerajaan nanti.

"Kebenaran dan kesahihan yang mesti ditentukan terutama oleh polis melalui siasatan rapi lagi profesional, dan kalau ada mereka yang pakar dalam hal ini, tentu (ia) boleh ditentukan oleh pihak polis bagi menyokong siasatan mereka," katanya.

Ketika ditanya mengenai persepsi yang mengatakan bahawa polis tidak adil dalam menjalankan siasatan, Najib berkata polis perlu bertindak secara profesional dan menggunakan khidmat pakar bagi menyiasat sama ada video itu diubah secara teknikal atau tidak.

"Kalau ada perbuatan untuk mengubah video itu secara teknikal, perkara ini amat mudah dikesan. Kalau nak 'ubahsuai' video ini ia cukup mudah dikesan dan dapat ditentukan," katanya.

Dalam pada itu Najib berkata mesyuarat juga berbincang mengenai jumlah keanggotaan terkini Umno yang mencapai 3,233,586 orang.

Mengenai hukuman penggantungan yang dikenakan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan di Sabah, Datuk Japlin Akim pada 2009 kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju melepaskan Japlin daripada hukuman itu.


"Mulai hari ini, beliau boleh kembali kepada Umno dengan hak sepenuhnya sebagai anggota," katanya.

Selain itu, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju untuk mengadakan sambutan Ulangtahun ke-65 UMNO pada 11 Mei ini.

"Majlis akan dimulakan dengan Solat Maghrib, bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Solat Isyak seterusnya Umno akan mengadakan satu majlis makan malam serta upacara menaikkan bendera,"

PANAZZ : MASA DEPAN PAS BAKAL TERANCAM.


Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang, boleh menyebabkan masa depan parti itu terancam.

Malah, cita-cita Pas untuk menggantikan UMNO sebagai sebuah parti nasionalis Islamik juga semakin kabur dan tidak menentu kerana, pemimpin mereka sendiri tidak berminat untuk mengetahui kebenaran, walaupun skandal itu menggoncang keyakinan rakyat terhadap Pas.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, tindak-tanduk Abdul Hadi merupakan manifestasi krisis keyakinan diri akibat terlalu terpesona dengan karakter dan karisma hebat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Islam yang dinamik.

Katanya, Abdul Hadi secara tidak langsung mengulangi kesilapan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang gagal menduga sikap sebenar Anwar ketika membawanya masuk UMNO suatu ketika dahulu, dengan harapan untuk melumpuhkan Pas tetapi akhirnya UMNO yang hampir dilumpuhkan.

“Maka sebab itu, orang ramai tidak seharusnya merasa hairan bila pemimpin Pas seperti Abdul Hadi dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) juga terpengaruh dan terus mempercayai Anwar dalam apa juga keadaan.

“Sedangkan Tun Mahathir dan Daim (Tun Daim Zainuddin) yang begitu pintar juga boleh terpesona dan terlalai dengan perwatakan serta karisma hebat yang dimiliki Anwar,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut tindakan Abdul Hadi itu, Zainuddin berkata, beliau percaya Pas kini sudah mula merasai kesan akibat kesilapan besar mereka bekerjasama dengan Anwar, walaupun perkara itu tidak mahu diakui oleh pucuk pimpinan parti.

Jelasnya, ini terbukti apabila terdapat beberapa bahagian seperti Pas Bahagian Batu yang menyokong dan mendesak agar Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi membolehkan ketulenan rakaman video seks tersebut dikenal pasti. JM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...