Pages

Wednesday, May 19, 2010

PANAZ : TERIMA KASIH..... CIKGU.........



Sempena dengan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei yang lalu, KC mendapat khabar berita bahawa Kerajaan Negeri Perak yang dipimpin oleh YAB DS Dr Zambry Abd Kadir telah menghantar kad-kad ucapan kepada guru-guru di Perak. Tahniah kepada DS Dr Zambry yang selalu menghargai segala pengorbanan guru yang menabur bakti demi anak bangsa.

Niat yang murni dibalas dengan perbuatan yang tidak seharusnya dilakukan oleh insan yang layak digelar guru. Dari 40,000 kad yang dihantar, terdapat sejumlah kecil kad yang telah dipulangkan kembali dengan coretan kata-kata yang kalau boleh digambarkan sebagai tidak mengenang budi atau lebih tepat BANGSAT!!!

Inilah perbuatan sebilangan kecil juak-juak PAKATAN ROSAK yang menjadi guru tetapi tidak menunjukkan nilai yang mulia seperti DS Dr Zambry. KC peroleh isu ini di Blog SP yang kalau bisa dikatakan sifat-sifat yang tidak bertamadun langsung.

Akan tetapi, KC ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sebilangan besar guru-guru di Negeri Perak ini yang masih lagi menpunyai nilai jati diri yang cukup tinggi. Terimalah ucapan penghargaan dari DS Dr Zambry ini sebagai pemangkin kearah usaha demi memartabatkan anak-anak bangsa ke satu tahap yang lebih tinggi. SELAMAT HARI GURU...... KC

Monday, May 3, 2010

PANAZZ : TAHNIAH DATO' SERI NIZAR








Gara-gara menyampaikan ceramah politik yang berbaur hasutan semasa kempen PRK Hulu Selangor tempohari, tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Laporan dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh.

KC mengharapkan pihak KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI memandanag serius perkara ini kerana ianya bukan sahaja akan mengakibatkan kemarahan oleh penyokong2 UMNO malah kemarahan umat Melayu keseluruhannya. Pelik dan hairan pihak KDN hanya berdiam diri terhadap ceramah Nizar di PRK Hulu Selangor tempoh hari.

Nizar secara terang-terangan dengan sengaja meniupkan api perkauman yang mana selama ini semua masyarakat pelbagai kaum menjaganya dengan penuh berhemah. Pemimpin yang menjaga kementerian ini perlu mengambil tindakan yang sewajarnya supaya ianya tidak menjadi contoh kepada puak-puak yang inginkan menjadikan Malaysia ini tidak aman bagi memenuhi tuntutan peribadi mereka.